Sabtu, 11 Ogos 2012

TERIMA KASIH ALLAH

Assalamualaikum semua, selamat berbuka puasa. Ni aku nak share sikit, cerita aku hari ni.
Buka nak eksyen ke apa, sebab yang aku dapat ni, cuma boleh beli biskut raya 5, 6 bekas aje.

Selepas sahur dan solat Subuh, aku kemas rumah bahagian dapur dengan stor. Sampah, barang buruk aku masukkan ke bonet kereta hingga penuh. Aku nak buang ke kebun aku. Nak letak depan rumah, malu kepada majlis daerah, kerana sampah tu banyak sangat.

Sambil aku buang segala kain buruk, bantal buruk, kerusi patah, seterika usang dan pelbagai barang lusuh kat kebun tu aku terfikir sesuatu.....

.......Selalunya kalau anak aku nak duit, aku beri saja tanpa banyak soal. Tetapi satu hari tu aku berbual-bual dengan seorang lelaki Cina. Cara aku tu salah. Sesekali ajar anak kerja dulu, baru dapat duit. Aku pun terfikir akan buah-buah sawit yang gugur bersepah di kebun tanpa dipungut sesiapa. Biasanya orang yang mengambil upah kebun sawit aku tu, membiarkan saja biji sawit tu, kerana kerja dia pun dah banyak. Jadi biji-biji sawit tu akan terbuang begitu saja. Sikit-sikit ada yang dimakan ayam hutan, burung dan selebihnya jadi baja semulajadi. Maka, hari ni aku nak tunjukkan anak aku, bagaimana mereka boleh buat duit.  
Lihatlah, buah-buah sawit yang terbuang ini...
AKUR dengan cadangan aku ...Irfan, bayangkan kau sedang memungut duit-duit yang dibuang. Tapi Yah...panaslah Yah...
 Ayah....Iwan rasa macam nak pengsanlah Yah.....nak rehat boleh tak?
 Aku biarkan mereka berdua memungut tu....tak sangka dalam satu jam boleh dapat 30 kilo!
Kelapa sawit seguni gula tu kami jual di kedai peraih yang baru dekat rumah emak aku ni. Malu betul aku...jual kelapa sawit 30 kg, tetapi kerana nak tunjuk anak macamana nak cari duit, aku tebalkan muka. Gadis yang jaga ofis tu minta kad pengenalan aku. Kalaulah aku ni mencuri sawit kebun orang dah tentu muka pun dah berubah.. 
RM 14.70 dibahagi dua, seorang dapat RM 7.35...Tak banyak ke? Kerja baru satu jam. Sambung esok, lusa. Ada lagi 2/3 yang belum dipungut tu! Mereka dah rasa nak pengsan. Maklumlah panas terik hari ni. Aku bagi bonus lagi duit kocek aku RM 5.00 seorang, jadi pendapatan mereka hari ni sorang RM 12.75...OKEYLAH TU! Budak-budak.
Dalam perjalanan balik, aku singgah di pusara ayah ku.....aku mengunjungi pusara ayahanda....Alfatihah..juga pusara anak kami, Aulia Safiah yang pergi pada tahun 2008 dahulu.
Pusara ini sepi.....sunyi......aku terkenang kembali memori bersama ayahanda ......dan ayah mertuaku. Anakku kembali kerahmatullah sewaktu dilahirkan....Allah lebih mencintainya.
Ini jiran sahabatku Hj Misman, meninggal awal tahun ni, pemergiannya secara tiba-tiba juga mengejutkan aku. Selalunya kalau balik kampung, aku akan berbual mesra di kedai runcitnya...Ya Allah rahmatilah rohnya.
Tiba di rumah....aku disambut dengan sampul surat ini...siapa yang hantar ya? Nama syarikat tiada di luar sampul...?
v
v
V
V

YEAH....YEAH!

Oh Nufnang!!!!!!!! 

116 RIBU.......SENNNNNN!

Sedikit tetapi aku gumbira, kerana cek ni sampai sebelum raya, bolehlah aku beli songkok tinggi sikit....huhuhu....Ia sampai setelah sebulan aku klik pada cash out...
Moga-moga dengan cek sedikit ini dapat memberi motivasi kepada blogger-blogger yang tak popular macam aku ni, satu masa nanti kalian akan dapat cek 10 kali ganda lebih banyak daripada yang aku dapat...! Aku tak malu nak tunjuk, sebab tujuan utama aku berblog adalah hanya untuk suka-suka di samping untuk menjual produk-produk herba aku sendiri. Sebab tu nama aku MATSOMHERBS.

SEKIAN...rebutlah malam LAILATULQADAR 

10 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah ...
rezeki ...
saya kagum dengan cara cikgu MS mendidik anak tentang duit ... biar anak2 ini lebih menghargai duit kan ... teringat zaman dulu2 memang bukan senang2 mak bapak nak bagi duit seposen doplohsen pun takut nak mintak!

Alfatihah kepada semua allahyarham/ah ... dan pastinya bidadari syurga Alia Safiah menunggu di sana ... cikgu MS & kak midah dah ada "aset" di sana ...

encik cool berkata...

syukur Alhamdullah!!

boni kacak berkata...

first : saya setuju cara ajar anak macam tu. sebab saya dulu pun masa sekolah, keje pungut sampah kat pasar malam sebab nak dapatkan kasut bola..

second : Alfatihah kepada arwah ayahanda dan juga Hj Misman.. semoga mereka di tempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh kepadaNya

third : wah! itu dah tahap terbaik.. sepanjang saya berblog 2 tahun lebih ni, hasil nuffnang yang terkumpul sampai sekarang hanyalah rm10. wah. murah rezeki blog bro ni..Alhamdulillah

Pida berkata...

wah... pakcik kayo!

Mat Som berkata...

TKasih MZ
Baru pertama kali saya MENDERA mereka

Nanti, ada lagi beberapa modul lagi nak ajar dia orang ni, tengah fikir ni

Mat Som berkata...

TQ MR COOL....cool je...

Mat Som berkata...

Boni, kita memang diajar susah

Tapi anak era baru ni tak lagi
Semua dah senang..

Boni, jika benar yg sdra katakan , itu sebelum Boni top, tapi sekarang blog Boni dah meletup, saya sangat percaya BONI boleh mengalahkan blogger tegar yang ada tu, kurang2 boleh mengatasi bonus Nufnang Cik Epal tu!

Mat Som berkata...

Pida, kayo....kayo, hahahaha
Doa bulan puasa ni makbul,

Mama Janet berkata...

Sy n pasangan pun pernah lakukan apa yg MS buat.pungut biji2 sawit yg bertaburan n jual masuk dlm bonet kereta.nak katakan tebal mmng tebal le muka jual sawit masuk dlm karung.Tapi kuli yg sekarang ni INdon amat bagus kerjanya...dikutip bersih buah2 yg gugur.

Mat Som berkata...

Mama Janet

jaga baik2 pekerja seperti itu dan raya ni dia berhak mendapat hadiah hamper drp majikannya sebagai tanda terima kasih, dan semoga dia jadi pekerja yg setia.