Ahad, 26 Ogos 2012

RIANG-RIA HARI RAYA 2012

Jadual raya kami:
Raya pertama beraya ke rumah ibu dan ibu mertua, kakak ipar, abang ipar
Raya kedua ke rumah makcik-makcik, pakcik-pakcik, mak saudara
Raya ketiga tunggu tetamu, layan tetamu, antaranya
Raya keempat tunggu tetamu, layan tetamu
Raya kelima pagi di rumah, petang berpusing di Sg Balang, Pt Jawa, Bakri-rumah sepupu-sepupu Midah
Raya keenam pagi di rumah, petang masukkan duit anak-anak di Tabung Haji Stesen Bas BP
(sebelum budak-budak ni belikan entah apa-apa. Aku nasihatkan mereka, akan datang nak pinang anak orang, kurang-kurang hantaran masa tu minimum 20 ribu, jadi kena simpan duit dari kecik). 
Raya ketujuh pagi di rumah, melayan tetamu, petang juga di rumah, sebelah malam ke empat buah rumah, antaranya ialah rumah sahabat/saudara kami iaitu....

  video
Di rumah Cikgu Rahmat Salamon

Itu bukan lukisan berframe, tapi lukisan dinding. Sesiapa yang berminat nak menghias dinding rumah dengan mural, atau gambar pemandangan bolehlah call 
Cikgu Rahmat 017-7705625


video

Dan rumah Hj Othman/Hjh Faridah...abang sulong Hamidah,



Sebelum rumah abang ipar aku ni, yg kelip-kelip ni rumah emak aku. Emak aku tak ada. Emak pergi ke Trengganu nampaknya. Emak pengiring kepada urusan peminangan anak Ustaz Baharuddin iaitu Hafiz di sana. 

UPDATE ENTRI 
Raya kelapan Pagi sampai malam di rumah- Antara yang hadir, Lek Dollah, Amat dan Lek Mariaton, Din dan keluarga, Moslim sekeluarga, Hj Yusof sekeluarga, Marfiah sekeluarga, Along dan suami dan  sekumpulan kanak-kanak orang asli. 
Adik bongsu aku Marfiah dan tiga orang anaknya

video
ANTARA TETAMU YG SEMPAT DIAMBIL GAMBARNYA

Update Entri 27 Ogos
Raya Ke sembilan:  Pagi kerja, Petang order barang Bio Asli, menghantar dan mengambil anak sekolah, malam menunggu kedatangan kumpulan Baraan/Marhaban Wanita Simpang Tiga Pt Sulong.... Sediakan bebola sotong goreng dengan jambu batu, air teh o sahaja..

video
KUMPULAN MARHABAN WANITA SIMPANG 3

Hari ni 27 Ogos, hari jadi Ili Nabilah yang ke 16, tetapi disebabkan kesibukan sekolah dan raya, kami cuma dapat beri hadiah, tanpa menyediakan makanan istimewa.
Raya Kesepuluh: Barulah dapat berehat, dan makan-makan untuk hari jadi ILI NABILAH 

3 ulasan:

boni kacak berkata...

cantik juga lukisan dinding tu ye..

Knor berkata...

sibuknya..saya seminggu ini juga banyak melayan tetamu,mana tak sempat masak saya order saja,sbb kuih raya dah habis.

mlm tadi tetamu saya yg terakhir utk minggu pertama raya..

Pida berkata...

Sibuk benor nampaknya cikgu Mat Som pada hari raya ni. Kat tempat saya pun buat baraan jugak tapi sampai tengah hari je.

27 Ogos juga hari lahir Aqil ke-5 ;)