Isnin, 3 September 2012

BERHATI-HATI MENULIS BLOG...?


Hati-hati tulis blog, jangan sampai menghina orang. Tengok apa jadi kepada blogger bernama.......

Me:liyana Adnan? 

Berani dia menghina profesion perguruan. Walaupun dia telah meminta maaf, namun nasi benar-benar telah menjadi bubur hangit.

Liyana menerima beribu-ribu kutukan pedas dalam sembang facebook dan blog-blog lain.


Kutukan dalam chat backup blog Liyana

Pengajaran kepada kita: Tulislah dengan berhemah. Jangan ikut emosi. Ikut rasa binasa, ikut hati, mati. Cik Liyana 24 tahun, terpaksa menutup blog kesayangannya kerana entri ini.


Hei Liyana, ni bukti aku dan kawan-kawan aku mengajar bukan saja waktu siang! Yang mengajar di pedalaman Sarawak dan Sabah tu, lagi terguris dengan kenyataan angkuh kamu. 

14 ulasan:

shinji izac berkata...

Terlajak perahu boleh diundur..
Terlajak kata,Tutup blog la.. :p

Unknown berkata...

Dia mempunyai pendapat sendiri tentang perkara ni..
Walaupun banyak perkara yang saya kurang setuju, tapi saya hormati pendapat dia..
Apapun, kita sebagai cikgu kerja dengan ikhlaslah..
Kerjaya guru sebagai satu ibadah..=)

Unknown berkata...

Dia mempunyai pendapat sendiri tentang perkara ni..
Walaupun banyak perkara yang saya kurang setuju, tapi saya hormati pendapat dia..
Apapun, kita sebagai cikgu kerja dengan ikhlaslah..
Kerjaya guru sebagai satu ibadah..=)

Unknown berkata...

tapi saya tak rasa itu pendapat sebenarnya. itu lebih ke arah mengutuk dan mengondem. kalau sempat baca, try baca komen dia kat bahagian komen di blog tu. dengan riaknya dia membangga diri dengan profesion engineer dia.

Kayu Manis berkata...

semua kerja tu bagus,kalau kita mengendalinya dgn jujur dan ikhlas..mgkin ada setengahnya yg begitu,tak semualah..mungkin dia lebih beremosi...mungkin ada juga pendapatnya yg berani dan jujur.kita bukannya malaikat pun..manusia biasa yg sentiasa di hasut oleh iblis,bentengnya rapuh sgt..

shinji izac berkata...

pendapat pun pendapat jugak,tapi kalo meng"kondem" profession orang lain, tak elok la... kadang2 kita kena pikir hati n perasaan orang lain even orang lain tak pikir langsung perasaan kita..

Masha Meisters berkata...

hmm...tu lah kalau bertindak mengikut nafsu...huhu

p/s : betul la tu belog masha Meisters...tengs ya follow masha :)

Mat Som Sadona berkata...

Shinji, Herma, Boni, Knor, Marsha

Jika kalian lihat ruangan Chat
Tu kesian penulis blog tu, 24 jam kena maki-hamun. Tu belum lagi dalam Fan Facebook guru-guru yang ahlinya puluhan ribu.

Cikgu sekarang ramai yang tak cukup tidur, sebab nak masukkan PBS, SAPS entahh apa lagi, banyak kerja.

Alih-alih dia kata kami dituduh tak buat kerja, siapa tak marah?

Pida berkata...

Saya sendiri pun rasa marah dgn tulisan dia. mak bapak saya cikgu... tak pernah saya tgk diorang senang lenang sgt.

penulis ni tidak ada jiwa sbnrnya. bangga sgt dgn kerjaya dia smpi kutuk guru. dia lupa dari mana asal usul kepandaian dia tu.

mari kita bacakan sajak usman awang tu kpd dia haha.

Mat Som Sadona berkata...

Pida
Jauhilah anak-anak dan keturunan kita drp menghidap virus Liyana Adnan ini

Nur Khairul Azizi berkata...

Salam Aidilfitri...

Datang singgah & follow...

Betul tu saya sokong sgt....perlu berhemah dalam pertuturan tak kira dimana anda berada... :-)

www.myideakini.com

Mat Som Sadona berkata...

Bercakap dgn musuh pun kena baik-baik
Inikan pula bercakap dengan 300 000 guru se Malaysia

Mat Som Sadona berkata...

Pembetulan
Bilangan Guru di Malaysia Yang direkodkan pada 31.1.2012

Lelaki =127,421 (Menengah 55,155, Rendah 72,266)
Perempuan=285,299 (Menengah 121,252,Rendah 164,047)

Jumlah Guru Keseluruhan = 412720

Maya Diana berkata...

Sbb dia....MD lak kena hentam.....
Hampagas betul....Saboo je la.....

Pengomen2 ni mcm2 peel' gak....nak suh kita mjawab baik2 ...tapi bahasanya ....mak aihhh ...mcm xde insuran ...

Mmg xde insuran pun kan....kikiki....

TQVM sbb bg data tu....baru MD tau jumlah cikgu cikgi hampir setengah juta ....