Jumaat, 7 September 2012

IBRAHIM KILLINGTON-NIAT NAK MENENTANG ISLAM, AKHIRNYA..





Ibrahim Killington, ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam!

Berikut ini adalah kisah seorang mualaf berasal dari Britain. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan "bahkan" berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya mencari cahaya dan hidayah Islam, ini kisahnya:

My name is Ibrahim Killington.

Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabuk), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-lenang semata-mata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-lenang, ketawa ria, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain berpesta-pora, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,Salah satu video terbaik-memberikan bukti, "Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan" orang dalam "sendiri).

Saya ingat, saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa sebenarnya yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari kepada teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa "Pelancong" telah menyatakan perang terhadap Amerika ... kerana saya belum pernah mendengar tentang istilah "pengganas" sebelum kejadian itu.

Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang "yang diperangi ini" adalah Muslim. Kaum Muslim didakwa telah melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di "bombardment"  diwara-warakan oleh media-massa. Saya mula sangat membenci Islam. Bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh sebanyaknya orang-orang Islam yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah penjenayah besar dunia. (Tentu anda ingat akan lakonan Bush ketika itu)

Mencari Islam

Seterusnya, saya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya memohon memasuki tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu "percaya" dan "mengikuti" Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal hal-hal jahat yang "mereka katakan" tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan 'ketika itu pun' saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan.

Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.

Oleh sebab itu, saya terfikir untuk mencari maklumat tentang Islam di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keIslaman yang ditayangkan dalam "Islam channel" Inggeris).

Beliau mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang "mereka" tuduhkan perihal Muslim dari apa yang pernah saya dengar.

Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah "Buku Pegangan pengganas," dalam genggaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Britain) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tetapi.... begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), ".. it hit me immediately", itu menghentam saya, .. dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya. Ia benar-benar menusuk jauh ke dalam hati saya. Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di dalam neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca hal ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid. Saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan "Saya sedang berada di masjid! ..."

Dengan perasaan sangat terkejut Ibu saya mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh berada di Masjid, kamu seorang Kristian! Kristian tidak pergi ke masjid."

Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.

Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat dahsyatnya media massa dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam "war on terror"). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya kepada saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya pada masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk agama Islam.

Dan saranan saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, janganlah mencari sumber hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datanglah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. ini kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. Dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam (anda akan keliru). Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.

Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda. Banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah menganut Islam, akhirnya saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua, bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam. 

Sumber:
http://www.onislam.net/english/reading-islam/my-journey-to-islam/456467-from-paganism-to-islam.html
eramuslim


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. " (Qs. 66. At Tahrim: 6)

 
Wajah tenang dan hening....



6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah, dia dilahirkan bukan Islam dan dapat hidayah kembali ke jalan yang benar ...

Knor berkata...

Allahuakbar. Allah. berkehendak atas sesiapa sahaja.

Mat Som berkata...

SZ
Beruntunglah org2 yg memperoleh hidayah terus daripada Allah

Mat Som berkata...

K.Nor
Mereka berbondong-bondong menganut agama Allah, sedangkan kita terus lupa dan tenggelam dalam mengejar kepalsuan, sebagaimana yg org2 barat itu telah lalui .

boni kacak berkata...

kalau kita perasan, ramai orang bukan islam memeluk islam selepas sebelumnya sangat2 bencikan islam. disebabkan perasaan benci dan ingin mengumpul segala maklumat untuk mematahkan syiar islam, mereka pun mula mengkaji al-quran. semakin lama mereka kaji, semakin tertarik mereka dengan keindahan islam. niat yang pada mulanya ingin memerangi islam bertukar sebaliknya. itulah dia kuasa Allah dan juga kitab alquran. tapi orang islam sendiri tidak mengambil kesempatan utk mengkaji alquran..

komen ini sekadar ingatan untuk diri saya sendiri juga..

Mat Som berkata...

Tkasih Boni
Kisah ini mengingatkan kita tentang Islamnya Saidina Umar
Dan ia terus berlaku, dan hidayah Allah terus diberi kepada hambanya yang terpilih

Tkasih ats kunjungan Boni malam ni.