MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 19 September 2012

JANGAN PANDANG RENDAH DOSA KECIL

Kuliah seorang ustaz, yang mengupas isu-isu semasa bermula dengan kisah zaman Rasulullah, seorang perempuan dimasukkan ke neraka kerana menyiksa seekor kucing. Perempuan itu mengurung kucing tersebut, tanpa memberikan sebarang makanan dan minuman, sehingga detik kematiannya yang terseksa.

Perempuan itu seorang Islam dan sangat rajin berpuasa sunat. Namun kerana sikap zalim dan kejinya itu, dia masuk ke neraka.


  • Kenapa kucing itu diseksa? Kenapa tidak dibiarkan lepas agar boleh mencari makanan?
  • Jika kita hendak membunuh binatang yang dibenarkan sekalipun seperti ular, lipan, bunuhlah dengan cara yang paling baik, bukan dengan menyeksanya!
  • Jangan membunuh binatang seperti serangga dan seumpamanya dengan cara MEMBAKARNYA. Kerana MEMBAKAR itu hanya milik mutlak Allah SWT. Kita tak boleh bakar binatang hidup-hidup hatta  hanya seekor semut yang melata! Bunuhlah dengan cara yang terbaik dan paling berhemah.
  • Dalam Islam, semasa kita hendak menyembelih haiwan pun, pisau yang hendak digunakan mestilah ditajamkan agar tidak menyiksanya.

Sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam dan kekal di dalamnya selama-lamanya.

Ingatlah, jika seluruh penduduk langit dan bumi, bergabung membunuh satu jiwa, maka semua mereka itu akan disumbatkan ke dalam neraka. Hari ini manusia dibunuh dengan sebab yang remeh temeh. Hari-hari kita mendengar berita di negara kita, berita pembunuhan yang tak sudah-sudah. Maka sudah sampai masanya undang-undang Allah ditegakkan di seluruh dunia ini, untuk menyelamatkan manusia daripada terus hancur dan musnah.

Pembunuhan rakyat Syiria oleh diktator Basar Al-Asad, puak Syiah yang sesat. Di sana anak-anak dirogol di depan ibu-bapa mereka. Anak-anak dan wanita disembelih di depan keluarga. Namun barat masih membisu. Juga di Rohingya. Pejuang demokrasi Burma, perempuan itu, tidak mengulas langsung hal itu.

Yang peliknya ada golongan tertentu di Malaysia ini, yang terpengaruh dengan Syiah dan mempertahankan tindakan ganas Al-Asad. Hati mereka telah buta dan hitam. Ulama-ulama tersohor seperti Yusuf Al-Qardawi telah mengistiharkan jihad terhadap Basar. Tetapi golongan ini...? Alamat malang sekali jika puak-puak ini terus membiak di Malaysia ini!

Sekarang Nabi kita dihina. Orang yang menghina nabi hukumannya adalah hukuman bunuh. Walaupun dia bertaubat, dia mesti dibunuh. Ingat, sekalipun dia bertaubat dia mesti dibunuh jika ditemui di mana-mana. Sebab itulah Salman Rusdie menyorok di tempat persembunyiannya sampai sekarang.

Rasulullah kini dihina melalui filem. Jika kita tidak merasa apa-apa, maknanya iman kita boleh dipersoalkan. Sekurang-kurangnya kita mestilah berdoa, agar orang-orang yang menghina nabi ini akan dihancurkan oleh Allah. Itulah yang mampu kita lakukan. Jika nak berdoa pun malas, maknanya jiwa kita telah rosak. Rasulullah adalah prioriti kita yang kedua selepas Allah! 



10 ulasan:

Knor berkata...

org islam skrg ni mmg lemah tak kuat..ckp pandai,angkat sepanduk bolehlah..kalau dulu para sahabat..terus pancung je.

agenda yahudilah ni..saja nak org islam bertindak melulu,nak buat huru hara..buang masa sana sini..tak dpt buat apa2 pun..lps tu senyap..kalau berani perang ajelah.

Pida berkata...

Memang kita patut marah dan kecam penghinaan ini. Dah tentu dia bukan orang Islam.

Tapi kadang2 kita sendiri pun secara tanpa niat turut menghina Rasulullah dengan tidak mengikut sunnahnya.

Tanpa Nama berkata...

klu rebus/bakar kerang hidup2 tu d kira dosa kecil ke x

Mat Som berkata...

KNOR
Jika ada pun, mereka tetap dilabel sebagai pengganas.

Mat Som berkata...

Memang betul kata Pida itu

Kita sendiri melalaikan ajaran baginda

Mat Som berkata...

Ini jawapan saya bukan ustaz

Begini, seeloknya biarkan kerang itu mati dahulu spt matinya ikan yg ditangkap.
Dah mati barulah rebus, atau bakar.

ELakkan merebusnya ketika masih hidup.
Patut-patutlah. Kalau dimasak hidup2 pun bukan lebih enak pun.

boni kacak berkata...

puak syiah memang sesat kalau tak salah saya. sebab sebelum ni saya ada juga baca2 tentang dorang.. cara dorang sembahyang pun lain macam. siap sembah batu lagi

Mat Som berkata...

Boni,
Cuba baca kisah ini
Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.
Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"
Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, ...""dari mana datangnya agama kamu ??""

Allahyarham-Sheikh Ahmed Deedat-

Knor berkata...

KAK ADA BUKU MENGENAI SYIAH INI..BERTAJUK SEGALANYA TELAH TERBONGKAR..DUA TIGA KALI AZHAN BACA

Tanpa Nama berkata...

Bagus tu K.Nor
Apabila datang kebenaran
Maka akan lenyaplah kebatilan
Kerana smua yg batil itu pasti akan lenyap
Saya akan dapatkan buku yg K.Nor maksudkan
Buat benteng utk anak2
memahami akan kebenaran

Sultan Al-Fateh yg menawan Istanbul
ADALAH aliran sunah
Dan kemenangan sultan dan tenteranya tersebut telah disebutkan dalam hadis Rasulullah

Juga Sallahuddin Alyubi yg terkenal kerana membebaskan BaitulMaqdis juga bukan golongan Syiah

Apakah sumbangan Syiah kepada Islam
melainkan kekaburan dan menyebarkan huru-hara sepanjang zaman