Ahad, 23 September 2012

MAJLIS SANA, MAJLIS SINI

 Gubahan Bunga
Majlis perkahwinan sepupu aku (lelaki) di Pt Singgahan Seri Medan 
 Pengantin lelaki tak apalah...simple-simple yang penting mesra dan meriah
Tuan rumah, Pak cik aku, Hj Abdullah Ikhsan yang sentiasa cool sepanjang masa...


Lepas raya je, majlis perkahwinan di sana-sini bermula.Semalam, hari ni. Juga jiran dan sahabat yang nak menunaikan haji. Sedapat mungkin kita penuhi jemputan mereka. Meraikan kegembiraan bersama-sama itukan bagus. 

Walaupun dalam dua hari ni, makanan yang disajikan begitu enak, termasuk bariani gam, namun aku hanya menyaksikannya saja. Penyakit mata ikan kat lidah aku ni cukup menyiksakan. Ia merupakan peringatanNya supaya aku mengurangkan bergosip sesuatu yang menambah dosa aku yang sedia banyak ini.

Aku nak tidur dah, esok nak bangun dengan segar, agar anak muridku ternanti-nanti kedatangan aku dan dapat membuat suasana pembelajaran menjadi ceria dan penuh kegembiraan buat mereka.

Namun, mata ikan pada lidah aku ini menyukarkan aku untuk membuat lawak jenaka seperti biasa. Nampak gaya kena buat lakonan bisu esok ni. Nak ambil MC, malu pulak dengan Guru Besar baru yang segak dan tampan itu.   

15 ulasan:

Mama Janet berkata...

terliur tenguk udang panjat pokok .sampai terlentok2 daun tu tunggu pengantin x sampai2

boni kacak berkata...

wah.. makin banyak pulak majlis ye.. tak berhenti2 sejak daripada raya la kan ni??hehehe. puas makan..

Tanpa Nama berkata...

1. Mana boleh tenguk je nasi beraini gam tu mat som!tambahan pulak nasi beraini gam mat shah batu pahat tu!!tempohari bila makan nasi beraini gam batu pahat kemudian makan nasi beraini gam mamak di tempat sendiri!!jauh bezanya!bagai langit dan bumi!!
2.kalau tak silap mata ikan pada lidah tu dua kali lima dengan sakit ulser pada lidah!!ada cream yang dijual pada farmasi yang sesuai(nama ubat tu dah lupa)!cuba la pi tanya tenguk!!
3.lupa pulak!!mat som kat tokey ubat!!tak kan tak dak ubat untuk sakit mata ikan tuu!!

Pida berkata...

Itu berkat nasi ke? Sekarang ni saya dah tak pernah dapat berkat nasi lagi. Asyik2 berkat cawan bunga ros tu hehehe.

Saya biasa order nasi beriani awang. Tak pasti pulak kat mana. Bapak yang uruskan.

Mata ikan tu cikgu boleh taruk Benjola. Tiub biru.

Pida berkata...

Sorry bukan benjola tapi Bonjela ;)

Knor berkata...

meriah sana sini...rezeki di mana2..nikmatilah dgn penuh ke syukuran.

shinji izac berkata...

dah lama tak makan nasi kenduri..
tingin gulai daging, ngn nasi hujan panas..

irfan berkata...

Mama Janet
Belum sempat tgok pengantin,
Midah dah ajak balik
sebab jiran dpn rumah buat majlis
nak pergi Mekah.

Mat Som berkata...

Adeh,id Irfan pulak.Mcm nilah kalau dah jadi keluarga blogger

Boni
Begitulah adanya,duit pun nak kena tebal, salam keruk dah tentu

Mat Som berkata...

Sdra Angin Lalu

Yg ada kat majlis tu memang bariani gam Mat Shah,sebab salah satu rumah yg saya pergi tu dekat dengan warung Mat Shah.

Jadi tak sia-sialah datang ke BP semata-mata nak makan nasi bariani, jika ianya benar2 sedap pada sdra.

Ubat cream saya dah beli di farmasi semalam. Ubat penahan sakit pun dah makan, tapi kali ni benar2 mencabar. Saya cuma makan tembikai saja sehari ini.

Ubatyg saya jual sekarang cuma kelapa dara. Ia juga lambat bertindak balas terhadap penyakit ini.

Mat Som berkata...

Pida
Kerana rumah pakcik
saya dapatlah berkat Gred A
Semua ada.

Saya suka berkat yg bentuk
cenderamata macam tu. Nasi saya tak suka.

Mat Som berkata...

K.Nor
Alhamdulillah

Mat Som berkata...

Shinji
Nasi hujan panas....?
Baru dengar ni,apa tu?

Wak Gelas™ berkata...

siannyer kang matsom kena mata ikan tuuu.. uuuuuuhUU

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

Alhamdulillah musim2 kenduri ni bermakna bertambah la rezeki para peniaga khemah seperti suami saya :)

untuk mata ikan / ulser tu saya kerap juga kena mmg terasa2 siksa nya, macam2 petua ada tapi yang paling serasi dgn saya ialah ubat "gengigel spray" ...