Khamis, 4 Oktober 2012

4 OKTOBER HARI HAIWAN SEDUNIA

 HARI HAIWAN SEDUNIA

Malam yang kian larut, setelah aku mencuci kereta untuk mengusir debu-debu jalanan yang melekat, aku mencapai majalah Mastika keluaran Oktober. Barulah kutahu, bahawa hari ini 4 Oktober ialah HARI HAIWAN SEDUNIA!

Cerita pengarang Sdra Sahidan Jaafar dalam majalah tersebut memang 100% sama dengan kenangan aku semasa kecil dulu. Segala burung, tupai, biawak, ayam memang puas sudah aku lastik.Ada juga yang aku panah dengan panah buatan sendiri.

Kini aku telah tua, dan kanak-kanak sekarang tidak sekejam itu kerana dunia mereka berbeza dengan generasi kami.  

Akhir kata, sayangilah binatang kerana ia sebahagian daripada kehidupan kita.
Selamat menyambut HARI HAIWAN SEDUNIA.  

2 ulasan:

Potia Casadelarossa berkata...

la betol ke 4 okt hari haiwan sedunia?

boni kacak berkata...

saya pun baru tau tentang hari ni.. terima kasih cikgu untuk info ni :)