Selasa, 30 Oktober 2012

AKU TERIMA PANGGILAN MISTERI

Oleh sebab namanya blog herbs, memang patutlah aku jual aneka benda kat blog ni. Orang je aku tak  jual. So aku bubuhlah nombor hanphone kat semua blog dan facebook aku.

Tujuannya satu, orang call dan aku dapat customer. Untung pun dapat. Yang aku pelik, macamana ada peniaga yang jual tanpa guna hand phone? Semua bisnes secara maya tanpa bersua muka?

Macamana sekali pun aku kena bubuh nombor 0103443880 ni. Biar semua orang hafal nombor aku ni. 

Tetapi masalahnya, kadang-kadang aku dapat panggilan MISTERI....?
Macam-macam perkara lain yang aku dapat. Antara yang tak dapat aku lupakan ialah:


  1. Seorang lelaki dari Seremban menangis-nangis menelefon aku malam-malam buta. Dalam pukul 2.00 pagi gitu. Dia suruh aku carikan orang pandai-pandai di Batu Pahat ni untuk mengubati isterinya yang sakit. Aku tanya sakit apa? Isterinya dah gilakankan Mat Bangla.....Dua hari berturut-turut dia telefon aku. Aku cakap, aku tak tau nak tolong macamana. Doa banyak-banyaklah kepada Allah. Entahlah, bagaimana keadaan lelaki itu sekarang, AKU pun tak tau. Peristiwa tu  berlaku tiga tahun lepas dah.
  2. Yang paling aku tak suka, ada bapuk pulak call aku malam-malam. Kadang-kadang buat misscall. Satu hari aku marah dia cukup-cukup. Takut dia dengan suara aku...hahahahaha! Ko nak goda aku, geli geleman aku!
  3. Semalam ni ada peminat sejarah yang call aku. Beliau meminati makam-makam pendekar zaman silam. Abang dari Melaka tu sangat minat dengan entri aku tentang pusara purba yang bersebelahan dengan teratak Wak Dakam tu. 10 November ni nak datang ke Seri Medan. Jika aku tak sibuk, aku boleh jadi pemandu pelancongnya.
  4. Satu hari lain, ada seorang perempuan Cina call aku. "Awak taukey jagung ka? Saya mau beli benih jagung sama awak..." Oh baru aku teringat, gambar jagung mentah banyak-banyak yang aku upload kat Macap tu...Adeiii!
  5. Yang biasa aku dapat lagi, adik-adik kita yang nak buat kajian tentang sejarah Pt Sulong. Yang ini aku senang nak handle. Taukey Roti Tempayan adalah waris penting Sulong bin Mean. Sampai kat dia, semua lengkap beserta fakta-fakta dan gambarnya. Aku tanya tauke Roti Tempayan tu, kau dapat apa daripada mereka. "Terima kasihlah cikgu,....saya dapat macam-macam cenderahati...! Saya memang suka dan cinta dengan sejarah Parit Sulong ni."  Ujarnya sambil melekatkan roti pada tempayan hikmatnya itu.  
  6. Ada lagi beberapa panggilan misteri yang lain, tetapi cukuplah setakat ni. NAK SOLAT ASAR ni. Berdasarkan cerita aku ni, berani tak kalian bubuh nombor telefon peribadi kalian? 

14 ulasan:

Knor berkata...

ha ah pelik2 semuakan..kak juga ada ltak masa jual produk herba..tapi kak guna no yg mmg tak berapa nak guna sgt..no rumah tak pernah letak pun..pangilan misteri tak ada..pulak.

laku sungguh sampai stok pulak tak ada..malu nak bg tau bila stok tak ada..bkn salah kak pun..ini salah org yg di atas lglah..penerangan tu yg tak larat nak bg tau..berulang2..hehe

tang bapuk tu suami kak yg kena...meroyan sungguh bapuk tu..

umialya berkata...

sayapn ader gak letak tp khas ntuk sms shj.. bila dah yakin pembeli yang benar2 berminat barulah saya call semula.

Pida berkata...

Apa2 pun saya doakan bisnes cikgu berjaya. Kalau ada bapok call, cakap aje "seram mak noks!"

boni kacak berkata...

tang bapuk tu memang kelakar.hahaha.. mesti tak berani call da pas kena sembur tu kan.hehehe

Mummy Akmar berkata...

Salam Kenal Mat Som..

Hahaha first time singgah sini. Bila baca tersenyum sampai ketelinga saya menahan ketawa kisah panggilan misteri ni. WAHAHAHAHAHAHA!

Dah ler boss ade depan mata. mau kantoi plak kang. mmg lawak! bapok tu memang lawaklah..ade plak nak cari bomoh...aiseyman. tayahler shirik khurafat ni.

Mummy Akmar berkata...

Oh yea! DONE FOLLOW!!!!

Mat Som berkata...

K.Nor
Bapuk memang suka goda lelaki.
Kesepianlah kut?

Produk apalah tu ya sampai tak cukup stok.

Mat Som berkata...

Umialya
Dari gaya bahasa SMS mereka, kita dah tahu antara bakal pembeli yang serius dengan yang saja nak bergurau dgn kita.

Mat Som berkata...

Pida,saya dah banyak kali nak komen kat entri blog Pida tentang suami yang konvo master tu.Tapi gagal untuk dipublishkan.

Jadi kata sini, saya ucapkan TAHNIAH atas pencapaian yang sangat hebat itu.

Mat Som berkata...

Boni,
Saya tanya sdra nak beli produk yang mana?
Dia jawab.....aaaa....eh.....aarrrr...awwwww....

Mat Som berkata...

Mummy Akbar
Ibu mega=maknanya

Terima kasih hadir ke sini, dan folow sekali, tkasih.....

Wak Gelas™ berkata...

xperla kang, wak pon X niaga opo-opo.. ehhheee

Marya Yusof berkata...

Hahahhaahahahhaahhahahhaha! Nak pecah perut saya ketawa! Tu baru sikit, macam2 perangai manusia ada atas muka bumi ni kan, tu baru yg tahu no telefon cikgu belum lagi yg tahu alamat rumah dan sbgnye... nasib baik juga takde anak dara yg call! Lagilah MERBAHAYA! :D

Apa-apa pun, saya bagi juga no telefon masa buat bisnes online dulu2...lama dah skrg ni no pun dah tukar :) Saya kata, hanya layan msg je...panggilan tak jawab! hehehe...ngelat lah tu :p

Marya nak share dgn cikgu if berminat, bila sebut ttg bisnes on9 ni skrg Marya ada jual barangan dari Peru, eksklusif dtg dr Peru... nnt free cikgu bolehlah jenguk ke blog saya ni ye >>>>http://casadelamarya.blogspot.com/ Terima kasih :)

Mat Som berkata...

Marya, wah cantik-cantiknya baju dari benua Amerika Selatan, tapi saya tak bisa menjual pakaian seperti itu dong....Kena kursus dulu nih....


Marya Boleh jumpa Mat Gebu barangkali, atau blogger2 perempuan yg tgh ngetop tu.