MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 10 Oktober 2012

BUKAN NIAT NAK MENGGODA...

Kopi Janda sudah bertukar jadi Kopi Bonda?

Sebagai peniaga kopi segera lebih sedekad lamanya, aku memang takut nak jual Kopi Janda. Kalian sebut aje kopi apa, aku dah edar di seluruh warung di Batu Pahat, Muar, Chaah, R&R Pagoh, seluruh Pagoh,  Yong Peng. Kopi Radix, Kopi Jantan, Kopi CNI, Kopi Yusmira, Kopi Gano, dan terakhir Kopi Kelapa Dara. Terus-terang aku memang takut nak jual Kopi Janda.

Satu hari seorang Kak Jan (JANDA) memarahi aku dengan tiba-tiba. Dia marah-marah, kenapa guna nama Kopi Janda? Aku nak terangkan yang aku tak menjual kopi tu, tapi dia tak nak dengar penerangan aku. Kak Jan berpot-pet-pot-pet umpama peluru mesingan. Aku pun terus masuk kereta dan meninggalkan warungnya, dan sumpah aku tak akan singgah lagi di warungnya yang dah senget tu.

Tup...tup...iklan syarikat tu keluar buat kenyataan di atas. Tau takut....! Mesti taukeynya dah kena sumpah seranah oleh Kesatuan Janda SeMalaysia.....! Lain kali gunalah nama yang tidak mengguris mana-mana pihak.

7 ulasan:

Wak Gelas™ berkata...

wak pon X penah try kopi Janda tuuu.. uhhhhUU

Pida berkata...

Masyarakat kita masih dengan stigma bahawa janda itu lebih menjurus ke arah negatif. Kalau kita ubah persepsi tentang janda, mesti tak jadi hal punya.

Ini soal mentaliti sebenarnya.

Apapun, janda adalah wanita biasa yang perlu dihormati dan diberi ruang dan peluang.

Knor berkata...

barangan melayu mmg selalu kontrobasi..tgok aje dlm iklan2..kesian pun ada...

shinji izac berkata...

kenapa tongkat ali plak? hihihi~~

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Iki koko ono product untuk pencuci pi ggan "celet"...

boni kacak berkata...

hahahahaha.. saya pun rasa macam tu la..kompem tokey besar dia dah kena marah teruk2 tu.hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Jaringan Amanah Niaga Demi Ad-din (JANDA)itu maknanya.
Syarikat ini telah bertukar tangan & semoleknya juga nama pun di tukar semurni tujuannya.
Maka JANDA dah jadi BONDA...