MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 8 Oktober 2012

OBAMA AKUI KEHEBATAN MITT ROMNEY



LOS ANGELES,- Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam nada bergurau mengakui penampilan buruknya semasa sesi debat melawan calon presiden dari Parti Republik, Mitt Romney, pada Rabu 3 Oktober 2012.

Obama berada di Los Angeles dalam rangka pengumpulan dana kempen partinya. Stevie Wonder, Katy Perry, dan kumpulan band Earth Wind and Fire tampil memeriahkan kempen itu. George Clooney, pelakon Hollywood, turut memberikan sokongan padu. 

"Saya tidak harus selalu mengatakan hal yang sama," kata Obama soal debat di Denver, Colorado.

Dalam majlis tersebut, setiap hadirin membeli tiket dengan harga 250 dollar AS. Rocker Jon Bon Jovi dan penyanyi Jennifer Hudson juga hadir dalam program yang dihadiri oleh 6,000 orang itu. 

"Seseorang akhirnya menjatuhkan Big Bird," kata Obama tentang Romney yang lebih unggul dalam perdebatan tempoh hari.

Bukan senang seorang pemimpin mengakui kelemahan diri. Ada juga ketua negara yang tidak berani berdebat langsung.

2 ulasan:

boni kacak berkata...

ada sisi yang positif kat obama ni. dia humble

shinji izac berkata...

betul tu boni.. at least die ni tak lah seteruk pemimpin US yg sebelum ni..