MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 8 Disember 2012

ISRAEL MEMILIKI 400 UNIT BOM NUKLEAR


Negara-negara yang memiliki senjata nuklear:

1. Amerika Syarikat memiliki 5113 unit peledak nuklear
2. Rusia memiliki 12.000 unit
3. Perancis memiliki 300 unit
4. China  200 unit
5. Britain 160 unit

Ada empat negara yang tidak menandatangani NPT (Natural Resources Defence Council)

6.India memiliki 250 
7. Pakistan memiliki 100
8. Korea Utara 10
9. Israel memiliki 400  meskipun  tidak pernah mengaku memilikinya.

 

Jumlah yang dicatatkan demikianlah. Yang dirahsiakan, kita tidak tahu, mungkin lebih besar daripada itu.

 

Tujuan utama, adalah untuk menunjukkan kuasa . Kedua, sebagai mewujudkan rasa selamat bagi negara tersebut. Misalnya antara India dan Pakistan , dengan adanya bom tersebut di kedua-dua negara, menyebabkan masing-masing sekadar saling mengugut sahaja. Perancis yang pernah berperang dengan Rusia tentulah tetap mempertahankan senjata itu, walaupun ketika pembinaannya menerima bantahan dunia.



Lebih menakutkan, kekuatan bom yang ada, ribuan kali kuatnya daripada bom yang diledakkan di Hiroshima dan Nagasaki. Jika 18533 unit yang tersimpan itu digunakan, entah apa akan jadi kepada bumi ini? Kita bimbang akan lahir pemimpin-pemimpin yang sakit otak seperti Hitler, Presiden Harry Truman (yang mengarahkan pengeboman bom atom di dua kota Jepun itu). 

Tiada ulasan: