MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 31 Julai 2012

TABLET ANDROID UNTUK DIJUAL DI BATU PAHAT


Tablet Android 4.03 ICS,Cpu 1.5G,Duo Core,Game 3D



Tablet Android NEW
CHIPSET (A13 Terbaru),MAIN GAME TAK HENG

JAUH BEZA DR CPU Cuma 800 Eja (NI HENG)

TOUCH SKRIN KAMI SERUPA SAM GALAXY
(5 POINT CAPACITIVE,TIDAK PERLU KUAT TEKAN)

TAK MACAM RESISTIVE PUNYA KENA TEKAN KUAT

INTERNET TERLAJU (terlaju)
WIFI/3G BROADBAND MODEM

1.5GHZ CPU High Speed (MAX OVERCLOCK)
DUAL CORE HIGH SPEED
512MB RAM DDR3
INTERNAL MEMORY 4GB

FULL HD Up to 2160P
CAMERA 1.3MP
GAME 3D (LAJU)
BATTERY internal BESAR
OS ANDROID 4.0.3
(TERBARU 4.03 ANDROID,BANYAK GAMES SPORT)

PASARAN PYA AND2.2 EJA CUMA SPORT SKT GAME

ADNROID MARKET (DOWNLOAD 3k GAME APP FREE)
MOVIE/SONG MP3/MP4



HARGA: RM 295.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Isnin, 30 Julai 2012

SUPAYA SUAMI TAK LUPA DIRI



                                                                Imej pinjam : zanmyly.blogspot.com


Semasa berkursus beberapa tahun yang lalu, aku  menemui pelbagai ragam orang (lelakilah yang aku maksudkan). Ada yang ingat anak bini 24 jam. Sikit-sikit telefon isteri. Sekejap-sekejap call anak yang masih baby. Anak yang yang belum tau apa-apa itu pun diajaknya berbual. Ringkasnya, memang mereka ni suami mithali betullah. Isteri-isteri mereka adalah orang yang paling bertuah di atas muka bumi ini.


Namun, ada juga, walau dah seminggu berkursus, aku tak pernah nampak dia menghubungi keluarga. Dia kata isteri dan anak dia dah faham cara dia. Anak isteri pun tak mahu mengganggu bapa mereka yang sedang berkursus itu. Mereka pun faham sangat-sangat. Pendek kata, sama-sama memahami.


Tetapi, ada satu jenis spesis suami ni, waktu tu aku berkursus di Johor Bahru di kawasan dekat-dekat Sungai Seget tulah. Ada beberapa orang bapak budak ni dah macam lupa anak bini. Mereka berdangdut di kelab dangdut kat kawasan tu. Terbongkarnya kisah ni apabila, pagi-pagi nak balik mereka mengadu dompet hilang diseluk perempuan kelab dangdut tu. Kejadian berlaku semasa dia menari dengan perempuan di situ. Kerana simpati, terpaksalah kami mengumpul derma kilat bagi membantu kawan ni untuk beli  minyak kereta balik ke rumah.


Lalu apabila bertemu sorang guru perempuan di sekolah aku, aku pun bercerita tentang perkara tersebut. Dia memberi petua. Kalau suami nak pergi kursus dia akan menyelitkan pampers dan sehelai baju anaknya ke dalam beg suaminya yang akan dibawa berkursus itu. Ini supaya suaminya TIDAK LUPA DIRI.....


Puan-puan bagaimana....?



Khamis, 26 Julai 2012

LIMA BIJI KUIH MASIH RM 1

Ni kuih aku untuk malam ni, pukul 10.00 kang dah lapar balik

Semua gerai kuih yang bertebaran di Parit Sulong ni menjual kuih dengan harga RM 1 bagi 4 biji/potong/gulung. Tetapi warung di Simpang Parit Gantung ni masih dengan harga lama, lima unit RM 1. Kalau datang pukul 6.00 alamatlah dah sold out. Sebab tu aku beli pukul 3.30 petang tadi ni.  


Semalam, aku beli kentang goreng di depan rumah aku ni (penjualnya dari luar kawasan) menjual kentang yang setoit ini dengan harga RM 3.00...TAK PATUT BETUL! Aku rasa teraniaya. Sampai rumah aku pujuk hati.....mungkin perempuan muda tu nak belikan kasut anaknya mahal sikit tahun ni...kira sedekah jelah. Tahun lepas RM 2...KALAU NAK NAIKKAN pun patut-patutlah.....


Cuba bandingkan kuih di atas saya beli dengan RM 4, macam-macam saya dapat, dengan aku beli kentang RM 3, aku cuma dapat beberapa hiris saja?  Mati hidup balik pun aku tak akan beli kentang tu untuk kali kedua dan seterusnya. Baik aku beli kentang seguni kat ecconsave, lepas tu aku goreng sendiri.


Pengajaran: Sebagai peniaga usahlah menindas pelanggan. Restoran makanan segera dan hotel tu lainlah, kafe dia ada ekon dan pelanggan berbual secara ekslusif, patutlah mereka bubuh harga tinggi-tinggi.

Rabu, 25 Julai 2012

PANAS SUNGGUH HARI NI...KUGAGAHI JUA

Pagi ni kerja seperti biasa. Tamat jam 1.30 petang. Sampai simpang tiga Seri Medan tu confius, sama ada nak belok ke kanan iaitu balik rumah untuk tidur, atau belok kiri menuju ke Parit Yani....

Akhirnya gerak hati belok ke kiri...

Destinasi rumah customer. Dua kotak Kopi Kelapa Dara dibelinya. Kemudian aku call abang aku Ustaz Baharuddin. Malam ni jam 1.00 pagi dia nak berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Aku buka booth kereta, alamak jek kereta aku tertinggal kat kereta Kancil. Nak jalan terus ke Rengit? Kalau bocor tayar tengah jalan macamana? Ah...tawakkallah.....

Baru berapa minggu tak jalan kat Pt Yani ke Seri Bengkal ni, jambatan tu dah berpindah, jalan dah baru, ni 2 km dari Parit Yani menuju ke Pt Yob - Seri Bengkal.
Dua selekoh maut di Jalan Seri Bengkal dekat Seri Gading tu pun dah jadi jalan yang lebar....wau...bestnya...tak payah pulas stering lagi.....laju....laju....!

Persimpangan jalan Seri Bengkal...ke kanan ke Batu Pahat, ke kiri ke Parit Raja...depan tu dulu semak aje, sekarang dah jadi kota besar!
Ah....belok ke Pt Karjo ......dah ada pusingan U di situ, lebih selamat daripada jalan yang lama....
Dari Pt Karjo aku tembus ke Pt Kemang.....
Singgah di Salleh Food....taukeynya jutawan ni....income 6 angka sebulan...lagi-lagi raya ni
Nak beli apa ya....nak bawak buah tangan ni...
Beli ni ok lah...RM 13.00...Nama kuih ni apa, aku lupa, emak aku kata Kuih Pulau Pinang, kalau aku yang buat aku bubuh nama Kuih Sarang Lebah?
Pt Rejosari pulak aku redah, rajinnya orang kampung ni, tepi jalan pun mereka tanam pisang
Persimpangan Kg Seri Bahrom, sampailah aku rumah abang aku....dia tak nak diambil gambarnya kerana dia tu handsome sangat macam Yusuf Haslam masa muda-muda! Semoga kakandaku selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air ya...
Balik .....lalu rumah bekas makwe lama aku ....entah berapa anak dia sekarang.....hahahahahaha! Agaknya 12?
Pukul 5.00 petang sampailah sudah di Batu diPahat...Panasnya, seronoknya kalau masa panas macam ni berendam di dalam air terjun.....
Beli kat sini Pn Pida...garenti lauk berbuka tak basi dan menyakitkan usus-usus di dalam perut kita. Lokasi ni ikut dari Hotel Pelikan belok Klinik Nur jalan terus jangan belok-belok, ada selekoh belok kanan sikit. Carilah di barisan kedai-kedai tu. Ada dua restoran asam pedas di situ.

Harga pun ok...mesra pelanggan sangatlah.
Dua potong ikan pari, dan dua ekor ikan kembung besar RM 15.00...Oklah tu, petang tadi cuma ada 3 jenis ikan yang ada. Kepala ikan merah tu aku tak minat, nanti otak tak cerdas....?
Kesian kan isteri aku nak tolong suami dia tambah pendapatan, sebab tu aku beli asam pedas di Batu Pahat tadi, jadi taklah penat sangat.....tapi dia kena masak nasilah jugak....huhuhu

"SAYA TAK PERNAH JUMPA ROSMAH" - FARID ISMETH






SHAH ALAM - Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya. 


“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah," kata beliau. 


Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, "itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?" "Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri.


Saya kata saya tidak pernah. "Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham," kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di "luar untuk membuat penafian." "Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah," kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri. 


Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah. Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai. Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.


"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik," katanya lagi. Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata.


"Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya." “Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut. 


Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.


“Isteri sangat memahami siapa saya," katanya sambil menambah, "saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti."


Dipetik daripada Sinar Harian.


Kesimpulan: 
Banyak cerita yang tersebar dalam masyarakat, yang sering dinafikan oleh yang ampunya badan misalnya: 


1. Kisah Ustaz Hassan Din Alhafiz ditampar oleh seorang sultan (telah mangkat) dinafikan oleh Ustaz sendiri dalam sebuah akhbar tabloid yang popular. Mustahil ustaz ini berbohong?


2. Neil Amstrong menafikan beliau mendengar azan sewaktu mendarat di bulan dan menganut Islam selepas peristiwa itu. Penafian itu dibuat beberapa tahun lepas dalam lawatan beliau (dia masih hidup lagi) ke negara kita. Kenyataan beliau dalam ceramahnya itu telah disiarkan dalam akhbar-akhbar perdana.


Klon Mr Bean


3. Mr Bean pernah dikaitkan dengan sebuah filem Pocong (MR BEAN-KESURUPAN) dan sebagai pelakon utama dalam sebuah filem di Indonesia awal tahun ini. Rakyat Indonesia amat terkejut kerana Mr Bean menafikan dalam akaun Facebooknya yang dia berlakon dalam filem tersebut. Rupa-rupanya pengarah filem itu mengambil pelakon yang muka dia iras-iras Mr Bean! Sudah tentu rakyat Indonesia malu dengan strategi kotor pengusaha filem tersebut.


Jika Farid Ismeth sendiri telah menafikan ceritanya dengan Rosmah itu, eloklah kita tutup mulut. Tak payahlah kita lebih sudu daripada kuah. Baik kita zikir-zikir lagi dapat faedah!
   

Isnin, 23 Julai 2012

JANGAN TINGGAL DAKU.....

Pagi tadi, pelajar-pelajar kami dikejutkan dengan berita perpindahan En Ali Sarmin, Guru Besar yang kami sayangi ke Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia. Beliau telah bertugas selama lapan tahun di sekolah kami, dan telah tiba masanya berhijrah setelah dapat meningkatkan prestasi sekolah kami dari setahun ke setahun sehingga ke tahap yang kami capai sekarang ini. 

Gambar-gambar ini merupakan milik Cikgu Burhan Md Yussof pemilik blog MEKAR2009 . Cikgu Burhan kini mula berkecimpung semula dalam arena fotografi dan menjadi paparazi sekolah kami dengan mengambil gambar yang tidak terduga oleh kami.

Ada 56 gambar yang dimuatkan oleh Cikgu Burhan dalam Fan sekolah kami, tetapi aku cuma pilih yang benar-benar memberi kesan emosi yang mendalam dalam majlis penuh emosi tersebut. Nak masukkan semua, nanti aku kena saman da....!


 Air mata seorang lelaki
Air mata pun mencurah-curah, dah tak boleh ditahan lagi.....lupa pulak bawa tisu hari ni

 Hubungan abang adik
 Inilah Cikgu Burhan...yang sentiasa smart
Ustazah Khairunisa....baru saja bertugas di sekolah kami, turut terkesan dengan perpisahan yang tiba-tiba ini
 Ucapan terakhir.....sedih.....
Imej: blog skkgkudong Bekok
Wajah yang telah disebut-sebut bakal menjadi pengganti En Ali. Buat pertama kalinya sekolah kami akan diterajui oleh seorang wanita.

Beberapa minggu lepas, sekolah kami juga dikejutkan dengan pertukaran En Miswan Badli ke SK Seri Maimon. Beliau baru sahaja setahun bertugas di sini.......Buat mereka berdua......

'Daun selasih daun keladi
Terima kasih sekalung budi'

Ahad, 22 Julai 2012

BERSIAR-SIAR DI PASAR RAMADHAN

Cincau plus cendol, nampak sedap je, belilah satu

Itu jelah gambar kali ni, gambar tahun lepas pun dah banyak diupload.
Balik lalu tepi sungai kampung dalam, nampak ibu kambing ni, kesian, kurus je.

MENGECAT RUMAH MEMANG SERONOK

Bulan Januari lepas, semasa mesyuarat kelas yang aku ajar, anak-anak murid meraung-raung menyuruh aku mengecat kelas mereka yang dah berpanau macam aneka  itu.


Alasan aku " Bilik tidur saya pun, saya belum sempat cat, ini kan pula nak cat kelas awak". 


Namun, kerana dek rintihan mereka itu, akhirnya aku mengambil masa satu hari untuk mengecat kelas mereka itu. Nak suruh mereka sendiri yang cat, entah apa jadinya nanti.


Ramadhan tiba lagi, yang pelik semangat nak mengecat rumah ni agak kurang pada bulan lain. Semalam, sehari suntuk aku mula mengecat. Lagi pun beberapa jiran aku dah mula mengecat rumah mereka beberapa minggu lepas.


Nak pilih cat ni, kena fikir lama-lama. Mana boleh dalam lima minit, terus sambar warna yang kita suka. Nanti raya kita termenung panjang, kerana tetamu yang datang ada yang kata begitu, begini.


Pakar motivasi menjelaskan biarlah warna cat yang kita pilih itu dapat mewujudkan suasana harmoni kepada kita. Warna-warna panas menjadikan anak-anak kita sentiasa terlompat-lompat dan tergedik-gedik. Emosi kita dan pasangan juga boleh terjejas jika kita tersalah pilih warna cat dinding itu.


Justeru pilihlah warna-warna sejuk yang lembut. Namun, rumah kita, suka hatilah kita nak pilih warna apa. Yang penting, semua ahli keluarga kita telah bersetuju dengan warna yang kita pilih itu. Janganlah kita pentingkan diri dengan memilih warna kegemaran kita, sedangkan anak-anak kita bengkek dengan warna yang kita beli.Demokrasi bukan sahaja berlaku dalam pentadbiran kerajaan, tetapi juga dalam memilih cat rumah yang kita diami.


Sekian, coretan aku untuk tengah hari ini. Selamat berpuasa.

Sabtu, 21 Julai 2012

10 PASWORD EMEL YAHOO YANG MUDAH DIGODAM


1.  123456
2.  password
3.  welcome
4.  ninja
5.  abc123
6. 123456789
7. 12345678
8. sunshine
9. princess
10.qwerty


Mengikut analisis Yahoo senarai di atas merupakan 10 pasword emel Yahoo yang paling mudah diceroboh oleh penjenayah siber. Ia juga boleh berlaku di Gmail, blog, Facebook, Twitter dan sebagainya. Ia antara pasword yang popular, melainkan sunshine, princess dan qwerty merupakan nama baru yang unik yang muncul dalam data Yahoo.

Jika password blog anda termasuk dalam 10 pasword di atas, harap ditukar segera kepada password yang lebih sukar seperti yzhixxiowq....

Rabu, 18 Julai 2012

AKU, KAU DAN DIA FULL MOVIE


Baru lima hari diupload Jie Azz, dah hampir 200,000 hit. Saja nak berehat malam ni sambil tengok cerita jiwang-jiwang ni. Dengan menggunakan tablet android kecil ni tayangan lebih lancar tanpa loading-loading.

Isnin, 16 Julai 2012

WANG KERTAS SIRI BARU

IMEJ:BH

Wang kertas siri baru telah diperkenalkan oleh Bank Negara hari ini....wau menarik....terutama raya nanti adik-adik kita akan gembira bangetlah mengira duit raya itu nanti. Baru ingat tahun lepas, raya tu tak dapat tukar duit baru kerana khabarnya ada duit baru akan dikeluarkan pada masa itu, rupa-rupanya tunggu-punya tunggu, tak keluar-keluar. Raya tahun lepas aku bagi duit buruk-buruk aje kat budak-budak yang datang ke rumah aku ni. Wang RM1, RM5 , RM10  RM20, RM50 DAN RM 100 TERLIBAT dalam edaran wang kertas yang baru ni.


Cuma satu hendaknya, duit RM5 yang lama tu cepat-cepatlah dilupuskan, kerana aku kerugian beberapa keping kerana duit RM5 mudah koyak, dah banyak yang diseletif nampaknya! BANK NEGARA usah mengulangi kesilapan itu. Aku tak tergamak nak bagi kepada peniaga duit yang rosak macam tu. Maklumlah, aku ni insan yang kamil (perasan..!)


Ada sekali tu duit RM 5 aku basah kerana kena hujan. Aku pun seterikalah macam selalu aku buat.....hasilnya sangat mengejutkan, duit tu jadi kecut, mengecik dan bantat....hahahaha!!! Kira duit bonsailah.  


Duit kertas RM 1000 nampaknya tinggal jadi kenangan saja. Ini semua kerana George Soros punya fasal. Aku cuma dapat menyentuhnya sekali saja ketika aku nak buat duit cengkeram beli kereta aku yang pertama dulu.

Ahad, 15 Julai 2012

GAMBAR-GAMBAR HARI KELUARGA 2012

Anak dan anak-anak saudara yang masih kecil. Yang besar-besar ramai tak dapat balik sebab sedang sedang belajar dan bekerja di seluruh pelusuk negara
Makcik, kakak ipar, dan Hjh Saripah
Irfan minat jadi chef
Permainan berebut benda misteri anjuran Miss Mirror
Ada dapat duit, ada yang dapat gula-gula, ada yang dapat kertas kosong
Iwan ni over sangat, kesian yang lain tu
Pertandingan mewarna anjuran Marfiah
Kategori bawah 2 tahun...

Alamak muka Sam lenyap. Ili masuk pertandingan teka gambar kategori berkeluarga. Juga pertandingan anjuran Miss Mirror
Salah seorang pelajar harapan SK TENAGA SETIA, Jalaluddin Rosli

Macam terketar-ketar sahaja Azli ni

Naila ni fotogenik, semua fotonya menjadi saja...gedik macam emaksaudaranya sorang tu


Tengah bergambar ada semut gatal pulak kat situ, masing-masing dah mula menjerit
Sesi bergambar di tangga nenek pula
Sesi bergambar di tepi jalan Pt Baru Seri Medan.
Acara bergusti ramai-ramai, ni tiada yang menganjurkannya 
Solat berjamaah diimamkan oleh Imam Baharuddin Sodono, Guru Besar Sekolah Agama (Pesta) Batu Pahat
Insya Allah kalian semua jadi anak-anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati  ibu-ayah masing-masing...amin
Turut dijemput pakcik-pakcik, dan Ibnu Masud yang banyak berjasa kepada keluarga kami
Tahlil kali ni tidak menjemput orang kampung seperti yang lepas-lepas kerana hendak memudahkan urusan.
Yang snap sana, snap sini tu Miss Mirrorlah blogger tegar tu
Imam Baharuddin mengetuai bacaan tahlil
Hj Jamaluddin sedang mengadili pertandingan mewarna. Hj Jamal merupakan pelukis handalan semasa mudanya.
Barisan hadiah sumbangan ahli-ahli koperat

Makanan utama atas ketua masak Hjh Saripah

Ayam masak merah
Sate Ayam Sate Sahlan Seri Medan sumbangan Fir dan Sam
Sate Lembu Sate Sahlan



Cenderahati untuk pakcik-pakcik kami termasuk Hj Jamaluddin
Hadiah hari lahir Kak Ipah yang ke 59 tahun! Yeaaaa!
Bonda kami menyampaikan hadiah kepada cucunya Nurul yang menang pertandingan

Sekianlah Laporan Hari Keluarga Kami khas untuk kaum kerabat yang tak dapat bersama-sama pada hari tersebut. Juga terima kasih kepada anda blogger-blogger hebat yang sudi membaca, juga pembaca-pembaca senyap yang tidak meninggalkan jejak di sini, terima kasih sudi membaca entri blog aku yang entah apa-apa ni.