MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 30 Ogos 2012

FOTO SILAM MENGGAMIT KENANGAN


PERTAMA SEKALI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55, kepada semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus aman, makmur dan bersatu padu
KEDUA, nak bercerita tentang gambar silam ni. Waktu raya ni aku berkunjung ke rumah abang aku kat kampung tu. Hari biasa susah nak jumpa dia. Sibuk 26 jam mengalahkan Dr Mahathir. Sampai saja dirumahnya, aku mintaklah album lama yang dah berkulat dan berdebu itu.

Tu dia, gambar Allahyarham ayahanda aku yang segak dan tampan. Bertudung merah tu bondaku yang tercinta.

Aku pun tak ingat bila gambar ni diambil? Rasanya dalam tahun 1992/1993. Yang aku ingat, aku bujang lagi masa tu. Bayi yang didokong tu anak abang aku. Sekarang umurnya dah 20 tahun. Yang bertudung putih tu adik aku Siti, yang jaga emak aku sekarang.

Berbaju biru tu, adik bongsu aku Mar(FIFI). Dia tak minat jadi cikgu macam aku, dan dua adik/abang aku yang lain tu.Dia memilih kerja yang diminati arwah ayah aku iaitu menjadi pegawai pertanian.

Gambar di bawah ni pulak aku dengan MM, blogger tegar tu. Sekarang dah ingsap, jadi gambar ni aku bubuh tudunglah. Nanti aku kena saman pulak 1 juta. Baju yang dipakainya ni harganya sama dengan separuh harga netbook aku sekarang ni. Masa tu harga sutera mana ada yg murah...Sorylah MM....huhuhu....
Zaman kegemilangan MM
Akhir Kata: Selamat menyambut kemerdekaan ke 55 dan selamat hari raya ke 13 ..... 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

UPSR 2012 PADA 11-13 SEPTEMBER

video
Nampaknya rumah terbuka di rumahku dah tertutup. Kelas Hikmah@Kelas Malam telah bersambung semula sementara menanti ketibaan peperiksaan UPSR 2012 pada 11-13 September ini. Budak-budak ni dah lemau disebabkan cuti raya selama 11 hari minggu lepas. Ada yang tegelincir daripada landasan. Urat-urat saraf ke otak telah rosak disebabkan minum air gas banyak sangat. Lupa kosa kata. Lupa itu, dan lupa ini.
Pengemasan kuih-kuih raya di sudut ruang tamu. Akan disusun semula cuti tiga hari esok. Esok Jumaat kan merdeka, manalah tau ada tetamu lagi. 

Ahad, 26 Ogos 2012

RIANG-RIA HARI RAYA 2012

Jadual raya kami:
Raya pertama beraya ke rumah ibu dan ibu mertua, kakak ipar, abang ipar
Raya kedua ke rumah makcik-makcik, pakcik-pakcik, mak saudara
Raya ketiga tunggu tetamu, layan tetamu, antaranya
Raya keempat tunggu tetamu, layan tetamu
Raya kelima pagi di rumah, petang berpusing di Sg Balang, Pt Jawa, Bakri-rumah sepupu-sepupu Midah
Raya keenam pagi di rumah, petang masukkan duit anak-anak di Tabung Haji Stesen Bas BP
(sebelum budak-budak ni belikan entah apa-apa. Aku nasihatkan mereka, akan datang nak pinang anak orang, kurang-kurang hantaran masa tu minimum 20 ribu, jadi kena simpan duit dari kecik). 
Raya ketujuh pagi di rumah, melayan tetamu, petang juga di rumah, sebelah malam ke empat buah rumah, antaranya ialah rumah sahabat/saudara kami iaitu....

  video
Di rumah Cikgu Rahmat Salamon

Itu bukan lukisan berframe, tapi lukisan dinding. Sesiapa yang berminat nak menghias dinding rumah dengan mural, atau gambar pemandangan bolehlah call 
Cikgu Rahmat 017-7705625


video

Dan rumah Hj Othman/Hjh Faridah...abang sulong Hamidah,



Sebelum rumah abang ipar aku ni, yg kelip-kelip ni rumah emak aku. Emak aku tak ada. Emak pergi ke Trengganu nampaknya. Emak pengiring kepada urusan peminangan anak Ustaz Baharuddin iaitu Hafiz di sana. 

UPDATE ENTRI 
Raya kelapan Pagi sampai malam di rumah- Antara yang hadir, Lek Dollah, Amat dan Lek Mariaton, Din dan keluarga, Moslim sekeluarga, Hj Yusof sekeluarga, Marfiah sekeluarga, Along dan suami dan  sekumpulan kanak-kanak orang asli. 
Adik bongsu aku Marfiah dan tiga orang anaknya

video
ANTARA TETAMU YG SEMPAT DIAMBIL GAMBARNYA

Update Entri 27 Ogos
Raya Ke sembilan:  Pagi kerja, Petang order barang Bio Asli, menghantar dan mengambil anak sekolah, malam menunggu kedatangan kumpulan Baraan/Marhaban Wanita Simpang Tiga Pt Sulong.... Sediakan bebola sotong goreng dengan jambu batu, air teh o sahaja..

video
KUMPULAN MARHABAN WANITA SIMPANG 3

Hari ni 27 Ogos, hari jadi Ili Nabilah yang ke 16, tetapi disebabkan kesibukan sekolah dan raya, kami cuma dapat beri hadiah, tanpa menyediakan makanan istimewa.
Raya Kesepuluh: Barulah dapat berehat, dan makan-makan untuk hari jadi ILI NABILAH 

Rabu, 22 Ogos 2012

KUNJUNGAN BLOGGER ADIK-BERADIK KE TERATAKKU

Semalam Raya ketiga. Dalam perancangan kami, Raya pertama, kedua dan ketiga nak penuhkan dengan aktiviti ziarah. Oleh sebab pada hari Isnin iaitu pada hari raya kedua kami dah over sangat, malam pulak datang Kumpulan Marhaban Simpang Tiga, maka raya ketiga dah penat sangatlah. 

Jadi pagi kami masak-masak, mana tau ada orang datang. Pagi tu pukul 9.00 muncullah kawan aku Masrom Jais dengan keluarganya. Kemudian datang pula Ustaz Azahar. Cuma yang pelik tak ada lagi budak-budak berbasikal ramai-ramai macam raya tiga empat tahun lepas. Agaknya ada siaran menarik di TV, atau di rumah masing-masing dah menghadap Facebook, atau sedang asyik main game PS3.

Tengah hari, aku terlelap. Bangun-bangun aku lihat handphone. Ada beberapa nombor yang call aku rupa-rupanya. Aku call balik, dia tak angkat. Beberapa minit kemudian dia call aku. Blogger Mama Miraki rupa-rupanya!

Sejarah aku berkenalan dengan blogger adik-beradik ni  dah bermula sejak awal 2009. Mereka rajin komen kat blog aku, dan aku pun selalu komen kat blog mereka. Pendek kata kami ni cuma kenal melalui alam blog. 

Blogger-blogger yang tersebut ialah:

  1. YIN-WONG KHOO LAI (CIKGUBAHREYN)
  2. MUMMY GEE (PN FAUZIAH)
  3. MAMA MIRAKI (PN ZAINAB) 

Sementara menunggu mereka, aku nak test jurukamera aku ni,ok ke tidak. Kalau tetamu lain, aku tak risau. Tetamu blogger ni aku risau. Tempat persembunyian aku telah dijejaki....huhuhu.. Satu lagi yang aku risau, mereka ni pakar masak-memasak...    
 Malangnya semasa mereka mula masuk ke rumah aku, jurukamera aku gagal untuk menjalankan tugas yang diamanahkan......Dah duduk baru dia berani mengambil gambar tetamu istimewa ni
Anak-anak mereka Iki, Ika, Dafiy, Daniel selalu nampak dalam blog saja..

 Mummy Gee (berbaju hijau),dan Mama Miraki (berbaju merah)....tenguk tu, dia snap sana,snap sini, habislah aku.....hahahahahaha

Sihatnya mata dia...
Snap apa tu Mama Miraki? 


 En Wan suami Mummy Gee

 Adik Dafiy
 Adik Amer

Tkasihle sudi ke rumah saya....Ah...biasa tu
 Blogger Wong Khoo Lai....alhamdulillah dah sihat sangat....
 Suami Mama Miraki En Sa'idun...(betul ke ejaan ni)

 Jurukamera terketaq-ketaq pulak ambik gambaq penting ni


Isteriku Hamidah

Berbilion terima kasih atas kesudian kalian mencemar tayar kereta kalian ke teratak kecil kami. Jangan serik, raya tahun depan datang lagi, Insya Allah

Dua jam kemudian kami membuat

KUNJUNGAN BALAS AKU KE MARKAS MEREKA DI BATU 21

Lapan keluarga berkumpul di rumah pusaka ayah dan ibu mereka..ada lebih 60 orang semuanya termasuk anak, cucu, cicit....memang ramai dan meriah. Ramai yang menetap di KL, dua di JB, sorang saja yang duduk di Muar. Tapi kat sini aku tak berapa ambik gambar, sebab seganle nak snap snap...mereka ada 4 blogger tegar, berlawan dengan aku sorang....
Dua blogger tegar, seperti yang aku bayangkan, mereka adik-beradik ni memang peramah giler
 Datin....

BBQ yang mabless
 Amer lagi....
Daun Selasih Daun Keladi, Terima kasih,kita jumpa lagi....

LAGI GAMBAR-GAMBAR RAYA 2012-KLIK

GAMBAR-GAMBAR HARI RAYA PERTAMA & KEDUA


video
VIDEO BERAYA DI RUMAH BONDA


Raya pertama, biasanya kami bermaaf-maafan dulu di rumah sendiri. Seorang demi seorang. Macam kalian juga. Biasanya keluar rumah untuk menuju ke rumah bonda dalam pukul 11.00 pagi.







 Banyak lagi gambar bermaafan antara kami tidak diluluskan oleh admin

 Mengunjungi pusara ayahandaku dan anakkami Aulia Safiah


 Sepupuku Dikin Hj Kaban (di tengah)
 Bergambar dengan Jutawan Krepek Pt Sulong yang low profile
Mimik muka semuanya rosak kerana cuaca panas sangat
Dah 3 tahun tak jenguk saudara di Pt Jayus 4 ni....
Ha dah sampai pun......Cantik rumah 


 Duduk di ceruk Seri Medan bukan bermakna tidak boleh membuat dekorasi yang menarik.
Iwan dah lepak di rumah adikku Siti Amanah. Lepas Subuh barutidur, inilah akibatnya.