MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 30 November 2012

PALESTIN NEGARA PEMERHATI DI PBB

Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan status Palestin dinaik taraf PBB ke negara berstatus PEMERHATI , walaupun dibantah oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Para perwakilan mendengar ucapan Presiden Mahmoud Abas


Rakyat Palestin di Tebing Barat meraikan berita gembira itu

Resolusi menaikkan status mereka dari "bukan ahli entiti pemerhati" kepada "negeri pemerhati ," kategori yang sama seperti Vatican, rakyat Palestin berharap akan menyediakan ruang yang baru dalam urusan mereka dengan Israel.

Pemimpin Palestin telah bekerja keras dengan barisan pemimpin dunia untuk menyiapkan draf rasmi, mendaftar sokongan negara-negara Eropah seperti Perancis dan Sepanyol.


138 perwakilan mengundi Palestin, sembilan menentang dan 41 berkecuali, termasuk Jerman.


Presiden Mahmoud Abbas berkata apa yang terjadi merupakan satu simbolik, mewakili "peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara."Ia datang pada ketika konflik lapan hari yang tercetus antara Israel dan pejuang Hamas, di mana satu siri serangan udara dan pelancaran roket menarik perhatian antarabangsa dan mengancam kestabilan serantau.

"Kami ke sini bukan untuk mencari delegitimize negeri ditubuhkan tahun lalu, sebaliknya kita datang untuk mengesahkan kesahihan negeri yang kini perlu mencapai kemerdekaan, dan itulah Palestin," katanya.


Izzat Al-Rashq, ahli biro politik Hamas, menyambut baik keputusan tetapi membuat tuntutan yang mencerminkan keengganan Hamas mengiktiraf negara Israel.

"Kita perlu meletakkan ini dalam konteks biasa sebagai sebahagian daripada wawasan Negara Strategik berdasarkan hak dan prinsip kebangsaan tanpa menjejaskan walau seinci pun tanah dari tanah Palestin kita bermula dari Lautan ke sungai (Jordan)," katanya diposkan kepada laman Facebook beliau.


 

DIA SUDAH SALAH PILIH ISTERI

Petang itu aku tidak tahu hendak ke mana. Nak ke kebun pun, cuaca akhir-akhir ini tidak menentu. Rakan-rakan mengeteh pun telah ghaib sejak cuti ini. Ada yang melawat MAHA, yang melancong ke pantai timur dan yang mengeram 24 jam di rumah pun ada. Yang beristeri dua apatah lagi, kelibatnya langsung tak nampak di pekan usang ini.


Kutelusuri kedai-kedai itu. Singgah di kedai surat khabar, dua tiga nashkah akhbar tabloid. Daripada cerita politik yang tidak pernah letih, cerita hantu, cerita rumah tangga yang porak-peranda, kisah artis semua aku baca. Maklumlah aku ni minat membaca.

Jalan punya jalan, aku sampai di kedai apek tua itu. Isterinya dulu yang jelita itu pun kini sudah kendur di sana-sini, tambah-tambah lagi gigi pun tinggal sebatang dua.

"Apek, kenapa kedai sudah kosong, banyak barang sudah tak ada?" Sebenarnya aku nak belikan sesuatu untuk hari jadi Iwan.

"Aiya...mau cerita sama awak pun susah....Ini semua anak saya punya fasal"
"Betut cikgu....itu anak kita sudah kahwin, dia sudah tak macam dulu, dia banyak dengar cakap bini dia....." Isterinya tiba-tiba mencelah. 

Rasanya perasaan terkilan, sudah tidak tertahan lagi dan petang itu diluahkan semuanya kepada aku. Dia tak tahu, aku ni seorang penulis blog picisan. Kalau dia tahu, diupah pun tentu dia tak nak cerita masalah kehidupannya itu. 

"Cikgu tau ka, itu bini dia tak pernah jaga kedai, tau-tau datang ambik duit dalam laci. Sekalang dia sudah pindah sana, itu bayar kedai RM 3000 satu bulan. Itu harga kedai lapan ratus ribu. Ini saya punya kedai sudah habis bayar, apa lagi dia mau? Saya pun sudah tua...Itulah...bodoh punya orang...." Apek nampak sudah mahu menangis...

 Sekadar Hiasan

"Betut...cikgu anak kita sudah salah pilih isteri...., awak tengok sini barang-barang habis dia angkat masuk kedai dia. Saya kena beli lagi yang baru.... " .....

"Sabarlah apek....nak buat macamana.....dulu lain, sikalang lain, macam-macam boleh jadi"

 Anak yang dulu ditatang, kini sudah lupa diri, lebih dengar cakap bini....adui...dui..... 

Jadi hati-hati dalam memilih anak menantu, kerana kadang-kadang dia anak antu!


Khamis, 29 November 2012

TENTERA NATO TERUS DIMALUKAN DI AFHANISTAN

KABUL  - Sebuah jet pejuang Britain jatuh di dalam kawasan pangkalan terbesar NATO di sebelah selatan Afghanistan semalam. Jatuhnya jet tersebut merupakan kemalangan kedua yang berlaku dalam jangka masa dua hari.


JET TORNADO GR4 JATUH DI UDARA AFHANISTAN.....TAHNIAH UNTUK PARA PEJUANG

Jet pejuang tentera kerajaan Britain, Tornado GR4 jatuh di dalam kawasan lapangan terbang Kandahar ketika berusaha untuk berlepas pada pukul 7.20 pagi waktu tempatan, kata ketua pasukan Ruben Hoornveld, seorang jurucakap pasukan NATO. Dua orang krew pesawat tersebut dikeluarkan dari pesawat dan menjalani rawatan.


Tornado adalah pesawat keempat yang jatuh di Afghanistan dalam jangka waktu tiga hari, dan merupakan pesawat keenam yang jatuh dalam bulan ini. Para kakitangan tentera mengatakan bahawa penyebab daripada kemalangan tersebut kelihatan tidak jelas. Namun para pegawai tentera menolak untuk mengatakan penyebab jatuhnya pesawat tersebut. Jet tempur tersebut terbakar dan dijilat api.


Pihak kementerian pertahanan Britain melalui juru bicaranya mengatakan: "Para kru pesawat boleh dikeluarkan dalam keadaan selamat tetapi mereka mengalami luka parah, dan pada saat ini sedang dirawat di sebuah hospital."Sementara itu, di wilayah utara Kunduz, tentera Jerman menembak tiga orang warga awam Afghanistan pada hari Ahad lalu ketika mereka berada di dalam sebuah lori, demikian disampaikan oleh Gabenor wilayah tersebut, Mohammad Omar.


Sementara itu, pasukan Jerman mengatakan bahawa ada dua orang awam yang terbunuh dan dua yang lain cedera parah. Mereka berdalih bahawa mereka melepaskan tembakan kerana lori tersebut mendekati mereka dengan kelajuan tinggi dan tidak menghiraukan tembakan peringatan mereka.


Pada hari Ahad, sebuah helikopter angkut Mi-8, milik syarikat penerbangan Rusia, Vertical-T, juga jatuh ketika hendak berlepas. Sesaat setelah berlepas, helikopter tersebut terlihat terbakar, demikian kata pegawai NATO.


Ironisnya, helikopter tersebut sejatinya dipinjam Britain dari Rusia untuk menyokong operasi ketenteraan pasukan kerajaan Britain. Rusia ini masih tidak serik dengan kekalahan memalukan yang mereka alami sewaktu penjajahan era Soviet Union ke atas Afhanistan dahulu.


Bulan November menjadi bulan yang paling gelap bagi pasukan kafir pimpinan Amerika sejak melakukan pencerobohan pada tahun 2001 lalu.Dengan matinya empat orang tentera Amerika - yang mati dalam letupan bom tepi jalan di sebelah timur Afghanistan pada hari Isnin kemarin - maka sekurang-kurangnya ada 30 orang tentera Amerika yang terbunuh di medan perang Afghanistan dalam tiga minggu di bulan November, melampaui rekod sebelumnya iaitu 31 orang yang mati pada bulan November 2011 lalu.

Penyebab paling ketara daripada peningkatan jumlah tentera yang mati adalah bom di tepi jalan yang dipasang oleh para pejuang di sebelah timur dan selatan Afghanistan, termasuk wilayah Helmand, daerah kaya candu yang cuba dikuasai oleh AS. Walaupun bom-bom tersebut tidaklah sekuat bahan letupan IED yang digunakan oleh para pejuang di Iraq.


Para pejuang Taliban memang mempunyai kepakaran terhadap persenjataan seperti mortar dan peluru tentera, namun kebanyakan bom yang mereka buat disusun dari bahan-bahan asas seperti baja dan bahan bakar diesel. Bahan letupan seperti itu mungkin keberkesanannya tidak terlalu dahsyat, namun dengan jumlah baja dan diesel yang cukup, para gerila Afghanistan telah membuktikan bahawa mereka boleh menghancurkan operasi ketenteraan Amerika yang mempunyai persenjataan yang begitu canggih dan terkini.


Para pejuang Taliban juga bijak dalam memanfaatkan faktor persekitaran, di Afghanistan, jalanan yang ditar tidaklah banyak, oleh kerana itu Taliban lebih mudah menanam bahan letupan dengan tanpa meninggalkan jejak.

Bahkan sebelum hari Isnin, angka kematian tentera AS sudah melepasi rekod baru. Bulan Julai menjadi bulan paling mematikan semangat bagi seluruh pasukan gabungan di bawah bendera NATO. Sekurang-kurangnya 56 orang tentera kafir itu kehilangan nyawa bulan ini, melebihi angka 46 yang tercatat pada bulan Jun dan Ogos 2008. 


Disesuaikan dengan bahasa Melayu, dipetik daripada SUARAMEDIA.COM

AFF SUZUKI CUP MISSION IS NOT OVER YET-RAJAGOBAL

Datuk K. Rajagobal reiterated that the AFF SUZUKI CUP 2012 mission has not ended despite the emphatic 4-1 win over Laos yesterday.

He said, the win was the tonic for his scuad before the crucial Group-B match against arch-rival Indonesia at the National Stadium In Bukit Jalil on Saturday (1 Disember 2012).


"The boys ferformed well and they deserved to win. Actually had many chances to score but at the end of the first half, we made sloppy mistakes and allow Laos to equalise."


"I want the players to forget this victory and focus on the match against Indonesia because i feel the game against them (Garuda Scuad) will not be an easy one."

Malaysia's four goals were score by:
  1. Safiq Rahim (15 th min)
  2. Mohd Safi Mohd Sali (67 th min)
  3. Wan Zack Haikal Wan Nor (75 th min)
  4. Mohd Khyrill Muhymeen Zamri (79 th min)
Bravo for our team! You can do it!!!! I advise for our top goalkeeper (APEK), you can rest now and calm down. Give the other person to show his talents! We are very disappointed with your actions in the game the day.

Selasa, 27 November 2012

SOALAN TENTANG ZAKAT SIMPANAN

Malam tadi kuliah Ustaz Faisol Sheikh Muhammad dari Darusyifa Melaka di mesjid tempat saya ini diakhiri dengan soal jawab. Seorang jemaah bertanya...


Ustaz Faisol Syeikh Muhammad
Gambar Kredit: DJISLAMIK

"Ustaz, saya ada menyimpan dalam Tabung Haji, adakah perlu kita membayar zakat andainya simpanan kita telah cukup Nisab kerana dengar khabarnya Tabung Haji telah membayar zakatnya?

(Yang berkaitan dengan kadar nisab tu sila klik DI SINI dan DI SINI)


JAWAPAN USTAZ FAISOL SYEIKH MUHAMMAD:



  • Bagi penyimpang Tabung Haji, mereka tidak perlu membayar zakat lagi, kerana Tabung Haji telah membayarnya bagi pihak para penyimpan. Bagi bank-bank perdagangan yang lain, kita sendiri yang kena keluarkan zakat. 
  • Namun simpanan-simpanan lain, mesti dibayar zakatnya. Katakan di dalam akaun CIMB ada RM 1000=ZAKATNYA 2.5% iaitu RM 25 saja. Katakan bawah bantal ada RM 2000=ZAKATNYA 2.5%...RM 50.00. Maksudnya, simpanan kita dalam Tabung Haji tadi telah mencukupi nisab, dan telah melayakkan kita untuk membayar zakat. Kalau di Johor pada November 2012 ini bersamaan RM 14677.17 (BERSAMAAN harga emas semasa bagi 85 gram). Nisab zakat ini berubah-ubah ikut harga emas. Semasa harga emas RM 30 DULU, Nisab zakat baru dalam RM 3000. Jadi, sekarang jika simpanan kita telah mencukupi RM 14677.17 tu, semua simpanan kita yang genap haul setahun Islam WAJIB bayar zakat, tak kira dalam akaun mana. 
  • Bagi simpanan KWSP....itu bukan milik kita yang nampak....tetapi setelah kita keluarkan ketika umur kita 55 tahun nanti, masa tu apabila keluar saja duit KWSP tu, maka kita terus bayar zakat ketika itu, tak perlu tunggu genap haul setahun. Dan juga tak perlu kada'kan yang dulu-dulu. Harap saudara-saudari faham ya.
  • Tentang genap haul tadi, iaitu simpanan kita itu mesti genap setahun (Tahun Islam). Jika tak genap setahun, misalnya kurang satu hari pun, kita tidak wajib bayar zakat. TETAPI jangan niat tak nak bayar zakat....oh esok, genap setahun, hari ni aku nak belikan itu, belikan ini, biar aku tak kena bayar zakat. Misalnya jumlah genap zakat ialah RM 14677.17. Kita pun belanjakan cepat-cepat tinggal RM 13000.....Ingat.....Allah tahu niat kamu.......! Jika kita benar-benar terdesak kerana nak daftarkan anak masuk Universiti ke, yuran anak sekolah itu lain. Ia benar-benar memerlukan.

Isnin, 26 November 2012

Sabtu, 24 November 2012

CARA-CARA MENGATASI RAMBUT BERUBAN

Penuaan adalah proses yang pasti dialami oleh setiap manusia. Salah satu tanda penuaan pada rambut adalah timbulnya uban. Semua orang tentunya mengharapkan uban atau rambut putih muncul ketika sudah tua bangka. Namun pada kenyataannya, pada masa sekarang ini banyak orang yang masih muda, 30 tahun, 40 tahun, sudah mengalami penuaan diri yang keterlaluan misalnya dengan gejala tumbuhnya uban di kepala mereka.

PengUBANan pada rambut terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Misalnya.....faktor:

  •  Genetik
  •  Pemakaian kimia tertentu
  •  Syampu yang mengandungi sulfur 
  •  Menderita penyakit kekurangan darah (anemia). 
  •  Namun KALIAN tidak perlu risau, sebelum uban itu muncul ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegahnya, seperti yang dikutip daripada Boldsky.

1. Mencegah Stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden seperti ini merupakan salah satu penyebab munculnya uban. Hal ini disebabkan kerana tekanan daripada pelajaran yang mereka pelajari di universiti, dan kolej. Stres merupakan salah satu faktor penyebab timbulnya uban pada rambut. Oleh sebab itu, kita mestilah menghadapi kehidupan ini dengan lebih tenang dan rileks, banyakkan berzikir, beristigfar, berselawat.....agar hati ini menjadi tenang dan sedamai tasik Cini.

2. Menjaga Kebersihan Kulit Kepala
Kajian yang dilakukan oleh pakar rambut dunia menunjukkan bahawa kelemumur juga merupakan salah satu penyebab timbulnya uban. Gunakan syampu anti kelemumur atau dan terokailah Google untuk mengatasi masalah kelemumur ini, atau beli saja syampu saya. Sila dail 0103443880. Harganya ya memang mahal kak....RM 35.00, maklumlah syampu herba.

3. Mengatur Pola Makan
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan dini pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya gizi yang diperlukan oleh tubuh. Hal ini mengakibatkan tubuh dan rambut mengalami penuaan sebelum waktunya. Justeru itu, aturlah pola pemakanan anda dengan baik dan seimbang untuk mencegah penuaan dini pada rambut dan tubuh anda.

4. Pilihlah Makanan yang Kaya dengan Zat Besi
Kekurangan zat besi dapat mengakibatkan munculnya uban. Zat besi membantu tubuh menghasilkan melanin yang dapat memberi zat warna pada rambut. Makanlah seafood, terutama ketam, bayam, lemon dan cendawan yang memiliki kandungan zat besi yang tinggi. Atau pergi saja ke farmasi, beli zat besi....jangan pergi makan besi buruk dahlah hahahaha!

5. Rawatlah Rambut Dengan Teratur
Lakukan rawatan pada rambut untuk mencegah berlakunya pengubanan pada rambut. Lumurkan campuran labu dan minyak kelapa dara selama kurang lebih satu jam pada rambut, lalu bilas. Lakukan secara teratur seperti membelai bayi anda. Rambut kan mahkota wanita....tak kan cin cai cin cai saja menjaganya. Lelaki juga kena jaga rambut. Usah kecik hati kalau ada orang sergah kalian....TUANYA KAU SEKARANG.

6. Daun Kari, Rahsia Kecantikan Rambut kaum India
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Cuba tambahkan pada makanan yang anda makan ataupun gosokkan pada rambut setelah dicampurkan pada air suam.



Jangan Risau....cuba pilih antara 3 produk di bawah sebagai perawat uban. Selain menyuburkan rambut, ia juga dapat merawat uban anda.


1.T-HUGO- TONIK RAMBUT WANITA ANGGUN
MINYAK KELAPA DARA + ARGAN
HARGA RM 40 +
POS RM 5 (semenanjung)
Sabah/Sarawak RM 9

2.T-POLO- TONIK RAMBUT LELAKI TAMPAN
MINYAK KELAPA DARA + ARGAN
HARGA RM 40 +
TAMBAHAN POS RM 5 (semenanjung)
Sabah/Sarawak RM 9
SMS 010-3443 880


3. KRIM RAMBUT ANTI GUGUR
DUA PILIHAN: BOT0L ATAU LEPER
SEUNIT RM 25 +
KOS POS RM 5 SEMENANJUNG
KOS POS SABAH/SARAWAK 9

Jumaat, 23 November 2012

KAMI TAK SANGGUP MENGHADAPINYA





Dalam membaca status Facebook tadi seorang rakan (ibu) menyatakan dalam statusnya...Tersentak apabila anaknya ada mengucapkan sesuatu yang ganjil..... Dan sahabat itu amat takut akan kehilangan anaknya itu buat selama-lamanya.

Kita lihat di sekeliling kita ini ramai orang yang menerima pelbagai ujian hidup. Misalnya kehilangan orang-orang tersayang, rumah terbakar. Di negara lain pula ujian lagilah berat,  kampung halaman mereka musnah diserang musuh,gempa bumi yang maha dahsyat, ditelan tsunami dan seumpamanya   Dan.... kita pun merasa takut akan mengalami situasi yang seperti itu. Oleh itu....marilah amalkan doa ini.



Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah, Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan YANG KAMI TAK SANGGUP MENGHADAPINYA sebagaimana orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kami dengan apa-apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah akan kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir

Doa yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah ayat 286

Di permulaan ayat ini Allah menjelaskan bahawa, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

PERKAHWINAN FAHMI 19 TAHUN DAN FAZIRA SAAD 13 TAHUN


HMETRO MELAPORKAN...KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19,(B.HAIRAN KATA 17 mana yang betul ni?)  yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu....Berita selanjutnya layari.....DI SINI dan DI SINI

 Kredit:KOSMO

Buat anda yang dah ada duit, dah ada kerja, rupa pun ada, rumah dah beli,harap-harap tidak bertangguh lagi, esok cepat-cepat jumpa tok kadi.

Khamis, 22 November 2012

BLOG EX-STUDENT AKU


Aku sebenarnya lupa, sama ada pernah mengajarnya atau tidak, kerana beliau ini termasuk pelajar yang baik, bersopan-santun dan bukan jenis huhahuha macam kebanyakan pelajar yang lain tu. Ayahnya memanglah aku kenal sangat. Kalau ke pekan, mesti jumpa punya. 

Dalam Facebook aku bertanya kepada khalayak FACEBOOK tentang andai saat ini belum wujud lagi Facebook, apa yang saudara-saudari lakukan? Ramai-ramai tu muncullah Izzati Hamimi. Izzati malu-malu kucing nak share blognya tu. Malu,kerana katanya blognya biasa-biasa saja. Tetapi yang aku tengok, blognya bakal meletup tu....


Terpaksalah aku menggogle......dot....dot...dot dan akhirnya terjumpalah blog dia.... Ayuh ....kawan-kawan kita BERTANDANG ke .... >>>kITA BULI dia...



JIKA BEGINILAH SIKAP KITA!


Apabila ada segolongan kita yang memperlekeh pemboikotan terhadap produk-produk zionis, sesungguhnya ia satu yang amat mendukacitakan!

Pernah diceritakan,di sebuah pekan di Asia barat, seorang lelaki yahudi berteduh di barisan kedai milik orang Arab. Hujan lebat ketika itu. Dia ingin membeli sekotak mancis untuk merokok. Tiba-tiba ia terpandang di seberang jalan sana, ada sebuah kedai milik orang Yahudi. Dia sanggup meredah hujan lebat itu semata-mata hendak membantu ekonomi kaumnya. Semangat perjuangannya begitu kuat.

Kita? Baru Macdonald bagi makan free, dah berebut-rebut dan lupa perjuangan. Ia benar-benar sangat memalukan! Kitalah yang mendokong kewujudan negara haram Israel kerana kita terus membeli produk-produk di bawah ini.    


Rabu, 21 November 2012

DONT SHOOT ME!-GAZA BERMANDI DARAH





BOIKOT PRODUK ZIONIS ISRAEL

KERETAKU PERNAH TERBARAI KERANANYA


Petang semalam aku menghantar abang aku yang tidak dapat berbicara (bisu sejak kecil). Dengan Kak Long dan abang aku tu pertama kali aku melihat dia dirawat oleh Doktor pakar Audiologi (aku keliru antara Doktor Neorologi dengan Audiologi ni?). Selama ini yang menghantarnya ke situ ialah Kak Long. Beliau memang kuat semangat untuk menjaga adiknya itu dari kecil sampailah sekarang ni (abang aku ni dah beristeri dan ada anak tiga orang, semua ok boleh bercakap, anaknya pun dah besar-besar, yang bongsu berumur 17 tahun).

Aku mengusik doktor muda itu, kerja sebagai Doktor audiologi ni taklah stress macam doktor bahagian lain ek? Dia kata "Tensionlah juga, maklumlah bercakap dengan orang bisu."



Yalah, adik-beradik ni kita kena ambik berat, terutamanya yang ada beberapa kekurangan seperti itu. Jika bukan kita yang bantu, siapalah lagi..? Sepanjang jalan, aku memikirkan, semuanya yang berlaku ini adalah qada dan qadar Allah. Ia adalah ujian kepada kami supaya bersabar....

Awal tahun ini, abang aku tu eksident, dan kakinya patah, DIA berulang-alik ke hospital selama dua bulan ....dan dugaan itu amat berat untuk kami tempuhi. Alhamdulillah kini abang sudah baik dan dapat bekerja semula seperti biasa.

Kak Long menasihati aku supaya menjaga abang aku tu baik-baik. Hampir 20 tahun dulu kamilah yang menguruskan segala yang berkaitan permasalahan mereka. Daripada anak pertama hingga ketiga anak abang aku tu, kamilah yang menguruskan kelahiran anak-anaknya itu. Surat beranaknya, bayaran itu-ininya, dan kamilah juga yang menjenguknya hari-hari di hospital Batu Pahat, dan yang sulong tu seminggu di hospital Muar. Hinggakan keretaku lamaku Celicaku terbarai di tepi jalan selama dua hari kerana rosak dan pulaknya kekeringan duit ketika itu. 

Adik-beradikku ramai yang perempuan. Daripada mereka kecik sampailah besar...aku dan Kak Long juga tempat mereka mengadu ketika itu. Yang balik malam-malam dari belajar, aku pernah juga tidur malam-malam buta di stesen bas Yong Peng, Air Hitam, stesen Batu Pahat semata-mata nak menyambut mereka balik. Pada masa itu mana ada hphone nak bagitau bas dah sampai mana. Begitu juga perginya kena juga hantar.....Aku juga pernah dimarahi dan disindir-sindir pengetua kerana mengambil cuti menghantar adik aku ke universiti.

.............Biarpun apa kata sebahagian mereka tentang aku sekarang ini, ingatlah aku telah dan akan menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang saudara lelaki. Aku akan teruskan komitmen itu selagi nyawa ini di kandung badan. 

Isnin, 19 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012-SK SERI PASIR

 ENAM ORANG PELAJAR MEMPEROLEH 5A PADA TAHUN INI. 
Walaupun tersungkur, namun masih masyhur...dan misai belum cecah ke tanah.....!
Aku dah sedia nak buat rakaman interview dengan budak-budak yang dapat 5A TU, TETAPI GAGAL, kerana mereka masih menjalani peperiksaan sekolah Agama kerajaan Johor.

Ahad, 18 November 2012

HADIAH TERBAIK UNTUK ANAK, ADALAH ISLAM

Apabila melihat Teropong Sakti ni, saya berfirasat, saudara saya yang bernama Anynomous dari Kedah yang rajin jengok dan menulis komen dengan nama Tanpa Nama tu, seakan-akan saya rasakan ia baru balik dari menunaikan Haji. Jiran sebelah kiri rumah saya ini, Cikgu S dan Kak K, terdengar-dengar suaranya sejak Subuh tadi. Hendak saya menziarahinya, tetapi tentu mereka penat lagi. Suara mereka sudah kami tidak dengari sejak lebih 40 hari yang lalu, Alhamdulillah...semoga saudara dan isteri Anynomous, juga semua jemaah haji kita mendapat haji yang mabrur....  

Dalam seminggu bercuti ni, saya dan isteri melihat, mengkaji, kalau begitulah keadaannya..............ia tidak boleh dibiarkan. Dari jam 11.00 tengah hari hingga 7.00 malam, jadualnya chating Facebook, lepas tu kawan-kawan tekan loceng rumah tidak tentu masa, keluar,masuk,keluar bawa pancing, tapi tak pernah pun bawa balik ikan seekor pun. Petang main hujan, dengan badminton, bola sepak, baju basah kuyup dan kotor bagai dalam iklan Sabun Breeze.....

Justeru, hari ini kami hantar dia ke tempat yang paling tenang untuknya.......Tempat yang paling berfaedah dan penuh pengisian.....dan di sini tidak ada istilah membuang masa dan tenaga seperti biasanya.   

"Hadiah yang paling berharga daripada Allah untuk manusia ialah agama! Hadiah paling berharga daripada Nabi Muhammad untuk umatnya adalah agama! Hadiah paling berharga daripada ibu bapa untuk anak-anak adalah agama!" Ustaz Tahfiz ini berpidato. Beliau begitu fasih bercakap Arab, Melayu dan Mandarin.
Irfan Iman akan menuntut ilmu agama selama 40 hari di sini...
Alhamdulillah dia suka di sini, daripada 20 orang yang mendaftar minggu ini, 4 orang daripadanya adalah sepupunya. Dalam gambar ini, ialah sepupunya Lutfi yang duduk di Rengit tu...

Untuk Arina, dan Ili Nabilah pula, mereka akan mula tuisyen dari esok hingga akhir cuti. Isnin hingga khamis setiap minggu. Iwan masih belum baik dari sunat. Minggu depan juga kami daftarkan ke tuisyen.

Barulah lega hati kami....

Kami kemudian ke sini.....
 Ke rumah bonda, dan berborak-borak dengan anak saudara aku ni..



 Amirul bercerita bab serius 

SURAH AL-BAQARAH FULL BY ABDULRAHMAN AL SUDAIS

PENGEDAR LADIES COLLAGEN VASIA BATU PAHAT,JOHOR


ISTERI ANGGUN DAMBAAN SUAMI
SMS: 010-3443 880

Harga RM 35 SEMENANJUNG
             RM 39 SABAH/SARAWAK

+ KOS POS LAJU
RM 6 SEMENANJUNG
    RM 9 SABAH/SARAWAK

Batu Pahat, Muar, Kluang sila call 010-3443 880


Ianya adalah campuran 13 herba terpilih daripada makanan amalan sunnah yang mempunyai kebaikan bagi meningkatkan serta mengekalkan tenaga dalaman serta kecantikkan diri. Ia diadun daripada bahan semulajadi seperti lobata, mirifica, kacip fatimah, manjakani, akar serapat bersama habbatus sauda, madu, goji, delima, kismis, gingko biloba, kunyit dan kolagen.

Ladies Collagen dapat memberikan kesan sehingga tiga kali ganda lebih baik berbanding produk lain.
Pengambilan yang teratur dan berterusan membantu :

* mendapatkan bentuk badan yang menarik,
* menyeimbangkan hormon,
* mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang lebih menawan,
* menegangkan otot-otot punggung,
* mengecutkan rahim,
* seterusnya merapatkan vagina serta melambatkan proses menopaus.

Kebaikan :* mencantik dan mencerahkan kulit,
* melancarkan peredaran darah,
* melancarkan haid dengan lebih teratur,
* melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan,
* mengembalikan keintiman hubungan.
* Produk ini juga membantu menyuburkan wanita bagi mendapat cahaya mata.
* Didatangkan dalam bentuk gel menyebabkan cara mengamalkannya mudah, hanya dengan mengambil terus dan tidak perlu dibancuh.

Sabtu, 17 November 2012

PENGEDAR MACHO MAN VASIA BATU PAHAT, JOHOR


Untuk Suami Maskulin Dambaan Isteri 
SMS: 010-3443 880
Isi kandungan: Herba-herba terpilih:
Mucuna Pruriens
Epimedium Sagittatum
Tongkat Ali
Tribulus Terestris
Maca
Muira Puama
Saw Palmetto
Hawthron Berry
Butea Superba
Gingko 

Harga RM 35 SEMENANJUNG
             RM 39 SABAH/SARAWAK

+ KOS POS LAJU
RM 6 SEMENANJUNG
    RM 9 SABAH/SARAWAK

Batu Pahat, Muar, Kluang sila call 010-3443 880
  



  • ucuna Pruriens
  • Epimedium Sagittatum
  • Tongkat Ali
  • Tribulus Terestris
  • Maca
  • Muira Puama
  • Saw Palmetto
  • Hawthorn Berry
  • Butea Superba
  • Gingko


  • Read more: http://www.kasih2u.com/macho-man/#ixzz2CUMTrqzl




  • Mucuna Pruriens
  • Epimedium Sagittatum
  • Tongkat Ali
  • Tribulus Terestris
  • Maca
  • Muira Puama
  • Saw Palmetto
  • Hawthorn Berry
  • Butea Superba
  • Gingko


  • Read more: http://www.kasih2u.com/macho-man/#ixzz2CUMTrqzl

    MENGARKIB NOMBOR TEMAN-TEMAN

    Pada tahun lepas, aku membeli sebuah handphone buatan China. Ingat nak jimatlah kononnnya. Beratus nombor aku masukkan ke dalamnya. Yang disimpan di dalam sim kad dah penuh. Jadi, nombor-nombor seterusnya kena simpan dalam peranti iaitu di dalam badan handpone tersebut.

    Ketika saat ingin aku menghubungi seorang teman, tiba-tiba nombor itu sudah ghaib. Rupa-rupanya aku kehilangan 70 nombor kawan-kawan! Aku rasa nak hempas aje handphone buatan China yang lupa jenamanya tu. Serik aku dibuatnya. Lepas tu kalau ternampak handphone berjenama aneh, memang aku tak akan teruja langsung.

    Kerana itulah, sebagai langkah bersiap siaga, tiga hari ni aku jenuh menulis nombor-nombor teman-teman dalam buku di atas tu. Buku tu pula aku simpan di dalam beg james bond aku. 

    Jika hand phone hilang, sim card kita boleh ganti, hand phone dah hilang kita boleh ganti, tetapi nak masukkan nombor-nombor tu yang letih. Kita akan kehilangan perhubungan, apatah lagi jika kawan kita tu pun kehilangan hand phone juga, dan pasword Facebook pun dia dah lupa, lagi parah.

    Itu jelah coretan merapu aku pagi Sabtu yang indah ini.....lapang rasanya pagi ni. Enam hari sebelum ni memang aku sibuk sikit, aku tak sempat bisnes kerana menguruskan beberapa anak saudaraku yang bermasalah minggu ni, biasalah tekanan kadang-kadang menyebabkan mereka melakukan sesuatu yang diluarkebiasaan. Sebagai pakcik yang prihatin, kenalah ambil berat, kalau tak siapalah lagi...? 

    (Anak saudara aku sorang ni pesan, kenapa Pak Cik tak download smartphone ke Goggle akaun aje, taklah jenuh tulis nombor-nombor tu..Android pun boleh katanya..Dalam beberapa saat nombor-nombor tu akan tersimpan di sana?Alamak....hanphone aku ni jenis cikai-cikai je....)