Rabu, 16 Januari 2013

14 RAHSIA BERUMUR PANJANG



Lembah HUNZA mula aku kenali melalui katalog sebuah syarikat MLM. Aku bukan takjub dengan produk yang ditawarkan, tetapi tertanya-tanya keistimewaan orang di kawasan utara Pakistan ini. Mereka tinggal di satu kawasan pertemuan enam banjaran gunung.

Yang paling mengujakan kita ialah pada keseluruhannya umur jangka hayat mereka antara 90-110 tahun dan dikatakan daerah mereka adalah tempat di mana ramai manusia berusia panjang dan sihat pula!

 Imej Google: Seorang pakcik hensem yang umurnya sebenarnya dah lanjut tetapi nampak mantop lagi
   
Mereka dikatakan tidak memiliki penyakit yang biasa kita dengar, seperti penyakit jantung, kanser, artritis, tekanan darah tinggi, kencing manis , batuk kering, demam, asma, masalah hati, hempedu, masalah pundi kencing, sembelit, atau banyak penyakit lain yang melanda seluruh dunia.

Selain itu, tiada kilang, tiada hospital, tiada rumah sakit jiwa, tiada kedai ubat, salun, tidak ada kedai-kedai menjual rokok, tiada polis, tiada penjara, tiada jenayah, tiada pembunuhan dan tiada pengemis di lembah tersebut.

 Mereka ni nampak warak-warak, muka pun tenang-tenang, inilah sebenarnya rahsia utama mereka berusia panjang

Apabila search di Google maka terpaparlah rahsia mereka berusia panjang. Rahsia-rahsia yang terbongkar ialah:
 
1- Mereka memakan daging sangat sedikit kecuali pada hari-hari perayaan seperti hari Raya Aidilfitri dan Raya Haji.

2- Daging dan produk tenusu bersama-sama membentuk hanya 1 peratus daripada diet jumlah mereka.


3- Protein dan lemak adalah hampir keseluruhannya berasal dari sayur-sayuran.


4- Mereka bergantung sepenuhnya pada makanan semula jadi dan bukannya diproses dan dibuat orang.


5- Mereka makan sejumlah besar bijirin: gandum, barli, sekoi dan soba.


 Antara makanan utama mereka, bijirin

6- Sayuran juga memainkan peranan penting, terutamanya sayur-sayuran berdaun (sawi, bayam dan salad) dan juga sayur-sayuran akar, kacang dan kekacang yang boleh tumbuh.


7- Mereka berkembang Flaxseeds, hampir setiap hidangan mengandungi flaxmeal baru tanah dalam satu bentuk atau lain.


8- Sebahagian besar daripada diet mereka dimakan mentah, pada musim panas, sebanyak 80 peratus daripada makanan yang dimakan dalam keadaan semula jadi.


9- Sayuran yang dipilih hanya sebelum penggunaan dan hampir selalu dimakan mentah.


10- Pada musim sejuk, mereka rendam lentil dan kekacang. 


 Panorama indah di Lembah Hunza

11- Sayur-sayuran mereka biasanya  dikukus menggunakan jumlah air yang minimum. 

13-Tanaman mereka disiram dengan air daripada gunung yang banyak di sekeliling mereka. Sudah pasti mereka tidak menggunakan racun dan baja 
kimia.

14-Mereka berwajah tenang disebabkan mereka kaum yang sangat taat akan perintah Allah, sebab itulah negeri mereka penuh dengan rezeki yang melimpah ruah.
 
 Nyamannya, patutlah umur sampai 100 tahun

Susah juga hendak mencari tempat seperti itu di negara kita. Sungai, udara, dan semuanya telah tercemar. Nampaknya aku kena mula makan ulam-ulam dari kebun sendiri. Pertama sekali nak mula kukus pucuk paku....huhuhu...nak kurangkan makanan berminyak, berlemak, bersusu.....

6 ulasan:

Kayu Manis berkata...

ada juga terbaca mengenai ini..mmg daging tu tak mkn langsung..

lagi pun tgok ajelah tempat mereka segar tiada pencemaran..kalau boleh nak duduk di sana aje..

boni kacak berkata...

kat tempat kita ni, lebih2 lagi kat kuala lumpur, segala2nya penuh dengan bahan kimia.. baik dari sayur sampailah ke daging.. itu yang memendekkan umur orang2 kita ni.. sekarang umur 50 lebih dah kena get ready dah.. tunggu masa je tu..

Unknown berkata...

pendek kata... mereka ini bebas dari semua pencemaran

Mat Som Sadona berkata...

K.Nor
Duduk sana, dan tak perlu fikirkan macam2 masalah hidup di kota yg penuh kebejatan

Mat Som Sadona berkata...

Bahan kimia bertebaran bukan saja di KL, tetapi dah masuk ke kampung-kampung dan hutan2 kita, sebab semua dah tamak nak kaya sendiri Boni

Mat Som Sadona berkata...

Ya Mystory
Kita mungkin tak sanggup nak hidup macam tu