Sabtu, 12 Januari 2013

KERETA LAMA CAT BARU


Ok....Kancil putih kusam kami dah tukar warna Silver Gold. Nak tukar kereta pun sayang duit. Kancil tahun 1995 ni kalau kami jual pun cuma laku berapalah aje. Kos cat kereta ni 2K, dah hampir sama harga kereta ini sekarang.  

Dah sebulan kereta Kancil kami kat kedai cat. Susah juga tinggal satu kereta. Anak-anak sekolah terpaksa ditumpangkan kepada orang. Satu hari tu, sahabat kami tu terlupa ambik anak kami Arina, hampir satu jam dia tercegat di depan pagar sekolah.

Puan Hamidah akan mula menjalankan tugas rutin, menghantar dan mengambil anak sekolah yang empat orang itu sebagaimana tahun-tahun lepas.

8 ulasan:

umialya berkata...

kereta lama xper, janji kita jaga ia elok2.. cantik kaler baru

boni kacak berkata...

terbaik cikgu.. saya kalau ada kancil pun saya akan jaga sungguh2.. walaupun lama, tapi enjin dia sangat2 berkualiti... tahan lama.. banyak juga kita tgk kancil2 atas jalan sekarang ni,,masih elok lagi.. saya teringin nak ada sebiji kancil..senang nak ke mana2.. comel2 pun comel..hehehe

Knor berkata...

nampak baru..

boleh pulak terlupa tak perihatin..bukan anak dialah tu..

hana hadi berkata...

wow nampak mcm kereta baru..

Mat Som berkata...

Umialya,
Kalau selalu jalan jauh
Kena pandu kereta baru
Takut juga rosak tgh hutan

Mat Som berkata...

Mcm Boni ni kurang2 kena naik
ALTIS terbaru

Mat Som berkata...

Yalah Knor, dah terbiasa dlm minda dia, sesekali terlupa tu biasa

Mat Som berkata...

Hana
Kereta lama dicat baru ni mcm
Org tua hati muda.