Ahad, 20 Januari 2013

MENCARI DAMAI DI HUJUNG DESA

Kerja hakiki semakin memeningkan. Tugas semakin bertambah. Cuti hujung minggu, aku bawa anak-anak lari ke kolam air panas ini. Bertolak dari rumah, setengah jam sampailah kami di lokasi ini.  Ramai orang pagi ini. Ke sini, tiada sebarang bayaran dikenakan. Terletak di sebuah desa yang indah dengan pohon kelapa dan barisan pokok herba mas cotek. 
Tiga jam berada di sini, mereka tetap tidak mahu balik. Kawasan ini semakin cantik dengan didirikan chalet, taman permainan dan sebagainya.
Aku suka melihat daun-daun yang hijau...terasa aura positif pokok bunga itu terbang ke arahku yang sedang dihantui kerja yang menimbun, dan berita anak-anak saudaraku yang diganggu jin jahat. Sepanjang Disember aku berhempas pulas dengan adik-beradikku untuk menentang jin itu, tetapi dia benar-benar degil. Ustaz-ustaz yang merawat itu pun bagaikan putus asa.   
Petang tadi aku mengumpulkan almari yang senget, kerusi yang patah, dan aneka sampah keras lalu aku potong-potong dan sumbatkan ke semuanya ke booth kereta, dan kubuang jauh-jauh di kebun aku yang dah lama aku tak menjengoknya dek kerana kesibukan hal anak-anak saudaraku itu. Setiap kali lalu ke sana, aku akan berhenti di tepi pokok betik ini entah siapa yang punya ini....snap..snap...
Walaupun kebunku semak, namun ia tak sesemak otakku yang penuh dengan deretan fail yang perlu aku siapkan sehari dua ini. Melihat kehijauan rumput dan paku pakis ini aku menjadi damai......

Dan buat sahabat-sahabat Facebookku, maaf aku telah Deactivate akaun aku. (Sampai satu masa yang tak tahu bila). Sebab dan punca: Aku nak berehat. 

9 ulasan:

Warna Warni Kehidupan berkata...

kat mana kolam tu?.. wah bestnya ada kebun.. sesak2 kepala otak boleh pi tenangkan jiwa kat sana

MystoryPic berkata...

kalau fikiran tengah serabut memang elok sangat bawa diri ke tempat yang sunyi drp suasana hirok pikok. Untung ada kebun sendiri, boleh la sesekali datang masa tengah serabut tu

Mie berkata...

Itu kolam air panas Gerisek, Muar ke Cikgu? Kalau betul, memang cantik tempatnya...

Mat Som berkata...

Warna2 Kehidupan,

Soalan itu telah dijawab oleh En Mie. Benar, spt yg beliau katakan itu.

Mat Som berkata...

Mystory
Kalau ada anak2 ikut seronoklah
Kalau sorang2 pun, tak meriah.

boni kacak berkata...

alam yang penuh kehijauan amat menenangkan.. elok juga tu cikgu pergi bercuti kat tempat macam ni.. dapat hilangkan stress..

yan's cottage berkata...

tengok pun rasa damai....apatahlah....lagi kalau kesana rasa teringin juga nak datang tengok sendiri....

Mat Som berkata...

Boni Kacak

Tapi penjenayah pun skrg dah sampai ceruk kampung, nak tidur kat belukar pun dah tak selamat, takut bangun kena hunus parang dgn penagih dadah

hana hadi berkata...

penulisan entry pun dah nampak mcm penat..