Ahad, 27 Januari 2013

MONA FANDEY TELAH BERTAUBAT SEBELUM MATI


Kisah Mona Fandey disebut lagi dalam Metro Ahad hari ini. Siap dengan kronologi. Bermula ditangkap dengan suami dan pembantunya pada 13 Julai tahun 1993, sehinggalah hari mereka digantung serentak  sampai mati pada jam 5.59 pagi 2 November 2001.

Memang mereka antara pembunuh yang kejam dalam sejarah Negara. Namun kalian tahu atau tidak bagaimana Mona Fandey mengisi sisa-sisa kehidupannya di dalam penjara?

Dalam tempoh lapan tahun dalam tahanan dan penjara itu, Mona Fandey telah bertaubat. Sebelum digantung Mona Fandey telah mengucap dua kalimah syahadah dan dia mati digantung pada pagi Subuh Jumaat yang syahdu. Sebelum digantung Mona Fandey juga tenang, tidak meronta-ronta atau menjerit. Ramai pesalah yang pengsan sebelum digantung. Tetapi, Mona Fandey menghadapinya dengan penuh redha. Itulah jalan terakhir yang harus ditempuh, akibat kesilapannyaa sendiri, bukan menyalahkan orang lain. 

Ini adalah cerita yang aku dengar daripada seorang penceramah yang berceramah di mesjid tempat aku ini bulan lepas. Nama ustaz tu Ustaz Syeikh Faisol dari Darussyifa Melaka. Yang bercerita kepada Ustaz Faisol ialah rakannya juga seorang ustaz yang bertugas di penjara tempat Mona Fandey digantung. 

Ustaz bertanya khalayak, adakah ada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan menyebut nama Allah? Adakah ada jaminan yang kita ini akan mati dalam keadaan baik? Sebab itulah kita harus berada di jalan yang lurus, selama 24 jam. 

Justeru, jauhilah daripada menceritakan kesalahan orang lain. Dalam diri kita ini masih banyak tompok-tompok dosa yang mesti dibersihkan.

Tentu kalian ingat akan dosa orang yang membunuh 100 jiwa, namun akhirnya dia juga mendapat keampunan Allah.

Oleh itu, ingatlah, kita harus sentiasa berada di jalan yang lurus, sebagaimana yang kita minta dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari itu. 

7 ulasan:

Marya Yusof berkata...

As salam cikgu,

Singgah sini w/pun masih pening lalat... nak update blog masih belum ade mood :)

Setuju dgn apa yg cikgu catatkan di sini... masa kisah mona fendey ni sdg hangat saya masih bersekolah rendah... mmg menakutkan... apa2 jua Allah Maha Pengampun & Penyayang...

Mat Som berkata...

Tkasih Marya
Dari Lima berkunjung ke sini
Dan dlm pening2 masih sudi
memberi komentar di sini

PERISTIWA itu
2O tahun telah berlalu
Yang bayi pun kini dah masuk U

Hayati Harun berkata...

APA SAJA CERITA MENGENAI MONA PASTINYA MENARIK PERHATIAN...SIAPALAH KITA UNTUK MENILAI HUKUMAN BUAT DIA..HANYA ALLAH YANG TAHU..

hana hadi berkata...

owh, hana plak dengar ceta2 yang negatif ja mcm mna fendi digantung tapi xmati sebab ilmu hitam. kali ke2 bru mati. entah betol ke x hana xtau

Knor berkata...

beli newpaper smlm tapi tak habis baca lagi..tau juga kisah mengenai lelaki yg membunuh sampai 100 org tu.

semua yg cikgu bentangkan di sini akak sgt setuju..

lynn kamarul berkata...

Allah maha pengampun. kalau kita jahat sekalipun , andai bertaubat dengan bersungguh2 in shaa Allah ,Dia akan terima taubat kt

PARANOIA berkata...

ramai org yg x suka dengan benda positif utk diri orng lain. mereka lebih kenal tuhan.