Ahad, 3 Februari 2013

BERSIAP-SIAP MENERIMA MENANTU

Petang semalam kami sekeluarga bertandang ke rumah abang aku yang tinggal di Rengit tu. Nak tengok persiapan dia untuk menyambut menantu dari Kemaman Trengganu dua minggu lagi. Jom apa yang telah dibuatnya, nampak dah ribu-ribu punya persediaan ni.
Adik beradik aku semua berbin dan berbintikan nama sebenar ayahku, Sodono, tapi aku Sadono, nasib baik tak Sadona. Papan nama tersergam di depan rumah tepi jalan raya.
Kak Timah kata, Abang Din kali ni bersemangat sangat mengecat, mengemas, betulkan itu ini, kerana pertama kali nak terima menantu perempuan. Dua menantunya sebelum ini lelaki. Abang Din juga tengah kerisauan, takut jiran-jiran bising, kerana kali ini dia dah tempah Cathering. Orang kampungnya masih kuat dengan budaya rewang dan kehidupan mereka masih kuat dengan amalan tradisi yang terpuji itu. Namun oleh sebab, Kak Timah tidak berapa sihat, jadi menempah Cathering merupakan pilihan terbaik kali ini.
 Keindahan dan kedamaian desa
Jambatan masuk ke rumah pun baru, harganya lebih kurang 12 K. Senanglah anak-anak dan tetamu nak membelok, tak takut termasuk ke dalam parit yang dalam tu.
Majlis menerima menantu dua minggu lagi, tetapi persiapan dah bermula, dahsyat abang aku ni.

6 ulasan:

umi alya berkata...

Mula2 melangkah masuk untuk baca entri ini, terfikir sejenak, bukankan anak Cikgu hampir2 sebaya anak saya, takkan dah nak menyambut menantu..?

Apa2pun tahniah buat Cikgu sekeluarga.

Mama Janet berkata...

cantiknya suasana kg tu....dh cathering x yah susah payah cikgu nak rewang tolong2 cari kayu api

Mat Som berkata...

Anak sulung saya 17 tahun dah, tak lama juga Umi Alya, 6,7 tahun lagi kut... hehehehe

Mat Som berkata...

Mama Janet
Tinggal Rewang makanlah apa lagi

Knor berkata...

semangat nak menerima menantu tu..

suka kenduri guna catering..taklah letih..tggu layan2 tetamu aje.. layanan vvip lg tu..



Mat Som berkata...

knOR, Sebenarnya kosnya sama saja,
Tuan rumah pun taklah setengah mati nak menyediakan bahan dan alatan.