MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 24 Mac 2013

JENERAL LIMA BINTANG DITANGKAP HIDUP-HIDUP

 Pic Bernama.com

LAHAD DATU – Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam. 

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina. Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan. Kosmo.

Tiada ulasan: