Jumaat, 22 Mac 2013

KELENTANG-KELENTUNG REWANG

REWANG di Johor ni membawa maksud bergotong-royong dalam menjayakan majlis perkahwinan. Adapun video itu merupakan rakaman malam tadi, Khamis malam Jumaat 21 Mac jam 10.00 malam. Kaum kerabat aku sedang berkumpul di rumah kakak sulong aku, membantu apa yang patut. Jiran-jiran sekampung akan datang selepas Zuhur 22 Mac. Kakak aku akan  mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada Sabtu 23 Mac ini. Untuk saudara-mara yang telah dijemput tu, jangan lupa dan tersilap tarikh pulak. Sekarang sudah ramai yang buat majlis pada hari Sabtu, bukan Ahad seperti dulu. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam cikgu...

musim orang kawin kan... 23 mac ni saya ada dua kenduri satu belah siang satu lagi belah malam... lepas tu minggu depan ada lagi dua...

che mid berkata...

Salam.. rewang seng kendeng.. betul ke ejaan ni..lepas kenduri ada buat bubur som-som ke.. segerrr!