MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 17 Mac 2013

MAMPUKAH MEREKA BELI RUMAH NANTI?




Ketika orang lain sedang tidur nyenyak, jiranku Ah Hock sudah menghidupkan engin lorinya untuk keluar pergi bekerja. Jam masih menunjukkan pukul 4.00 pagi. Biasanya Ah Hock dan keluarganya mula tidur pukul 1.00 pagi. Begitulah rutin hidup mereka sejak aku berjiran dengan mereka 18 tahun yang lalu. Memang patutlah mereka mampu membeli rumah 300K, rumah baru di sebelah perumahan  ini, setelah mendiami rumah kos rendah sekian lamanya.

Lalu aku teringat, ayah dan ibuku dulu bangun  untuk bekerja. Ayah dan ibu aku biasa mula menoreh seawal pukul 4.00 pagi juga. Mereka akan solat Subuh menyambung semula kerja memotong getah tu. Siap biasa dalam pukul 8.00 pagi. Kerja-kerja meleperkan getah pada mesin getah akan siap dalam pukul 10.00 pagi. 

Petang pula ayahku akan bekerja di kebun pisang dan aneka sayur-sayurannya. Ibuku pula memetik kopi. Pendek kata, mereka jarang untuk baring-baring atau bersantai-santai .

Orang sekarang sebenarnya bekerja dengan lebih teruk sekali. Ini kerana pendapatan mereka tidak dapat menampung akan kenaikan harga barang yang melampau-lampau. Mungkin kita sekarang dikelilingi para pekilang, pemborong dan peniaga yang rakus untuk kaya dengan cepat. Kalau boleh bisnes setahun dah boleh kumpul harta sekian juta.

Paling mengerikan harga rumah, sudah mencecah suku juta sehingga setengah juta. Susah sekali nak jumpa rumah harga di bawah 100 ribu. Nampaknya, gaji anak-anak kita pada masa akan datang kurang-kurang RM 10 ribu sebulan, barulah mereka dapat menikmati kehidupan yang dikehendaki.

Tapi usahlah kita bimbang. Dulu ibu bapa kita risaukan kita juga. Tetapi kita dapat membina kehidupan juga akhirnya. Begitulah anak-anak kita. Yang penting, sekarang mereka menuntut ilmu habis-habisan agar dapat menyesuaikan diri dalam zaman yang penuh pancaroba nanti. Teringat lagi kata-kata Pramoedya Ananta Toer, dunia sekarang ini tidak ada ruang untuk orang yang dungu.

8 ulasan:

mamawana berkata...

Assalam pak,

bener sekali. Dunia ini bukan tempat orang dungu. Ilmu dan iman perlu dicari dan di amal.

umi alya berkata...

Saya setuju 100% dengan pendapat Cikgu..

Tiba2 teringat kakak sulung di kg, dia tidur cuma 2-3 jam jer sehari, patut le dia senang walaupun tidak punyai pelajaran yang tinggi.

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam, salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda..

Mat Som berkata...

Mamawana
Pandai tak semestinya ada segulung sarjana
Pandai cari duit, pun pandai juga

Mat Som berkata...

Umi Alya
Citerlah sikit tentang kakak Umi Alya
itu nanti
Saya suka kisah-kisah org biasa
akhirnya jadi org luar biasa

Mat Som berkata...

Tkasih Bunda, macam pernah jumpa TAPI
di mana YA?

Herma Julianny berkata...

Pramoedya Ananta Toer,
nama yang saya pernah dengan tak lama dulu..
selepas membuat rujukan di google,
barulah saya teringat, saya pernah membaca hasil nukilan beliau..
tp saya dah lupa apa tajuknya..T_T

Tanpa Nama berkata...

1.prinsip kejayaan orang cina tak boleh diikut semuanya terutama bagi yang beragama islam!
2.mengikut prof ungku aziz!!ada 7 prinsip perniagaan orang cina!5 je yang boleh diikut!!2 lagi tak boleh diikut!!
3.2 prinsip yang tak boleh diikut tu la yang menyebabkan orang cina kaya!!