MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 14 Mac 2013

NAK JADI ORANG BAIK

Maafkan aku, kalau aku tak sempat berbalas komen, akhir-akhir ini aku semakin busy nampaknya.

Badan rasa semacam. Semalam lepas habis kelas, mengejar waktu pula ke sebuah sekolah ternama di bandar Batu Pahat. Biasalah awal-awal tahun begini, pelbagai kursus banyak kena hadiri. Sampai rumah pukul 6.00 petang, berkejaran ambik anak sekolah agama pada pukul 6.30 petang. Kemudian, lepas Magrib bertolak semula ke sekolah untuk sesi tusyen kelas malam untuk murid-murid aku tu. Sampai rumah pukul 10.15 malam. Letih sangat, sehingga aku tak sempat nak bertanya khabar dengan anak-anak aku. Lepas solat Isyak terus lelap......

Jam 3.00 pagi terbangun, batuklah pulak tak berhenti-henti. Barulah tau betapa nikmatnya sihat yang Allah beri. Aku tak dapat tidur sehingga subuh. Dengan semangat yang longlai aku tetap pergi bekerja untuk hari ini, walaupun badan dah rasa nak pengsan! Askar-askar kita tengah berjuang di dalam hutan....ini baru demam.

Tetapi, sampai sekolah cuaca hari ini sangatlah panas pula, menambahkan kesengsaraan yang ada. Bagaimana pula kalau penyakit demam dan batuk aku ini berjangkit kepada pelajar-pelajar itu? Alangkahh kesiannya.

Justeru itu, balik sekolah tadi aku singgah di Klinik Tawakkal kelolaan Dr Ahmadol. Apabila pembantu doktor tu membelek-belek kad rekod kad rawatan aku, baru aku ternampak, rupa-rupanya sudah tiga tahun aku tak meminta rawatan di situ dan mengambil MC@cuti sakit. Aku tak pernah jumpa doktor lain selain Dr Ahmadol . Selalunya, kalau aku demam, telan Panadol 2 biji, lepas tu baik.

Agaknya ini amaran awal, bahawa aku kena sedar yang aku ini sudah tua....kena banyak mendekati Allah, buangkan segala sifat-sifat buruk, kena jadi orang tenang, cool, baik-baik.....Sebab tulah aku kurang bercakap lagi dalam Facebook.....AKU NAK JADI ORANG BAIK-BAIK. Harap-harap ini azam berkekalan....

7 ulasan:

umi alya berkata...

amin...

secocok jer pasangan di atas itu

boni kacak berkata...

mohon banyakkan berehat tau cikgu.. jaga kesihatan cikgu tu baik2 :)

Mat Som berkata...

Umi Alya
>....<...tak tau nak ulas hahaha

Mat Som berkata...

Boni
Hari ni dah ambik MC
dAH REHAT dah ni...
Tkasih...

Knor berkata...

SAKIT ITU UJIAN..SYUKUR SBB SAKIT..BILA SAKIT AJE INGAT ALLAH.

BOLEH AJE POST APA2 AJE DLM FB ATAU BLOG JANJI IA BERFAEDAH COMPOM MALAIKAT MENCATATNYA.

KAK RASA BERSALAH SGT KALAU POST YG BKN2.

NAK SOLAT PUN RASA "APA YG AKU BUAT NI"

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu,

Syafakallah... catatan cikgu ni menginsafkan saya... Saya pun dah slow down skrg ni... fokus dgn dunia nyata lebih baik sb kdg2 dunia maya ni byk melekakan... klau dh mula susah nak stop...hikhik...

Take care ye cikgu... have a good weekend! :)

MystoryPic berkata...

Amaran awal juga supaya hati-hati dalam menjaga kesihatan, jangan sampai dah tenab baru tahu kan..

Perlu rehat secukupnya untuk kerja yang berkualiti