MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 13 Mac 2013

SENARAI ANGGOTA KESELAMATAN YANG GUGUR

Para pengganas yang dapat dibunuh oleh pihak keselamatan kita. Sumber sabahkini.net
Siapa yang menghasut mereka sehingga bertindak di luar kotak pemikiran manusia normal.? 
 
Berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:    
  • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.   
  • 1 Mac 2013 -  Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.   
  • 2 Mac 2013 -  ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.   
  • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.   
  • 2 Mac 2013 -  Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.   
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

6 ulasan:

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu,

Saya tak sanggup nak tgk gambar2 tu semua..mmg tak terjangkal dek akal manusia biasa... Dgrnya mereka menggunakan ilmu kebal... kerana itu mereka bertindak diluar batasan kemanusiaan... ya Allah sedihnya kerna mereka tu semua saudara seagama... :(

umi alya berkata...

Kita sama2 doakan moga keadaan ini akan berakhir dengan segera, tak sanggup nak tengok mayat2 yang bergelimpangan sana sini.

Knor berkata...

kalau nak tgok pd logik akal..

rupa dah separuh abad..tu.

agaknya berjuang nak dpt tanah utk anak cucu merekalah tu..

kesian pun ada tgok.sesama islam berperang..mmg kiamat dah nak hampir sgt dah ni.

Mat Som berkata...

Marya
Memang sedih kalau Sesama Islam berperang, namun kerana mereka telah membuat kekacauan di negara kita, itulah akhirnya yg terjadi.

Mat Som berkata...

Umi Alya
Harap-harap mereka tidak terus berdendam
Jagalah negeri masing-masing

Mat Som berkata...

K.Nor
Mungkin mereka dijanjikan tanah ladang, sebab tu mereka bermati-matian