Isnin, 18 Mac 2013

SIGNBOARD KAMPUNG ITU TELAH MUSNAH



 Habislah aku kena marah.....aduh....
 Papan tanda Parit Sedayu musnah dalam kemalangan ini

 Ketua kampung amat terkejut sehingga tidak ceria sewaktu ditemui di kedai gunting rambut sebentar tadi.



PARIT SEDAYU (SERI MEDAN, BATU PAHAT) - 18 MAC Di sebuah kampung dimana kelebaran jalannya hanya muat hanya untuk sebuah  kereta, kalau berselisih mesti salah satu kereta kena berhentilah, telah berlaku kemalangan aneh, maklumlah malang memang tak berbau.

Alkisahnya ketika itu aku baru saja pulang dari rumah kakandaku Hjh Saripah. Aku memilih jalan Pt Sedayu ini kerana jalan di situ memang antara jalan paling lengang di Malaysia ini.

Tup..tup....aku bagai tak percaya ada orang berkumpul di situ....tak pernah sepanjang umurku menyaksikann kemalangan di situ, kecuali ada orang kebocoran tayar.

Aku terpaksalah turun, lalu mengeluarkan NOKIA burukku, orang tengah kesusahan kenalah ambik gambar sembunyi-sembunyi, nanti dikata kurang ajar pulak.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya seorang gadis pingitan sedang gemuruh berada tidak jauh dari situ. Dia dikatakan belajar kereta sendirian tanpa guru, kerana yakin sangat, tak ada apa yang akan berlaku.

Akibatnya, di simpang kampung Sedayu itu, entah bagaimana dia memaut stering begitu bergaya sekali sehingga melanggar papan tanda kampung yang dibuat daripada simen itu. Kini papan tanda yang dibuat oleh penduduk kampung itu telah menyembah bumi.....ketua kampung nampaknya kena buat mesyuarat tergempar.

6 ulasan:

boni kacak berkata...

gadis tu gatal sangat belajar bawak kereta sorang2 dah kenapa??hehehe

Pida berkata...

Siaplah ko kena marah dgn bapak ko... huhuhu...

Kesian dia, mesti gabra habis tu. Nasib baik dia tak cedera.

Knor berkata...

macam buletin tv mat som pulak ye..

papan tanda tu boleh buat baru..kereta tu..terbang byk tu rmnya..kesian gadis tu.

Mat Som berkata...

Kalau abang Boni yg kacak tu ajar gadis itu, taklah jadi macam ni

Mat Som berkata...

Mau tiga minggu baru siap kereta tu Pida

Mat Som berkata...

K.Nor
Insuranslah yg tanggung
Kalau tak bila lagi nak claim?