MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 27 April 2013

JOM BERLATIH NASYID

Dalam sibuk-sibuk aku bertugas sebagai guru perpustakaan yang baru, aku teringin sangat turun ke bawah dari lokasi library di tingkat 4 yang tinggi itu. Agak teruja dengan suara kanak-kanak riang SK SERI PASIR. Mereka ni baru sahaja menjuarai Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat bagi tahun 2013. Mereka kini sedang giat berlatih untuk mewakili Batu Pahat ke peringkat negeri Johor pula. Kumpulan yang dinamakan Shoutul Iman SK Seri Pasir ini dipimpin oleh Ustaz Mohammad Rizal Bin Abdul Manap, dan Ustazah Khairunisak. Selamat maju jaya untuk kalian. Tertunggu video sebenar semasa mereka berpakaian cantik-cantik, semasa bertanding di peringkat daerah tempoh hari, namun Ustazah Khairunisak belum sempat menyerahkan pen drivenya kepada aku.

2 ulasan:

che mid berkata...

Salam, suka tengok pemain perkusinya.. beria-ia sampai terangkat-angkat kaki. Syabas pada ustaz dan ustazah dan semoga berjaya utk murid-muridnya..

PANITIA BM SK SERI PASIR, SRI MEDAN, BATU PAHAT berkata...

Over acting,
Tkasih Che Mid doakan budak2 ni