Sabtu, 11 Mei 2013

BIAR KITA TIDAK POPULAR

Seawal jam 7.00 pagi aku sudah sampai di sini. Di desa terasing, warisan orang tuaku. Lebih lima bulan aku sudah tidak ke sini. Kelapa sawit di sini dipetik oleh saudaraku dari seberang. Hasilnya, separuh aku beri kepada ibu kami dan adikku yang menjaga ibuku di kampung. Separuh lagi digunakan untuk urusan membuat jalan yang belum siap, dan untuk bayaran membersihkan kebun oleh seorang sahabatku yang lain.
Setelah penat memotong pohon-pohon yang degil, aku membawa kamera kecilku, berkenal-kenalan dengan penghuni setia kebun ini. Sepanjang lima jam aku di sini, tiada seorang pun yang lalu di sini. Biasanya abang iparku Hj Jo akan lalu di sini. Barangkali pagi ini Hj Jo, membawa Kak Long berjalan-jalan di bandar. Biasanya kalau hendak ke sini, aku mengajak abangku B yang duduk di Rengit itu. Jadi adalah teman untuk berbual. Tetapi akhir-akhir ni, sejak abang B naik pangkat, hendak bercakap dengan dia pun tak sempat. Ada saja temu janji, itu dan ini, sehingga semasa rumah Kak Long buat majlis perkahwinan tempoh hari, dia nampak tergesa-gesa, sehingga balik pun tak dapat buah tangan daripada Kak Long. Sebab tulah aku tak berminat dengan pangkat. Aku lebih suka menjadi rumput di tepi jalan, seperti bunga rimba di atas ini. Siapalah yang pedulikan dia? Cuma pagi ni, nasib baik aku tergerak mengambil gambarnya. Apabila kudekati, mereka begitu gembira, tak sangka ada orang bertanya khabar!   
Buah yang sinonim dengan kanak-kanak semasa hidup di kampung...
Dua ekor kerengga begitu marah dan terkejut dengan kehadiranku pada pagi yang hening itu. Seakan kudengar jeritan mereka supaya menghalau aku dengan segera...Tengoklah mata mereka berdua yang bengis itu.....  
Pondok yang berasaskan pokok-pokok yang ditebang dari kebun aku ni, aku buat tahun lepas, cuma modal zing saja nampaknya masih nampak kukuh. Tempat untuk aku mengatur strategi, tanpa gangguan suara apa-apa. Cuma bunyi belalang dan cengkerik yang menemani....

Dengan menyendiri begini, aku dapat mengurangkan dosa-dosa fitnah dan mengumpat yang begitu dahsyat sekarang ini terutama di daerah Muka Buku itu...

4 ulasan:

hana hadi berkata...

sejuk tenang dan mendamaikan bila dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau

Umialya berkata...

rindu kg halaman, sayapn lama daa tak jenguk tanah pusaka peninggalan arwah ayah & ibu, alhamdulillah.. abang rajin usahakan agar ia tak terbiar gitu jer..

Mat Som Sadona berkata...

Bertaambah menaarik kalau ddatangi blogger Hijau

Mat Som Sadona berkata...

Kalau Umi Alya bertandang ke kebun
tu, tentu byk entri utk dikongsikan nanti. Rajinnya abang Umi tu.