Rabu, 15 Mei 2013

HADIAH HARI GURU


Sebagai blog picisan dan murahan, jumlah pelawat yang tersesat ke sini kebiasaannya sekitar 200-300 sahaja sehari. Hari ni amatle terkejut dengan peningkatan jumlah orang yang sesat. Manalah pernah aku dapat mencatatkan rekod sebanyak kat atas tu (setakat jam 11.00 pm tadi). Rupa-rupanya kerana mereka nak copy paste ucapan sempena Hari Guru esok. Alahai, mesti budak-budak sekolah ni. Relevankah ucapan tahun lepas yang dah basi tu disalin? Moto hari guru tahun ni pun dah bertukar.

Malangnya ketika sesekali rumahku dikunjungi pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu dari seantero Malaysia ni, iklan Nufnang kat atas tu tak muncul-muncul. Jadi, tiadalah yang masyuk nampaknya.

Tahun ni aku rasa aku tak dapat hadiah. Sebabnya aku dah semakin garang. Kedua, aku dah tak pegang jawatan guru kelas lagi, sebab aku dah disingkirkan  untuk aku ditabalkan sebagai guru library pula.

Akhir kata, Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajarku di SK TENAGA SETIA, SMK SERI MEDAN, HIGH SCHOOL B.PAHAT, dan pensyarah-pensyarahku di MPTI pada tahun 1980-an dulu. Juga cikgu-cikgu kepada anak-anakku....jasa kalian tetap kami kenang sepanjang zaman.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau cikgu yg garang2 biasa memang x dpt hadiah kan..kan..kan

Wak Gelas™ berkata...

wak pon nk ucap selamat hari guru cikgu kang matsom tuuu.., mugo mugo diparengi apik dan waras.. aminn

boni kacak berkata...

ahahha.tanpa cikgu yang garang ni, murid-murid akan pijak kepala.. guru garang ni sebenarnya yang terbaik.

wah, tahniah untuk traffic tu cikgu.. thorbaekk :)

umi alya berkata...

Selamat Hari Guru Cikgu..

Wowwwww traffic kt sini kemain lagi ye.. tahniah

Mat Som berkata...

Cikgu disiplin di sekolah saya tahun ni dapat hadiah misteri....?

Hadiahnya, kereta HondaNYA diguris dengan benda keras....! Adeh!

Itulah harga yg perlu dibayar oleh seorang guru disiplin

Mat Som berkata...

Tkasih Wak Gelas....tunggu pencen 8 tahun lagi ni

Mat Som berkata...

Umi Alya dan Boni
Lepas Hari Guru trafik saya akan down semula ke statistik asal.

Kena cari entri baru yg power nampaknya ni.

Tkasih ats ucapan hari guru.

Knor berkata...

eloklah garang2 cikgu..naik kepala nanti berbudak..tak boleh bg muka sangat..garang utk mendidiklah..jgn garang tak bertempat pulak..

selamat hari guru buat cikgu mat som..semoga sukses

MystoryPic berkata...

Selamat hari guru... untuk cikgu MatSom tuuu........ tak dapat hadiah takper... dapat ucapan pun kira okey tanda ingatan

Mat Som berkata...

Tkasih K.Nor
tkasih...

Mat Som berkata...

Shidah
Betul,
kalau murid lupa pun tak apa
Yg penting mereka berjaya.
Tulah hadiah yg paling besar.

Pida berkata...

Cikgu Mat Som, selamat hari guru. Biar garang asal baik hati hehehe