MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 28 Mei 2013

MITOS-TIDAK BOLEH MANDI MALAM


Assalamualaikum. Selamat sore. Minggu ini agak kepenatan setelah membersihkan semak samun yang telah bermaharajalela di tanah pusaka itu. Macamanalah tak penat, kalau popok-pokok leban yang aku potong tu sudah sebesar tiang elektrik.

Apabila sudah minum kopi panas-panas, aku membaca surat khabar semalam-semalam. Asyik beli aje, tapi tiada kesempatan membacanya. Semua aku baca, dari kisah politik, kisah artis yang derhaka kepada orang tua, kisah pelumba basikal yang ditipu diinternet, dan paling menarik petikan kesihatan itu. Tidak boleh mandi malam hanya satu mitos......

Kalau duduk di kampung dan cuaca sejuk macam air batu, tentulah nak mandi pun tak sanggup. Tetapi kalau dah duduk di kota yang sentiasa panas, dan bilik air pun lengkap dengan pemanas air, apa pulak mendatangkan bahaya kepada para pemandi tegar?

Kenapa kita kena mandi? Mungkin balik kerja dah pukul 11.00 malam. Atau mengemas rumah sampai berpeluh-peluh. Takkanlah tergamak nak tidur dengan badan yang melekit dengan peluh yang basi?

Kalau kalian masih percaya dengan mitos, mandi malam membahayakan kesihatan, teruskan. Namun, pakar-pakar berkata, mandi yang kerap lebih baik, kerana ia mengubati stress, membuang bakteria yang hinggap semasa kita berada di tempat tumpuan orang ramai.

Orang yang kurang mandi sudah menghampiri tabiat orang gila di gelandangan.

Jadi, eloklah mandi tidak kira siang atau malam. 

Akhir kata, majulah mandi untuk negara.     

9 ulasan:

umi alya berkata...

sib baik saya tak termasuk ke dalam golongan itu, sbb utama mndi sblm tido - Tabiat semulajadi, selagi tak mandi, mata xmau lelap..

che mid berkata...

peluh basi pun ada he he.. alasan je utk yang tak suka mandi le tu..

~ Mummy Gee ~ berkata...

pantang larang orang dulu2 ada cerita disebaliknya... org kg dulu2 tak bagi mandi malam sebab bilik air kat luar or kena cedok air dari perigi, letrik tak de pulak tu so bahaya la nak mandi malam2 kat luar kut ada org jahat ke ada ular ker atau yang sewaktu dengannya....heheh

Knor berkata...

ha ah setuju dgn coretan mummy gee tu..

knor suka mandi mlm..tambah bila nak menunaikan solat..segar..tenang dan nyaman.

baca buku sikit2..lps tu tido le..kalau boleh nak mandi je..

~ Mummy Gee ~ berkata...

lepas mandi kita dapat tidur dengan lebih lena, lagi2 sekarang ni musim panas. Pasang ekon dan kipas pun cam tak rasa sejuk jer...

Mat Som berkata...

Jadi UMI ALYA memang tidak dipengaruhi langsung oleh MITOS itu

Mat Som berkata...

Che Mid
Peluh basi jika dibawa tidur
akan menjejaskan persekitaran

Mat Som berkata...

Org dulu memang cukup berpandangan jauh Mummy Gee.

Mereka tak sound kita direct macam kita sekarang.

Budak skrg kalau buat mcm tu mereka memang tak faham.

Duluuuu Cukup takut kalau duduk ats bantal, takut tumbuh bisul. Hari ni bantal, anak-anak buat main aje

Mat Som berkata...

K.Nor
Kenalah mandi apatah lagi lepas goreng tempahan rempeyek pelanggan tu...

Satu lagi kalau dah menghadap oven
mesti nak kena mandi..