Jumaat, 17 Mei 2013

NYARIS MAUT KERANA...

Petang yang syahdu itu budak kecik itu hendak mengikut kakaknya dan beberapa orang kawannya berjalan-jalan di kebun. Zaman tu belum ada ledakan teknologi lagi. TV hitam putih pun belum mampu dibeli oleh mereka. Kalau nak tengok juga, kena ke kedai runcit di simpang kampung itu. 

Kalau tidak bermain sembunyi-sembunyi, mereka memancing ikan keli. Sesekali bermain layang-layang. Kadang-kadang bermain galah. Selalunya mereka bermain pondok-pondok.

Entah bagaimana, petang itu mereka bermain korek-korek tanah. Mereka mengorek dengan tujuan suka-suka. Sedang asyik mengorek tanah dengan pisau, tiba-tiba budak kecik itu ternampak sesuatu di dalam tanah itu. Dia begitu gembira kerana menyangkakan benda itu tembikar.

Kakak dan kawan-kawan budak kecik itu datang kepadanya dan tertanya-tanya apakah yang objek berkarat yang sedang dipegang oleh budak kecik itu.

Masing-masing membuat andaian........Nak kata emas, tiada warna kuning langsung. Nak kata tembikar, beratnya macam besi.

" Nanti kita balik tanya abang..." kata kakak...



Mereka berjalan pulang ke rumah budak kecik itu. Jauh juga mereka berjalan, lebih kurang 15 minit sampailah mereka di depan rumah.

 
"Bang.....bang.......kita jumpa ini....!" jerit budak kecik itu. Kakak dan kawan-kawannya berlari termengah-mengah....

Abang budak kecik sedang tertidur di beranda rumah, menggeliat dan mengusap-ngusap matanya yang bagai kena gam....

"Bang....bangunlah bang....ni kita jumpa benda ni?"

                                      V
                                      v
                                      V
                                      v
                                      v

"Masya Allah adikku,.....cool....jangan campak.....sini.....abang am........am  bikkk......."  


"Ambik bang...ni apa bang? UFO punya jatuh ke bang?"


Abang mengambil benda itu daripada tangan adik, budak kecik yang tak tahu apa-apa. Tangan abang menggigil dan memerhatikan kedua-dua orang adik perempuannya dan kawan-kawannya yang masih kecik sangat tu.

Adik, dan kalian semua....ini 


(lebih kurang begini bentuk bom tangan itu) 

bom tangan dik....!!!

Begitulah yang diceritakan oleh isteriku Hamidah (budak kecik dalam cerita di atas). Kalaulah bom tu meletup semasa di tangannya, sudah boleh digambarkan apa yang akan berlaku kepada mereka....Alhamdulillah mereka dalam perlindungan Allah. Tentulah mereka tidak kenal bom tersebut, kerana mereka tidak pernah melihatnya. Mereka pun tidak pernah menonton TV ketika itu.Bom tersebut adalah peninggalan pengganas komunis yang bertapak kuat di kampung kami ketika itu dalam zaman darurat dahulu. Kejadian Hamidah menemui bom ini berlaku dalam tahun 70-an.....begitulah ceritaku malam ini untuk menghargai dan mensyukuri sebuah kehidupan.                
                                      

2 ulasan:

Kayu Manis berkata...

kalu tak tu tak jumpalah dgn hamidah tu ye..pantang maut sblum ajal


p/s nak intervew pengusaha biskut tu cikgu nak buat apa..?nak bisnes rayalah ni..kak pun ada satu sekolah tu cikgulahkan jadi ejen rempeyek knor berpuluh balang menempah..banyak ambil, murah le sikit..pandai2 le dia tolak kat cikgu2 lain.cikgu pun boleh jadi ejen peyek knor..heheh..gurau cikgu

Mat Som Sadona berkata...

Kos pos laju dgn cukainya yg tinggi menyebabkann saya tidak terlibat dlm bisnes biskut online. Harga kuih akan menjadi mahal.