Isnin, 6 Mei 2013

TAK TERKATA APA-APA


Majoriti memang memilih BN. Tahniah kepada BN. Jika itu yang rakyat mahukan, nampaknya aku kena gali emas untuk menyekolahkan anak-anakku sehingga ke menara gading. Dan semoga kerajaan semakin prihatin terhadap masalah rakyat bawahan. Kita tunggu lagi lima tahun untuk berjuang.....

Teringat kata-kata seorang mujahid, Perjuangan ini panjang dan berliku-liku, namun perjuangan ini benar.

Melihat pencapaian PAS kali ini, ia sangat mendukacitakan. Ternyata PAS kena kurangkan bercakap, dan banyakkan bekerja lagi...Satu lagi, adakah benar sekutu-sekutu PAS mengundi calon PAS? Itu yang menjadi keraguan.

Keputusan setakat pkl 1.00 pagi...sejak aku hidup ni, inilah keputusan yang paling lewat dalam sejarah...pelik sungguh. Televisyen kita pula agak lembab dalam menyiarkan keputusan yang diperolehi. Ketiadaan penganalisis pilihan raya Profesor Agus sebagaimana biasanya amat dirasakan.

KEPUTUSAN PENUH:
Jam 3.58 pagi barulah kita dapat keputusan penuh, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

DAN KEPUTUSAN PENUH OLEH WEB SPR:
  
BN 133
PAS 21
PKR 30
DAP 38

Menangis air mata darah sekali pun Pakatan Rakyat tetap akan jadi pembangkang. Dan perjuangan Anwar Ibrahim tentunya semakin kendur, dan akan menjadi professor di universiti di negara barat sebagaimana yang diulang-ulang kali diucapkan dalam ceramah-ceramah terakhirnya. Beliau mungkin sudah terlalu letih dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Siapalah yang mampu untuk terus diperlakukan begitu, dalam dunia ini? Lagi pun mungkin Lim Kit Siang mengambil semula jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat jika pemilihan itu berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi.

Kekalahan Ghani Othman telah dijangkakan oleh ramai pihak. Seakan-akan ada agenda untuk menguburkan karier politik beliau kali ini.

Kekalahan Fuad Jarkasi turut mengejutkan ramai pihak di Batu Pahat. Pejuang-pejuang BN amat-amat tersentak dengan kekalahan tersebut.

Kita renungkan apa kata Ustaz Hadi Awang......



Ini merupakan entri politik terakhirku. Jumpa lagi lima tahun akan datang. Aku akan terus bekerja keras untuk survival keluargaku sendiri. Stop.

4 ulasan:

Knor berkata...

akak org selangor alhamdulillah masih kekal kemenangan.

kalau kita kalah kita kena redha sbb itu kerja ALLAH.Adalah tu yg kita tidak tahu ye kita tggu 5 thn lagi..sgt setuju dgn Tuan Guru Dato' Hadi Awang

Pida berkata...

Saya tidak sangka corak politik BP sudah berubah secara mendadak. Ternyata kemahuan pengundi amat sukar dijangkakan. Apa yg pasti, Johor bukan lagi kubu kuat BN.

BUNDA a.k.a KN berkata...

apa saja keputusan kita kene redho...semua tu ketentuan Allah..

Mama Miraki berkata...

Kita kena berusaha sendiri...siapa yang menang pun kehidupan kita rasanya sama aje kot...tapi memang agak terkilan gak ler dengan keputusan PRU13....tapi Redha ajelah...nasibbaik Selangor cuti tau..boleh tunggu keputusan sampai pagi..hahahhaha