Ahad, 30 Jun 2013

IKAN YANG FRESH ADA DI SINI!

Sebelum itu khas untuk warga SKSP
SILA KLIK DI SINI
UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR (20 PIC) YANG AKU SEMPAT SNAP PADA HARI TERSEBUT
Entri ini merupakan diari dua hari lepas 29 dan 30 Jun 2013
 Firstly, Singgah di Kahang beli Tshirt murah-murah
 Nasi lemak di Kahang ni pelik sikit, ada lauk ikan air tawar...nama ikan ini perwanis entah apa...lupalah pulak nak catat
Taukey warung tepi jalan ini beria-ia nak tunjukkan udang galah di Hilux rakannya....wow! Tak bolehlah bang...saya nak ke Mersing ni...
Aku suka jalan antara Telok gorek ke Penyabung ni....sunyi....1 km baru berselisih dengan kereta lain. Jalan ini bapak aku punya da...belok ke kanan, belok ke kiri....yea!
Tengok tu biba hutan pun segan-segan nak melintas di sini..
Tujuan utama aku ialah hendak berkhemah bersama cikgu-cikgi sekolah aku dengan anak murid kami satu bas, nak berkhemah di Telok Gorek seperti tahun lepas...jadi kalau ke sini, aku tak akan melepaskan peluang pergi ke Penyabung dulu....kami disambut oleh anak-anak ikan selar kuning ni....Irfan dapat lima ekor. MMS dihantar kepada emaknya di Pt Sulong, malangnya emaknya tak percaya, kata beli ikan kat pasar! 

Masa aku ambik gambar ni lengang pulak...sebenarnya ramai pemancing dari Singapura dan negara kita yang memancing dengan bot di pesisir pantai ini....ada yang berkeluarga...naik bot...
Jam 2.30 tengah hari aku baru ke Telok Gorek...tapak perkhemahan di sebuah resort yang amat kedekutttttttt....kenapa aku kata kedekut? Sebab sebuah televisyen pun tidak disediakan di sini, sedangkan kami berkobar-kobar hendak menonton JDT lawan Kelate. Oleh sebab resort itu kedekut, aku pun kedekut juga untuk iklankan resort itu sebagaimana biasanya aku mengunjungi resort-resort LAIN sebelum ini....inilah kali pertama kami berkhemah di sini. Tahun LEPAS, kami berkhemah di resort di sebelah satu lagi tu...YANG juga kedekut...agaknya mereka ni keturunan ke lima kepada Hj Baghil....Berapalah sangat harga TV, sedangkan ramai cikgu menyewa chalet bersama keluarga mereka. Aku sahaja yang cuma bawa anak dua orang, sebab Ili sibuk dengan tusyen itu dan ini.
 
Aku baru beli khemah ni...
Jiwa keJohoriannya yang tinggi kami sanggup memandu membelah malam dan hutan belantara dari Telok Gorek ke Air Papan....lalu hutan simpan....seramle juga....30 minit baru sampai di Air Papan...ada satu warung canggih yang baik hati sangat. Malangnya JOHOR kalah pula!!!
Lepas solat Subuh aku mengajak Irfan dan Iwan untuk balik. Irfan merengek nak PERGI ke Penyabung lagi, katanya, tak puas memancing semalam. Tengok tu jam 6.44 pagi dah buat pose...
Aku tak suka rambut macam tu...tapi dia buat-buat tak faham
Beli keropok di Penyabung. Sampai Penyabung ribut pulak....frust....tak dapat memancing.
Akhirnya aku bawak budak-budak ni ke Jeti kampung dekat jambatan utama di tengah bandar Mersing ni. Irfan dapat dua ekor ikan todak di sini. Aku duduk mengeteh dan berborak dengan orang tua yang pernah tinggal di Pulau Pemanggil satu ketika dulu. Oleh sebab masalah persekolahan anaknya yang jauh, dia meninggalkan pulau itu dan menetap di bandar Mersing. Kawan-kawannya juga ramai yang pindah ke felda. Tetapi ...sekarang ramai juga yang duduk di Pulau Pemanggil tu, cukuplah jemaah solat Jumaat katanya...chalet pun banyak di Pulau Pemanggil tu katanya....sedar tak sedar dah setengah jam aku melayan orang tua itu berbual sambil menikmati sarapan lempeng cecah sampal tumis
Dalam perjalanan balik, teringat ikan air tawar semalam...aku singgah dan membeli ikan baung. Satu kg berharga RM 18. Nampak segar dan lazat, jauh sekali berbanding ikan-ikan kat pasar Pt Sulong yang sudah layu dan selalunya beli pun sebab sudah tidak ada pilihan lagi

IKAN BAUNG
IKAN BAUNG-yg lain tu aku tak ingat namanya
Walaupun JDT tumbang, senyuman tetap mampu diukir...


Op....lupa pula, ni ikan pekasam RM 5 sebungkus, beli di Kahang tadi. Maafkan aku Masrom aku tak dapat singgah di Kota Tinggi. Satu masa nanti kalau ada kelapangan aku pergi jua ke mahligaimu. Juga Nurul Adiah, anak saudaraku yang berada di Felda Tenggaruh tu....lain kali Pakcik singgah....ok.

9 ulasan:

Umialya berkata...

anak2 remaja, fikiran mereka takkan sama dengan kita..

anak sulung sayapun gitu juga, pengawas tapi berambut panjang, akhirnya hampir2 dibotak dek guru disiplin, alhamdulillah.

iitulah nasihat kami tak mau didengarnya..

Kayu Manis berkata...

sesekali selesakan biji matakan..dan senangkan hati..

dah pandai bergaya anak2 skrg ye..biarlah sesekali..heheh

azhan tak pandai bergaya..tapi pantang tgok jersi..

ikan baung masak asam pedas..emmmm..sedap tu..tambah yg fresh2 ni...

apa lagi nak komen..ni..ha pekasam tu.tak nak pos kat akak ke?

Pida berkata...

Cikgu,

1.. Sumpah saya tak jumpa jersey JDT murah-murah masa tu. Tu yang saya belikan diorang yang ori punya RM55 selai you!

2. Kesian mak dia tak percaya hasil tangkapan dia.

3. Baru nak usha resort ni, dah cikgu kata dia kedekut, saya pun kedekutlah.

4. Cikgu, rambut pacak tu trend budak-budak sekarang tau! Aqil dan sufi pun rambut pacak tau!

Unknown berkata...

waaah... seronoknya berkhemah cikgu... cantik lak tu airnya

Hehehe Cikgu jgn frust ye kelate mene doh

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Umi Alya, K.Nor...
Pada blog kalian saya dpt menulis komen.

Yg anehnya saya susah pula nak membuat komen pada blog Pida dan Shidah Ramli, Bunda, dan lain-lain.
Agaknya ada virus aneh pada Netbook saya ni...saya masih pelik...kenapa saya tak dpt mengomen di blog kwn2>?

Semuanya suruh saya verifi utk membuktikan saya bukan robot...?

Mat Som Sadona berkata...

Soalnya adakah muka saya ni dah persis macam Robotik?
Menjawab di blog sendiri bolehlah pulak?
Masih kebingungan

Pida berkata...

Hahaha... sorry la cikgu. Saya pun dah kira terpaksa buat verification tu sebab masa saya tak buat dulu, habis ruangan komen saya kena spam. Robotik sungguh!

Takpe cikgu, teruskan mengomel di blog saya ye.

Unknown berkata...

nak kena buat memorandum tu cikgu.hahaha. suruh dorang pasang tv. at least satu skrin besar untuk tengok bola

Unknown berkata...

Salam, jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.