Sabtu, 22 Jun 2013

PEROKOK TEGAR PUN MEMAKAI MASK!


Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong mengalir lesu....

Seharian ini aku banyak berkurung di rumah. Sekolah dicutikan. Hendak membersihkan kebun seperti biasa pun agak bimbang, apabila kerajaan mengistiharkan IPU hari ini dalam situasi membahaykan kesihatan.

Petang tadi aku memandu kereta ke sekitar tempat tinggalku dan berpusing-pusing di bandar Batu Pahat. Aku menyaksikan ramai telah memakai mask. 20% rasanya penduduk Batu Pahat telah memakai penutup mulut dan hidung itu.

Lalu aku terfikir, beberapa lelaki ganteng itu yang memakai topeng jerebus tu,penghisap rokokkah dia? Kalau dia seorang penghisap rokok tegar, alangkah lucunya. Sebab asap rokok yang IPU nya beratus kali ganda bahayanya daripada asap hutan Riau yang terbakar itu?

Secara logiknya orang memakai mask kerana takut tersedut asap. Tetapi, para perokok memasukkan asap ke dalam paru-paru mereka secara rela dan gembira. Maaflah sahabat-sahabatku. Kalian jangan mare,nanti kena jual!

Dah dekat-dekat aku nak membelok ke kawasan rumahku. Aku menyaksikan seorang makcik tua dengan selamba membakar timbunan daun-daun dan plastik, lalu asapnya menerawang naik ke udara dengan megahnya.....makcik...makcik..... nak cakap susah, tak cakap pun susah....

1 ulasan:

Kayu Manis berkata...

mmg kerja makcik2 bakar sampah..diorg tak tgok tv..tak baca suratkhabar..tak tau hal semasa..yg penting kawasan diorg bersih..