Sabtu, 27 Julai 2013

LIMA JUTA PENGANUT SYIAH DI INDONESIA?

Isu Syiah di Malaysia ini telah dijadikan satu isu oleh parti-parti politik, sehingga mereka menganggap ini hanya strategi kerajaan BN untuk melingkupkan PR. Sehingga, ancaman besar ini dianggap seperti isu liwat, isu dakwat kekal yang tidak menjejaskan prinsip hidup beragama mereka. Ingatlah, jangan sampai terkejut, tiba-tiba satu masa nanti ada ahli keluarga anda yang telah mengisytiharkan diri sebagai Syiah, kerana ramai profesional kita termasuk pensyarah-pensyarah universiti telah terjebak dengannya!

Amat menyedihkan jika ini berlaku, samalah ia seperti isu kristianisasi yang hanya ditentang habis-habisan oleh NGO tertentu, sedangkan ia satu isu umat. Saya tidak tahulah kalau kerajaan ada niat seperti itu. Namun apabila kerajaan mengetengahkan isu ini, kita semua harus bersyukur kerana ia dapat membuka mata orang Islam bahawa kita sedang diancam oleh ajaran yang bertentangan dengan Islam yang sebenar ini.

Jika benarlah ada pemimpin parti dimaksudkan, yang telah terjebak ke dalam Syiah, maka menjadi tanggungjawab majlis pemimpin untuk menyingkirkan pemimpin tersebut, berserta orang-orangnya jika terbukti dakwaan itu adalah benar.

Minggu lepas syiah Malaysia mendakwa ada satu juta pengikut di negara ini. Adakah dakwaan itu hanya untuk menggerunkan kita, hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya. Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah negara jiran kita Indonesia telah menangung beban ini dengan lebih berat lagi.

Pengikut ajaran Syiah di INDONESIA-arrahmah.com

Menurut sumber Arrahmah.com, Indonesia telah menjadi sasaran Syiah secara besar-besaran dan menggila. Hingga kini banyak pengikutnya berada di berbagai wilayah Indonesia, terutama di Jawa Barat dan Sulawesi Selatan.

Jumlah penganut Syiah di Indonesia - Ketua Dewan Syura Ikatan Jamaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) Jalaluddin Rakhmat, pernah mengatakan jumlah penganut Syiah di Indonesia, "Anggaran tertinggi, 5 juta orang. Tapi, menurut saya, kira-kira 2.5 juta jiwa, "kata Kang Jalal, sapaan Jalaluddin Rakhmat. Pemeluk Syiah, kata Kang Jalal melanjutkan, sebahagian besar ada di Bandung, Makassar, dan Jakarta. Selain itu, ada juga kelompok Syiah di Tegal, Jepara, Pekalongan, dan Semarang; Garut; Bondowoso, Pasuruan, dan Madura.

Dianggarkan, sebahagian besar daripada mereka sedang melakukan taqiyah dalam rangka melindungi diri dari kelompok Sunni. Taqiyah adalah keadaan luar seseorang dengan yang ada di dalam batinnya tidaklah sama.

Sementara itu menurut Syi'ah bahawa Taqiyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu prinsip agama mereka. Taqiyah dilakukan kepada orang selain Syi'ah, seperti ungkapan bahawa Al Quran Syi'ah adalah sama dengan Al Quran Ahlus Sunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan mereka. Mereka juga bertaqiyah dengan pura-pura mengakui pemerintahan Islam selain Syi'ah.

Menurut Ali Muhammad Ash Shalabi, taqiyah dalam Syiah ada empat unsur pokok ajaran; Pertama, Memaparkan perkara yang berbeza dari apa yang ada dalam hatinya. Kedua, taqiyah digunakan dalam berinteraksi dengan lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara agama atau keyakinan yang dianut oleh pihak lawan. Keempat, digunakan di saat berada dalam keadaan mencemaskan

Menurut Syaikh Mamduh Farhan Al-Buhairi di Majalah Islam Antarabangsa Qiblati, ciri-ciri pengikut Syi'ah sangat mudah dikenali, kita dapat memperhatikan sejumlah ciri-ciri berikut:

Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya masyarakat Indonesia, songkok mereka seperti songkok orang Arab hanya saja warnanya hitam.

Tidak solat Jumaat. Walaupun solat Jumaat bersama jama'ah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunnah, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini keabsahan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'shum atau wakilnya. 

 Pengikut Syi'ah juga tidak akan mengakhiri shalatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
 Pengikut Syi'ah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu saja.

 Majoriti pengikut Syi'ah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah yaitu batu / tanah (dari Karbala - redaksi) yang digunakan meletakkan kening ketika sujud bila mereka solat tidak berhampiran orang lain.

 Jika anda perhatikan caranya berwudhu maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat aneh, tidak seperti yang dikenali kaum Muslimin.

 Anda tidak akan mendapatkan penganut Syi'ah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlus Sunnah.

 Anda juga akan melihat penganut Syi'ah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiyallahu anhum.

Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Utsman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

Pada bulan Ramadhan penganut Syi'ah tidak langsung berbuka puasa setelah Azan maghrib; dalam hal ini Syi'ah berkeyakinan seperti Yahudi yaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah nampak di langit, dengan kata lain mereka berbuka bila benar-benar sudah masuk waktu malam. (Mereka juga tidak solat tarwih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah)

Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jamaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

 Anda tidak akan mendapati seorang penganut Syi'ah memegang dan membaca Al-Qur'an kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah (kamuflase), karena Al-Qur'an yang benar menurut mereka yaitu al-Qur'an yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

 Orang Syi'ah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya memaparkan kesedihan di hari tersebut.

 Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di perguruan tinggi atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut bila nantinya mereka menerima agama Syiah. Oleh sebab itu anda akan dapati;

Orang-orang Syiah  mendakwahi orang-orang tua yang mempunyai anak puteri, dengan harapan anak puterinya juga ikut menganut Syi'ah sehingga dengan leluasa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan sepengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syi'ah, maka para pengikut Syi'ah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda, sehingga dengan mudah para pengikut Syi'ah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri lain, sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memperhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mencerca Saidina Abu Bakar, Umar, Utsman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikitpun tanda-tanda kegundahan di wajah mereka.


Akhirnya, dengan hati yang terang, Ahlus Sunnah dapat mengenali pengikut Syi'ah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran penilaian ini, dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan menghina para sahabat Nabi  Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dan para ibunda kaum Musliminradhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita memohon hidayah kepada Allah untuk kita dan mereka semua.

1 ulasan:

hisemudinkasim.blogspot.com berkata...

Agak menngerunkan juga jika dilihat nombor 5 juta rakyat Indonesia dah jadi pengikut Syiah ! Tetapi jika dihitung dengan penduduk indonesia, angka 5 juta tu dikira kecil. Bagi Syiah di Malaysia mengaku mereka ada ahli antara 300,000 hingga sejuta, Betul ke begitu atau hanya andaian sahaja untuk menunjukkan mereka dah gah !

Anda juga boleh membaca artikel saya, " Syiah di malasyia : satu ancaman keselamatan negara dan akidah Islam".

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/syiah-di-malaysia-satu-ancaman.html