Isnin, 15 Julai 2013

RAMADHAN MENDIDIK JADI SUAMI ISTERI MITHALI

Bulan puasa ni memang tak ada cerita lain. Cerita resepi, menu, makanan, juadah. Buka TV aje chef montel, chef gemuk, chef becok, chef tinggi sedang berceloteh.

Namun, bulan Ramadhan nilah bulan membentuk kita jadi suami atau isteri mithali. Contohnya, petang ni aku dah tolong belikan dan bentangkan sebahagian bahan-bahan yang nak dimasak oleh isteri aku di atas meja. Dah tolong bersihkan ayam dan ikan yang nak dimasak. Dan akhir sekali tolong makankan...kejap lagi 7.23


Tengok tu, petang ni aku mengidam budu dan ikan masak pindang. Anak-anak aku pula minta lauk ayam masak tomato.

Awal Ramadhan hari tu ada suami mengamuk dan mendera isteri kerana tak menyediakan masakan untuk bersahur. Kesemua ahli keluarga mesti menyediakan hphone ke mud penggera, setkan bangun pukul berapa. Sesiapa pun tidak berhak untuk memarahi yang lain (terutama pasangan) kalau dah terbangun ketika Azan Subuh telah berkumandang.  

Sedaya upaya mungkin, janganlah sampai kami tak sahur. Kasihanilah anak-anak kami yang sesetengahnya baru nak belajar berpuasa itu......


5 ulasan:

umi alya berkata...

bagusnya cikgu, suami mithali, bertuah orang rumah..

boni kacak berkata...

betul tu... tak sampai hati baca berita tu hari tu. tergamak dia seksa isteri dia macam tu

Knor berkata...

air tgn isteri mestilah sedap...kena bantu..lagilah suka...

Mama Janet berkata...

jawa makan budu ye.sy makan sambal totok je

Mat Som berkata...

Sesekali je Umi Alya

Mama Janet-Ni jawa serba boleh