MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 22 Julai 2013

RAMADHAN MENGAJAR PELBAGAI HAL KEHIDUPAN

Google Image

" Waktu makan bersahur yang paling baik ialah sebelum Azan berkumandang...."Tegas Ustaz Syeikh Faisol dalam kuliah Subuh pagi Ahad semalam.

" Maksud bersahur itu bukan makan sahaja. Kita mungkin bangun jam 3.00 pagi, 4.00 pagi kemudian beribadat, itu juga termasuk maksud bersahur."  Ujarnya lagi.

"Imam Syafii menggalakkan diadakan waktu Imsyak untuk waktu berjaga-jaga (ibarat lampu kuning)."

Teringat masa kecil-kecil dahulu (tahun 70-an) ibu bapa kami dan ibu bapa seluruh kampung kami, bersahur seawal jam 3.30 pagi. Dan paling lewat ialah jam 4.30 pagi. Tetapi cuaca masa tu tak panas macam sekarang ni.

Google Image

Salah satu sebabnya ialah media masa pada masa itu kurang sangat ceramah-ceramah agama ni. Rakyat belum difahamkan apa itu waktu Imsyak. Dan satu lagi, mungkin ibu bapa kami semua terdiri daripada pekebun getah. Jadi, bangun pukul 3.00 atau 4.00 pagi adalah perkara biasa. Mereka mula menoreh seawal waktu itu, dan akan solat Subuh apabila sudah sampai masanya, dan kemudian menyambung semula kerja-kerja menoreh.

Hari ini, kita cukup semua kemudahan. Namun masalah untuk mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur adalah antara masalah yang menyelubungi sebahagian daripada kita. Sesetengah anak kita bagai digam mata mereka.

Satu lagi yang aneh, ketika aku menghantar anak-anak ke sekolah, ada beberapa lelaki tegap sedang bersahur dengan lahapnya, walaupun jam telah menunjukkan pukul 6.50 pagi? Aku terpaksa jelaskan, mereka mungkin orang bukan Islam dari Sarawak yang bekerja membawa lori di tempat kita ni....

4 ulasan:

Knor berkata...

ha ah betul lah masa di kmpung dulu punyalah awal bangun sahur seingat knor lah dlm pukul dua..pagi..mkn tau bukan solat ke apa..heii org dulu2 tak berapa nak cari ilmu..yg ada ilmu untunglah..

skrg ni alhamdulillah.

boni kacak berkata...

terima kasih cikgu.. dapat juga saya ilmu bila masuk ke sini. sekarang ni pun ramai yang tak berapa faham lagi apa tu imsak sebenarnya :)

umi alya berkata...

org dulu bgun awal bukannya apa, risau terlepas waktu bersahur, maklum le jam loceng xder, bila tersedar jer dari tidur, dorang terus bangun untuk bersahur, kalu peram tidur tu, boleh terlajak ke subuh..

terkenang2 sewaktu kecil dulu, waktu sahur, kedengaran ayat2 suci al-quran berkumandang dari surau2 berhampiran..

che mid berkata...

Teringat arwah Yai saya. Ngobor motong getah.. pukul 3 pagi dah bangun...

T kasih bagi komen yang memberangsangkan utk Che Mid. Insyaallah, cikgu pun boleh jadi jutawan muda macam Dato' gak..