Sabtu, 27 Julai 2013

TENTERA MESIR MENGGANAS!!!

KAHERAH - Jumlah korban di dataran Rabiah al-Adawiyah meningkat menjadi 120 orang dan kira-kira 4500 orang telah cedera, selepas tentera Mesir melakukan penyerbuan ganas pada Sabtu (27/7/2013) terhadap penyokong Mursi di Nasr City, ibu kota Kaherah, menurut laporan pasukan perubatan seperti dilaporkan oleh  stesen TV Al-Jazeera.

Supporters of Morsy pause for Friday prayers on July 19 at Nasr City in Cairo, where protesters have installed their camp and held daily rallies.

Pasukan perubatan juga melaporkan serangan tentera Mesir juga menyerang puluhan  penyokong Mursi di jalan raya di lapangan terbang Kaherah.

Doktor Yusuf Tal'at, salah seorang doktor menjelaskan kepada TV Al-Jazeera bahawa semua kecederaan yang dialami, beratus-ratus mangsa merupakan kecederaan yang boleh membawa maut, majoriti mereka cedera di kepala dan leher. Doktor itu menambah bahawa  hospital  penuh dengan mangsa-mangsa dan tidak bersedia menerima pesakit dengan jumlah yang sedemikian besar.

 Supporters of deposed Egyptian President Mohamed Morsy carry an injured man to a field hospital amid clashes with security forces in Cairo on Saturday, July 27. The military ousted Mohamed Morsy, Egypt's first democratically elected president, in early July after days of mass demonstrations. <a href='http://www.cnn.com/2013/06/29/middleeast/gallery/egypt-protest/index.html'>See photos of protests that have engulfed the country.</a>
Semoga para mujahid ini akan terus berjuang menegakkan kebenaran

Doktor Tal'at menyatakan media center pada hospital lapangan itu telah dialihkan sebagai ruang untuk menerima para korban serangan tentera. Serambi masjid jami 'Rabiah al-Adawiyah melakukan hal yang sama untuk merawat para mangsa keganasan kerajaan haram itu.



Doktor Tal'at menyeru kepada Jabatan Kesihatan dan Bulan Sabit Merah Mesir untuk turut merawat para mangsa yang ratusan di antaranya tidak mendapatkan rawatan perubatan.  Hospital utama hanya mempunyai 5 buah kereta ambulans  untuk mengambil para mangsa. Hal itu mendorong rakyat untuk menghantar mangsa ke rumah sakit lain dengan kenderaan peribadi atau ditandu, yang justru menambah korban.

A Morsy supporter is held back by riot police during a rally near Tahrir Square on July 17.

Doktor Tal'at menyebut kekejaman tentera terhadap para penunjuk perasaaan di dataran  Rabiah al-Adawiyah sebagai "bencana kemanusiaan" dan "hari ini akan senantiasa menjadi hari aib dalam sejarah kemanusiaan".

Doctors treat a Morsy supporter injured during clashes with security forces in Cairo on July 27. Thousands of Morsy supporters gathered Saturday in Cairo's Nasr City neighborhood, despite dozens of deaths the night before and veiled threats from the military.
Mangsa keganasan tentera Mesir

Wartawan stesen TV Al-Jazeera di Kaherah Abdu Bashir Hasan melaporkan Jabatan Pertahanan Mesir telah mengerahkan lebih banyak pasukan bantuan ke kawasan-kawasan pertembungan di sekitar dataran Rabiah al-Adawiyah. Sementara itu pendukung Mursi di lapangan Nahdhah di Kaherah juga terus berlangsung, di tengah suasana kemarahan para penunjuk perasaan akibat jatuhnya banyak korban penunjuk perasaan di dataran Rabiah al-Adawiyah tersebut.

A Morsy supporter, center, who was allegedly beaten by opponents of Morsy runs during clashes in Cairo on July 22.

Wartawan TV Al-Jazeera melaporkan  kepada dunia pendukung seruan Mentri Pertahanan Jeneral Abdel Fattah al-Sisi telah menghentikan aksi mereka di lapangan Tahrir pada pagi Sabtu.

Sebelumnya Kepala Kantor TV Al-Jazeera Mesir Abdul Fattah Fayed menyatakan kepolisian telah melepaskan gas pemedih mata untuk mencegah penyokong Mursi  mendirikan khemah-khemah jauh dari lapangan Rabiah al-Adawiyah akibat semakin membanjirnya dataran tersebut.


Wartawan Mesir Amru Salamah melaporkan tembakan peluru tajam terdengar keras di kawasan itu bersamaan dengan pergerakan maju trak-trak tentera dan naiknya para penembak curi sniper di bangunan-bangunan sekitar.

Egyptian soldiers stand guard atop an armored vehicle on a bridge leading to Cairo's Tahrir Square on Friday, July 26.
Firaun lahir semula

Wartawan lain Muhammad Khalifah melaporkan kesaksiaannya kepada TV Al-Jazeera bahawa keparat tentera melakukan serangan beransur-ansur terhadap penyokong Mursi  di lapangan Rabiah al-Adawiyah. Bermula dengan tembakan gas pemedih mata, dan berlanjutN dengan tembakan peluru tajam sehingga menewaskan puluhan penunjuk perasaan.




Di pihak lain Jabatan Pertahanan Mesir dalam kenyataan menegaskan pasukan keselamatan berjaya menghalau sekumpulan penunjuk perasaan dari lapangan Rabiah al-Adawiyah yang cuba memutus jalur lintasan kenderaan umum di awal blok Jambatan 6 Oktober. Derpartemen Pertahanan berkata "berjaya mencerai-beraikan kelompok massa tersebut dan melancarkan arus kenderaan awam".


ARTIKEL Petikan ARRAHMAH.COM
Gambar sumber CNN

2 ulasan:

boni kacak berkata...

dorang takkan mampu untuk menghapuskan Islam. Jika dorang bunuh 120 orang, akan muncul 1000 lagi mujahidin untuk menewaskan dorang.. sama-sama kita doakan kejayaan saudara2 kita di Mesir, Syria dan Palestin untuk menewaskan musuh Islam..

Mat Som berkata...

Kesyahidan mereka dan Ulama Hassan Albanna 5 dekad dan Syed Qutub 47 tahun yang lalu bukanlah kematian yang sia-sia. Perjuangan suci mereka akan terbalas akhirnya dgn kewujudan negara Islam yang didambakan oleh kita semua. AllahU Akbar!