Ahad, 18 Ogos 2013

ANTARA SAHABATKU YANG TELAH BERJAYA

Petang 16 Ogos aku hanya dapat berkunjung di dua buah rumah. Rumah anak saudaraku Moslim di Taman Wangsa Batu Pahat, dan malam itu berakhir di rumah abang aku di Rengit. Terus terang, walaupun juadah yang disediakan oleh mereka sangat sedap, setiap kali aku mula menyuapkan makanan ke mulutku, tiba-tiba sahaja aku teringat saudara-mara kita di Mesir. Ia sangat menyentap hati.....

Jam 12.46 17 Ogos semalam, kami hadir ke jemputan hari terbuka sahabatku Hj Zakaria Marsam...wah grand betul jamuan Hari Terbuka di rumahnya....Terima kasih Hj Zakaria dan Cikgu Masriah...

Hebat dah kawan aku ni..... Alhamdulillah
Jam 1.40 kami bertolak ke Kota Tinggi. Tiba di tol Kulai Jaya jam 2.45.....
Setelah tersesat-sesat, Jam 4.21 petang tibalah kami di rumah sahabatku MJ di Kota Tinggi..MJ juga mengadakan rumah terbuka. Walaupun tetamu yang datang begitu ramai, MJ tetap menjemput aku sehingga ke kereta. Dia dah berpuluh-puluh kali datang ke rumahku. Inilah pertama kali aku datang ke rumahnya, sebab itulah dia sangat terharu-haru sangat dengan kedatangan kami yang tidak disangka-sangka.

Besar sungguh rumah sahabat sepermainanku semasa kecil ini....Rumahnya besar macam mesjid.... Rumah MJ ini ada enam buah bilik...

Ruang parking kereta yang luas....nampak kat tepi tu MJ menanam pokok-pokok cili


Dulu mula-mula aku menghantar MJ ke Kota Tinggi awal 90-an dulu, MJ cuma sehelai sepinggang datang ke sini, berkat usaha gigihnya kini telah memiliki beberapa buah rumah dan perniagaan hartanah...


Turut bersama dalam gambar isteri MJ, Cikgu J...MJ kena rahsiakan nama dan tempat tinggalnya.....nanti aku kena saman. Gambar boleh siar dalam entri ini.




Terima kasih MJ....Terima kasih Cikgu J......atas layanan kelas pertama kalian....

Ni gambar yang baru sempat diupload....


7 ulasan:

Knor berkata...

alhamdulillah rezeki dtg dari Allah menjamu tetamu sgtlah besar pahalanya..

betul samalah dgn knor dan suami...tak seronok sgt raya...hati ni teringat bgsa luar yg bergolak..mesir di ambang perang saudara...sanggupnya askar2 membunuh rakyat sendiri..

4 hari berturut2 tetamu dtg ke rumah topik inilah yg jadi pilihan..

umi alya berkata...

Asyik makan2 jer tu cikgu, pasni jangan lupa wat pemeriksaan kesihatan spt glucose n kolesterol, jgn ingat badan kecik bebas semua tu..

Wowwwwwww!! jamuan rayapn dapat sponsor YB, glemer gitu...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tahniah MJ!!.

Zakaria Marsam?. Spt pernah kudengar nama Marsam itu?. Adik beradik Farid Marsam ke?.

boni kacak berkata...

wah... besar betul rumah dia cikgu.. mak aih. memang betul-betul dia dah berjaya..

Mama Miraki berkata...

Wow. .besar betul rumah dia...betullah besar cam masjid. ...sekali pandang gmbr2 mula2 td mmg ingatkan MS gi madjid...hihihi...

Wak Gelas™ berkata...

wong sugeh kuwi kang..,alhamdulillahh

selamat hariraya kang cikgu matsom.,ahHKs

Masha Meisters berkata...

fuhhhh....hebat...kejayaan bukan datang bergolek2...mesti dah mcm2 dugaan dye....