MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 6 Ogos 2013

GAMBAR-GAMBAR MENJELANG HARI RAYA

Minggu lepas sedang orang lain berduyun-duyun datang ke pekan tempat kami untuk berbelanja, kami pulak menongkah arus ke Giant Muar. Ada ekon dah tentu tak panas walaupun tengah hari buta.
Aku sebagai bapak yang bertanggungjawab ditugaskan menjaga anak-anak yang kecil supaya tidak diculik...huhuhu
Tengok tu, mata aku tidak boleh berkedip walau sesaat, kerana anak aku yang lelaki tu sangat-sangat bertuah dan bagai lipas kudung semasa memandu kereta mainan itu.
Kenapalah ramai orang berkerumun tu...? Oh sedang menyaksikan pameran kereta terbaru. HONDA JAZZ dengan harga runtuh. Dulu RM 100K, sekarang tinggal RM 74800! Selesa pulak dah empat tahun tidak ada hutang kereta...tak apalah, tengok-tengok saja.
Petang semalam Irfan sempat ajak memancing. Aku pun hantar dekat-dekat dengan Bukit Payung ni.
Pukul 10.39 malam tadi aku bawa anak isteri menulusuri pekan Pt Sulong yang semakin gempak minggu ini...punyalah jauh kami parking. Kenalah membetis nampaknya. Malam ini dan esok lagilah jem.

Budak kecik mana boleh pakai jam mahal-mahal. Tau-tau kat bilik air, bawah kerusi, tertinggal kat rumah neneknya...
Dan round-round, kami balik rumah jam 12.45.......hehehe....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat saudara saudari yang suci membaca entri ini.

14 ulasan:

boni kacak berkata...

dah lama tak pekena kerusi urut tu. pergh.. pekena 30minit puas hati tu.hehehe

memang mata tak leh lepas daripada pandang anak-anak. sekarang ni kes culik berleluasa

Mat Som berkata...

Ya betul Boni, badan rasa ringan lepas tu, sengal-sengal hilang sekejap.

Culik dah menjadi2, tak kira budak kecik, budak besar, bapak budak pun ada yg hilang kena pukau.

che mid berkata...

Hensem bujang kecik tu.. tentu ayah dia pun hensem macam tu jugak duluuu..

Selamat hari raya, maaf zahir batin
Taqabalallah minna wa minkum

Mat Som berkata...

....AHAKS.....ada2 saja Che Mid ni..

Selamat Hari Raya MAAF, ZAHIR BATINlah
Che Mid..

umi alya berkata...

tiba2 BLUR lak nak komen, naper ni? tunggu sat saya mau karang ayat dulu...




Alhamdulillah siap sudah persiapan raya, murah xper, janji ada..

Selamat Hari Raya buat Cikgu sekeluarga, dikesempatan ini saya memohon ampun & maaf jika ada di antara komen2 saya sebelum ini ada yang terguris hati @ sikit2 ter'LASER', tiada niat lain, ia sekadar GURAUAN semata2..

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin...

Mat Som berkata...

Tkasih le Umi Alya
Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin
untuk UMI ALYA sekeluarga

........

Masha Meisters berkata...

selamat hari raya aidilfiri....
shopping katne ni? hehe

Mat Som berkata...

Masha
Selamat hari raya....
Maaf zahir batin
Shoping dkt2 rumah jer

Knor berkata...

last minute lah ni...takpe janji anak2 happy sokmo...ha ah pakai jam murah cukup...besar2 nanti belikan yg paling mahal yea..

knor nak ucapkan selamat hari raya kpd cikgu sekeluarga..

bakar lemang ke cikgu thn ni..?

Mat Som berkata...

Kat Batu Pahat ni bakar lemang tidak popular.
Kami lebih banyak pada menganyam ketupat dan sambal lauk-pauknya

Selamat Hari Raya maaf zahir batin utk K.Nor sekeluarga

dilabangiWORLD berkata...

Salam aidilFITRI
Mohon maaf zaher dan baten

Wak Gelas™ berkata...

Selamat Hariraya Aidilfitri Maaf zahir bathin dari wak untuk kang cikgu Matsom tuuu.. Hati2 djlnraya yeee (peringatan tuk diri sendiri wak jugakks).. ;-p

mugo2 diparengi apik yoo..,

Mat Som berkata...

Selamat hari raya maaf zahir batin Dilabangi

Mat Som berkata...

Selamat hari royo wak gelas
ngapuro sing akeh2.