Khamis, 1 Ogos 2013

MASA KEEMASAN BAGI PENIAGA


Mulai Sabtu hingga Rabu ini, adalah waktu-waktu keemasan bagi peniaga besar, sederhana dan peniaga kecil-kecilan sama ada mereka menjual kuih-muih, songkok, kerongsang dan pelbagai kelengkapan hari raya.

Waktu gaji aku masih seciput dulu, waktu-waktu begini memang tidak aku sesiakan begitu sahaja. Antaranya aku menjual kuih raya dan songkok.

Punyalah busy masa tu sampai rumah sendiri lupa nak cat sebab isteri aku pun selalunya ikut bersama. Pernah sekali tu aku mengecat rumah pada malam raya. Dahsyat bukan.....?

Ni aku nak cerita pengalaman menarik aku ketika aku menjual songkok. Menarik bagi akulah. Tak taulah pada kalian...Saiz-saiz songkok pun aku dah hafal. Kalau budak kecik yang baru nak belajar pakai songkok, kalau umurnya tiga tahun saiz dia ialah 17 - 18. Kalau budak tu keturunan kepala besar boleh sampai saiz 20.(ukur lilit guna inci). Kalau budak sekolah rendah saiznya antara 19-20-21 3/4-Begitulah adanya. Dewasa pulak saiz 22-23. Mana ada pulak saiz 30? Tu saiz kepala alien!

Biasanya songkok akan laku dalam 100 biji sehari. Setiap satu akan untung RM 4. Harga masa tulah, sekarang susahlah nak dapat.

Kisah menariknya ada dua peristiwa:

Suatau hari aku didatangi sepasang suami isteri di pekan Pt Yaani. Sisuami lembut-lembut seperti Jaafar Onn. Gedik lagi. Tetapi sisuami ini cukup takut dengan bini dia. Habis semua songkok dewasa yang aku jual dicubanya, tetapi satu pun isterinya tak berkenan. Sisuami berminat dengan satu songkok tu. Tetapi isterinya tarik tangan dia,

"Abang tak sesuailah pakai songkok ni. "

"Abang nak jugak...Abang nak jugak" Aku tengok dia terkinja-kinja macam budak kecik. Tapi isterinya tarik tangan dia kuat-kuat.

"Saya kata tak suka, tak sukalah!"

"Ala......macamana ni nak raya....?" Dunia...dunia macam ini pun ada.

Esoknya, aku didatangi pula oleh seorang lelaki dengan tiga orang anak lelakinya. Dia kelihatan lelaki yang sangat garang.

"Sini, korang semua....Ni pakai songkok ni..."
"Ayah ...ni sempitlah yah....." Sianak yang pertama terkebil-kebil tak berpuas hati...
"Ah...cakap banyak pulak...pakai je, lama-lama muatlah nanti" Lalu dia mengambil songkok untuk anak kedua.
"Kita punya pun tak muat..."
"Kau boleh diam tak...pakai aje"
"Bang...kesian budak-budak tu bang, tak apa, boleh tukar, banyak lagi ni, dalam kereta pun ada lagi" Aku cuba menyelamatkan budak-budak tu.
"Kalau kau cakap banyak, aku tak jadi beli..."
Anak ketiga pun mengalami nasib yang sama. Mereka memakai songkok yang tidak sepadan dengan kepala mereka pada hari raya tersebut.....(sekarang rasanya budak-budak itu dah dewasa.)

Apabila dikenang-kenangkan peristiwa tahun 2000 itu, aku senyum sendirian. Kini masa keemasan sudah tidak menjadi agenda aku lagi.......
* Masa keemasan bagi maksud entri di atas ialah, waktu pelanggan berduyun-duyun hendak menghabiskan duit untuk membeli pelbagai persiapan hari raya. Sesetengah peniaga berskala mega berkata keuntungan waktu ini dapat mengcover bisnes selama seetahun.





12 ulasan:

Umialya berkata...

ha3, tergelak sorang2 baca entri ni, apa le punya bini & bapa, aduhhhhhh pening kepala dapat pelanggan cenggini..

sian cikgu, siap kena ugut lagi..

Masha Meisters berkata...

hehehe...actually seronok berniaga mcam ni...banyak pengalaman,deapat pulak kerenah yang macam ni...hehe

Farah Waheda Wahid berkata...

hi hi hi, entry ni lucu juga, tapi apa yang saya terfikir mula2 bila baca tajuk entri ni, masa kecemasan untuk para peniaga...adalah di mana peniaga mula menurunkan harga pada harga yang serendah boleh untuk menghabiskan stock... *_^

Kayu Manis berkata...

inilh lelaki..sorang lmbut...sorang garang..dua2 pun mcm tak guna...

thn ni tk berniaga ke cikgu?ini thnlh..

Mama Miraki berkata...

Alamak baca entry pasal songkokni teringat songkok Amir x de lagi. Agak2 saiz berapa ye kepala amir tu..sbb beli malas nak bawak dia..hehehhe

che mid berkata...

As salam, eh.. tahun ni tak niaga songkok ke, kalau dulu untung RN4 sekarang mungkin RM 10 .. he he.. nanti ada le lelaki lembut tu datang lagi..dan anak-anak lelaki garang tu beli songkok untuk bapa mereka pulak..

Mat Som Sadona berkata...

Umi Alya,
Banyak udang, banyaklah ragamnya.
Ada juga yg sudi membaca sampai habis
TKASIHLAH....

Mat Som Sadona berkata...

Masha
Seronok lah melayan pelanggan.
Tapi paling tak seronok kalau kena yg cerewet

Mat Som Sadona berkata...

Ya betul Fara
Kalau nak dpt stok penghabisan biasanya pkl 3,4 pagi malam raya tu.

Peniaga2 tu dah untung sebelum tu
Jadi malam tu dia orang bagi last2 punya harga utk habiskan stok, khasnya kuih raya

Mat Som Sadona berkata...

K.Nor
Dah dkt 10 tahun tak meniaga masa rayaa K.Nor
Dah rasa tua, badan pun dah mula sakit sana-sini

Mat Som Sadona berkata...

Mama Miraki
Oh utk saiz Amir, saya tak boleh agak. Rasanya dlm 18 1/2

Nak lebih tepat, ambil satu tali, ukur lilit kepalanya, dan letakkan pada pembaris. Berapa inci ukur lilitnya tu. Ukur dlm INCI. Saiz tu dlm INCI.

Kalau ada pengukur, yg tukang jahit baju biasa utk ukur pinggang tu..guna tu,

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid
Sekarang berniaga byk persaingan, tak spt masa tu. Takut tak habis, songkok tu nak letak mana. Tkasihlah sudi membaca kisah pengalaman saya ni hehehe