MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 18 September 2013

KOLEKSI KATA-KATA STATUS FACEBOOK AKU

Baru balik daripada kursus KSSR Pendidikan Muzik....dan tak tahu apa yang nak diceritakan di sini, kerana aku tak berapa minat dengan kursus itu, jadi aku cuma senaraikan koleksi status Facebook aku untuk rujukan aku sendiri. Kerana ada SEBAHAGIANNYA aku peroleh daripada ustaz-ustaz yang datang memberi kuliah di tempat aku ini, cuma ayatnya saja aku gubah sendiri.

Kadang-kadang ada ilmu yang menarik, kerana lupa nak catat, akhirnya mutiara ilmu itu hilang begitu sahaja. Setiap kali menghadiri ceramah, aku mesti dapat satu kata-kata yang memberi semangat kepada diriku sendiri. 


Antaranya:


Manusia tidak akan puas dengan apa yang diperoleh di dunia ini, kerana induk kita iaitu Nabi Adam dan Hawa asalnya adalah dari syurga. Jadi, semua yang ada di dunia ini cuma FATAMORGANA. Yang PASTI dan Jelas, Kepuasan yang abadi hanya ada di syurga.


Dosa-dosa yang seberat debu pun boleh menghalang hubungan ibadah kita kepada Allah, alangkah lagi dosa yang berat seperti mengumpat, mengadu domba dan sebagainya....Jauhkanlah kita semua daripada berbuat dosa.


Untuk anak didikku...
Ramai yg belum pandai mengurus diri, mengemas bilik, apatah lagi memasak....sudah sibuk nak cari pakwe...(maaflah kalau terkena)


Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tebal telinganya daripada sumpah seranah rakyatnya.-Sempena kenaikan harga  minyak 20 sen.


Ayat "Ini ISTERI saya" 
lebih elok dan lebih berhemah berbanding ....
"Ini ORANG RUMAH saya" Apabila seorang lelaki memperkenalkan isterinya kepada sahabat lamanya atau tetamunya.
Ini kerana 'orang rumah' mirip-mirip sebutan seperti pembantu rumah. Apatah lagi perkataan BINI lebih sangat tidak sesuai sekali.


Paling mengharukan, bulan puasa ni ialah....masa nak bersahur, lauk-pauk semua sudah terhidang di atas meja, tiba-tiba baru teringat periuk nasi terlupa nak ON rupa-rupanya!


RENUNGAN PETANG JUMAAT YANG BARAKAH....
Jika RM 30, RM 40 sebulan untuk bayaran tuisyen bagi satu mata pelajaran UPSR/PMR/SPMkita anggap tidak mahal, dan tanpa banyak soal kita membayarnya.Namun, kenapa untuk guru-guru MENGAJI anak-anak kita, kita hanya mampu menghulurkan RM 10 SEBULAN, dan kadang-kadang buat-buat terlupa? Tuisyen hanya 4 kali sebulan, sedangkan mengaji lebih kurang 20 hari sebulan. Memanglah ustaz/ustazah itu tidak meminta dan menyebutnya, tetapi adakah wajar untuk ilmu akhirat anak-anak kita, kita meletakkan ia serendah itu....


Nasihat untuk anak didikku di Seri Pasir:
Hot dalam pelajaran boleh memacu masa depan anda. Hot dalam Facebook tidak membawa anda ke mana-mana.


Sesetengah yang kita ucapkan hari ini, akan diingati oleh orang sehingga 30 tahun akan datang. Jadi,ucapkanlah yang baik-baik sahaja.

3 ulasan:

Knor berkata...

bagus semua nota2 ni...lain kali kenalkan kt org "isteri saya"

yelah sibuk nak berpakwe...tuala wanita pun mak yg belikan..

Masha Meisters berkata...

suka nasiohat yang hot kat facebook tak bawa ke mana....:-)

che mid berkata...

As Salam, he he memang pernah kena cari nasi kosong di kedai sebab terlupa 'on' periuk nasi..

p/s : menantu baru lelaki la.. nampak pendiam dan takde mood je.. tak kuasa nak layan. Pengantin pompuab nampak sama naik dgn mak.. nasiblah..