Selasa, 10 September 2013

PENCURI DI TAMAN AKU TERTANGKAP HIDUP-HIDUP!


Hari ini aku mengambil cuti Rehat Khas....nak berehat.....hantar isteri ke bandar...ada urusan kesihatan sedikit. Tahun ini pun baru sekali ini aku bercuti. Urusan siap pukul 11.00 pagi. Kami pun baliklah ke rumah.

Sedang aku melayari Facebook.....tiba-tiba Midah menjerit..."Bang...bang....Kicap lari berdesup bawak topi keledar!" Kicap ialah nama suspek pencuri yang terkenal di sini. Tapi nama itu Kod yang aku bagi kepada ahli keluarga aku sahaja. Orang Simpang Tiga gelarkan dia Black.

Aku pun meluru keluar, dan pagar depan aku panjat, dan sampai di luar aku lihat kecoh...ada suara jeritan. Rupa-rupanya lelaki lain yang ditangkap....oleh abang Zizi bersama En Basar..dan seorang lagi jiran aku yang tidak mahu dikenali.....Aku terlupa yang aku cuma berseluar panjang tak pakai baju. Ustaz Fadzlan datang membawa baju aku, Midah yang memanggilnya keluar untuk memastikan pencuri itu tidak melarikan diri sebelum polis sampai.

Apabila polis sampai dan dia digari aku pun lega. Aku kata....sorang lagi lari balik rumah, Black Tuan namanya....Ya nanti kami uruskan kata polis.



Abang Zizi marah sangat, pisang di kebunnya telah hilang, dan kali ini abang Zizi nekad. Dia akan menangkap pencuri itu hidup-hidup. Dan sekarang semuanya terserah kepada polis.


Hero yang menangkap pencuri yang dikehendaki ialah abang Zizi (di tengah berkasut kuning). Aku memang tabik dengan beliau kerana boleh memberkas pencuri sorang-sorang. Kemudian dibantu En Basar....yang berbaju biru kat atas itu. Pak Imam 1 masjid Simpang Tiga Ustaz Fadzlan antara mangsa yang kehilangan sebuah gerabak motosikal yang berharga RM 1000 lebih. Mak cik belakang rumah aku hilang periuk belanga yang digantung di belakang rumah. Dan ada juga yang hilang motosikal.

Harap-harap pencuri ini disabitkan dengan kesalahan. Sejak mereka bermaharajalela dua bulan ini, kami telah takut untuk meninggalkan rumah kami kosong begitu sahaja....

Jadi, kesimpulannya Cuti aku hari ini bukan Cuti Rehat, tetapi Cuti Terkejut Khas

12 ulasan:

wakgelas berkata...

gitula kang, setinggi tupai melompat tuu..,

Mat Som Sadona berkata...

Akhirnya tupai jadi bajingan tengik

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Memang dah lama ke suspek ni disuspek?. Siap ada nama julukan lg.

Mat Som Sadona berkata...

Lama dah, sejak Tg 3 lagi, dah keluar masuk lokap, jel

Kayu Manis berkata...

gerak-gerak khas..

bagus akhirnya tertangkap juga..

Mat Som Sadona berkata...

Kalau ikutkan hati
nak belasah2 dulu budak ni
biar takut masuk taman kami

Umialya berkata...

sbb dadah kot..

Mat Som Sadona berkata...

Sangat betul, dadah sejak lebih 13 tahun yang lalu dah

Mama Janet berkata...

tu ler org melayu..pisang yg dicuri.ikut pengalaman en suami kalau nak tangkap suspek2 ni subuh2..sbb mlm dia berkelayo x de kat rumah.siang dia blk tido sbb mlm dh wat keja

Masha Meisters berkata...

sepandai pandai tupai mencuri akhirnya tertangkap juga...hehe...semoga segera la dyerg bertaubat

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah Mama Janet ada hero yg ada pengalaman luas dlm menangkap para penjenayah....org ada takut sikit nak menceroboh rumah polis, sebab ada sepetol

Mat Som Sadona berkata...

Nampak gayanya susah mereka ni nak bertaubat, tapi jika ALLAH memilihnya, bila2 pun dia boleh insaf