Khamis, 5 September 2013

TAK SANGKA ANAKKU ADA YANG MINAT BISNES


Sepanjang Ramadhan tempoh hari, memang aku ada memotong sedikit duit sekolah anak-anak aku. Biasalah, kan? Waktu petang biasanya baru aku bagi duit untuk mereka beli makanan apa yang mereka suka. Maklumlah bazar Ramadhan pun cuma 100 meter dari rumah aku.

Disebabkan itu, salah seorang anak aku itu, ada memulakan bisnes secara senyap-senyap. Setiap pagi aku lihat, dia ada membawa satu bekas plastik (macam tuperware). Aku ingat itu arahan gurunya di sekolah. Rupa-rupanya dia menjual ikan hiasan. Dalam tuperware itu dimasukkan juga batu warna-warni. Ikan pula dia entah dapat dari mana, aku pun tak ambil pusing. Takkan cari dalam longkang. Sedarnya aku apabila dia mengira-ngira duit. Eh banyak pulak duit engkau...dari mana kau dapat? Maka terbongkarlah rahsia...

Justeru, aku memikirkan alangkah baiknya kalau dia menjual barang yang lebih bersih dan mudah diuruskan. Kalau cikgu jumpa pun tak kena rampas.

Puaslah sudah aku bawa dia pusing cari barang di Pagoh, Bukit Gambir, Labis dan Batu Pahat....cari punya cari, tak juga jumpa. Sampailah satu hari aku teringat satu kenalan, taukey serba ada. Aku pun cari dia, yang lokasinya 25 km dari rumah aku. Sampai di pekan itu, aku hampa sangat. Kedainya dah tutup dan tidak terurus. Agaknya Gemok dah mati ke?

Aku pun meronda-ronda pekan itu. Aku pun cuba tanya seorang awek. "Dik..awak kenal tak dengan Cina yang namanya Gemok?"........Ternyata Gemok seorang usahaan yang sangat dikenali di pekan itu. Jauh juga lokasi kedainya....."Gemok semakin busy sekalang...saya yang jaga kedai ini" Kata isterinya...Ternyata banyak sangat barang yang boleh anak aku jual di sekolahnya...wah...wah....

Alhamdulillah, kata Iwan, rakan-rakannya meroyan apabila nampak barang-barang ini. Aku kata tahniah, Iwan sudah melangkah sebagai seorang peniaga.! Tetapi jangan jual waktu belajar. Boleh jual jam 7.00-7.20 pagi saja tau!

Dan sekarang kakaknya dan adik perempuannya turut jeoules dan memulakan perniagaan kecil-kecilan ini....Dan yang pasti, aku akan pastikan mereka menjual 10 unit sahaja sehari dan ikut masa yang aku tetapkan agar tidak mengganggu pelajarannya.

Dan aku juga tetapkan, 30% keuntungan disimpan, 30% keuntungan boleh digunakan dan 40% daripada keuntungan lagi untuk tambah modal. Barulah bisnes boleh berkembang. Orang berhutang jangan bagi, itu kanser perniagaan orang Melayu nak....hehehe!

12 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tahniah Iwan!.
Memang lawo2 pun keychain2 tu, ni kalau Qistina nampak mesti dia pun sama2 meroyan.

Marya Yusof berkata...

As salam cikgu

Lama saya tak melawat kat sini... bagusnya cikgu mendidik dan menggalakkan anak2 berniaga sedari kecil siap bersyarat lg... insha'Allah moga anak2 cikgu akan menjadi usahawan yg berjaya nnt! :)

Saya rs terhutang budi dgn cikgu sb paparkan iklan blog niaga sy di sini...sy nk juga share link blog niaga cikgu di blog saya... tertarik dgn bisnes kelapa dara tu... sy pernah terguna minyak ni dulu sb alahan mmg berkesan! mungkin sy boleh share linknya diblog saya... hrp cikgu bersetuju... atau cikgu nk share brg niaga yg lain pun bole juga :)

Mat Som berkata...

Miss Miror
Ada beberapa lagi produk yang dirahsiakan
Semuanya kena berperingkat
Supaya customer mereka tertunggu2

Mat Som berkata...

Marya
Itu cuma sumbangan kecil saya utk rakan siber saya yang peramah ituuu.

Ok...ok...nanti saya siapkan linknya...bagi saya masa dua hari ya. Tkasih byk atas tawaran hebat ini.

Dan saya nak minta Marya emelkan code bagi iklan baner flash Marya...emelkan kepada matsom@ymail.com

Apa2 saya akan PM Marya di Facebook

Wak Gelas™ berkata...

bapaknyer pon sporting giler jguakk.,ahhks syabas ye kang matsom kuwi

Masha Meisters berkata...

wah....tahniah...kanser tu kalau dah merebak memg susah nak pulih kan....hehe

Knor berkata...

bagus berwawasan si anak tu..mcm ayahnya..jual rempeyek mak cik nor nak..?compom laku pya..kena jual kat cikgu2lah..

cikgu kan suka benda2 ni..heheh

byk sekolah kat selangor ni dlm gengaman cinnamon..eheheh

Mat Som berkata...

Wak Gelas
sporting mesti
kalau tak anak tak nak kawan bapaknya
jadi kera sumbang kat rumah hehehe

Mat Som berkata...

Kanser perniagaan ni Masha, kalau dah sampai Tahap 4 alamatlah taukey kena gulung tikar mengkuang, taukeynya masuk dalam tikar sekali hahahaha

Mat Som berkata...

K.Nor
kalau K.Nor ada Key Chain rempeyek
anak saya boleh tolong jualkan ya

umi alya berkata...

Bapa borek, anak rintik katakan, psstt.. bertuahnya dapat bapa yang 'sporting'

Mat Som berkata...

Tak pe Umi, jangan bapak kurap, anak kayap