Selasa, 26 November 2013

KENAPA KAMU MENYEMBAH KAABAH, DR ZAKIR?

Soalan orang Bukan Islam kepada Dr Zakir Naik

Soalan oleh Non Muslim: Kamu Muslim dikatakan tidak  dibenarkan menyembah berhala?  Tetapi kenapa kamu tunduk kepada Kaabah….atau….menyembah kaabah?

Jawapan Dr Zakir Naik : Muslim tidak pernah menyembah kaabah. Kami menyembah Allah SWT. Kaabah ialah Kiblat kami. Arah kami. Arah ketika kami sembahyang.  Kerana kami Muslim percaya kepada perpaduan. Dan jika kita sembahyang di dewan ini,ada yang solat ke arah utara….selatan…. timur…..arah mana kita akan ikut? Demi perpaduan setiap  Muslim akan menghadap Kiblat. Jika kamu tinggal di utara kaabah, kamu menghadap selatan. Jika kamu tinggal di barat kaabah, kamu akan menghadap timur…Jika kamu tinggal di timur Kaabah, kamu menghadap barat. Walau di mana kamu tinggal kamu akan menghadap kaabah. Dan orang yang pertama melukis peta…peta georafi adalah seorang Muslim. Peta itu ada kutub selatan di atas, dan kutub utara di bawah…Alhamdulillah kaabah berada di tengah-tengah…di mana sahaja kita ingin sembahyang, kita menghadap ke tengah-tengah bumi…masyarakat Barat datang dan menterbalikkan peta itu, kutub utara di atas, dan kutub selatan di bawah….tetapi Alhamdulillah kaabah masih di tengah-tengah….Kaabah adalah kiblat kita.

Jika nak tahu lebih lanjut taip saja Dr Zakir Naik di Youtube.


Malam-malam kalian dongaklah ke atas. Gabungan tiga bintang berbaris ini menuju ke arah kiblat. (gambar ridzkam.blogspot).

Dan video berikut memaparkan dalil terperinci bahawa Kaabah menjadi pusat utama bumi kita. Subhanallah!

6 ulasan:

Knor berkata...

mantap jawapannya..berkali2 jawapan dah di baca..tapi tak hafal2 juga..susah ni klau org kafir tya..lembab betul otak knor ni..

Mat Som berkata...

Jika kita berada di atas langit (naik kapal terbang), kita kan tidak solat dengan baring meniarap semata2 krn nak menghadap kiblat, kita mghadap ke mana2 kpl itu bergerak. Jadi, di situ mereka boleh fikirkan.

umi alya berkata...

rupanya banyak lagi yang perlu dipelajari, itulah betapa kerdilnya diri ini

Panglima Muda berkata...

salam...jawapan paling senang untuk orang yang bukan islam

Mat Som berkata...

Makin byk kita baca dan mgkaji, makin byk yg kita tidak tahu Umi

Mat Som berkata...

Panglima, nak cari jawapan paling bernas lg kalau boleh. Hidayah adalah hak Allah.