MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 2 Disember 2013

ENTRI KITA BERBEZA, IKUT PEREDARAN WAKTU


Harap-harap tidak adalah yang mengumpat aku kerana akhir-akhir ini aku banyak menampilkan produk-produk jualan aku. Tentulah ia tidak menyimpang dengan tema 'matsomherbs'. Kerana awal-awal dulu aku banyak bercerita tentang anak-anak, aktiviti keluarga. Ah, lama-lama tentulah berubah, kerana sekarang semua sudah berubah. Ambil gambar dan terus publish di telefon bimbit. Dengan Facebooknya, Istagram, dan entah apa-apa lagi. Anak murid aku yang dulu-dulu mintak diajarkan tulis blog, sudah tidak teruja dengannya, kerana kini Facebooknya dah hot, dah ada 5000 frend. Siap dah ada yang jadi tokoh umum, orang kena like lagi. Justeru, kalau nak kejar perkembangan dunia internet ini, kita memang tak cukup tidur dibuatnya. Namun blog masih tetap relevan dalam ledakan pelbagai kepesatan ini.

Kenapa aku menjual dalam blog aku? Kerana ternyata ia lebih berkesan berbanding aku merayu-rayu di Facebook. Kalau iklan Facebook yang berbayar tentu lebih baik, tetapi kerana nak jimatkan kos, aku iklankan saja kat blog yang free ini. Setiap hari Alhamdulillah ada customer. Orang sekarang suka beli secara online, hari ini order, esok produk sampai depan pintu. Namun kita kena disiplin.Kita kena bertindak dengan pantas dan menepati janji.


Ada juga yang bertanya aku, kenapa SUARA SIMPANG KIRI? Adakah aku berhaluan kiri? TIDAK. Ia merupakan nama sungai di tempat aku tinggal ini. Entahlah, sebenarnya aku tak suka nama ni, tetapi dah terjadi macam tu. Nak tukar nama lain, nanti aku sendiri yang keliru. 


Dan sejak akhir-akhir ini aku macam tak sempat nak komen di blog kawan-kawan. Tetapi aku akan cuba seperti dulu. Kadang-kadang dah tekan borang komen, tetapi tiba-tiba sahaja minda jadi tepu dan beku. Ini mungkin tanggungjawab semakin banyak, memandangkan anak-anak semakin besar, dan kos yang besar juga kena sediakan buat mereka. Maknanya fikiran lebih banyak menjurus kepada perubahan-perubahan anak-anak yang ingin hidup seperti rakan-rakan sebaya mereka. 


1 ulasan:

Wak Gelas berkata...

salam senin kang., mugo2 terus sukses dgn bisness tuuu..,eHHHee