Rabu, 18 Disember 2013

JANGAN TERKEJUT, BONUS TAK SERENTAK DENGAN GAJI TAHUN NI



Petang tadi sudah ada yang tertanya-tanya kenapa gaji tak keluar 18 Disember, sebagaimana yang diwar-warkan dalam internet selama ini? Sebenarnya gaji adalah esok 19 Disember 2013.
Dan jangan terkejut pula kalau gaji tu tidak serentak dengan Bonus yang dijanjikan.
Kerana ia dibayar 2 Januari!

Aku faham sangat. Aku yang tak ada hutang kereta ni pun pusing kepala nak menguruskan duit. Lagi yang duduk di KL tu, tak taulah bagaimana. Dengar pulak harga tambang bas sekolah pun akan naik. Memang memeritkan. Yuran untuk anak tadika pun dah menyamai budak sekolah menengah. Untuk pendaftaran masuk asrama penuh juga memerlukan perbelanjaan RM 1000 ke atas. Yang dah masuk zon selesa macam gaji  suami isteri atas 10 ribu tu, tentulah tak memahami masalah golongan bawahan dan pertengahan ni.

Apa-apa pun semoga kita semua dapat menghadapi cabaran ini dengan penuh kental.

8 ulasan:

Umialya berkata...

sekurang2nya gaji habis, dapat bonus lak, alhamdulillah..

mmg gaji pd 19hb..

puan.mila berkata...

Sekrg serba serbi nak duit, brg plk makin naik..kena pandai usaha buat side income sbgainya..



http://www.ibuzara-corner.blogspot.com/

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS ...

bila kira2 congak2 memang gaji 10k per keluarga pun masih perit juga cikgu! masa ni la sya terfikir, bertuahnya saya dulu sekolah kampung ... murid ada belas2 orang je sekelas,percuma! ala2 sekolah persendirian yang terpaksa ibubapa bayar sekarang plg tidak 400 sebulan!

Kayu Manis berkata...

alhamdulillah ada gaji dan bonus..knor tak ada cikgu..

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah UA

Mat Som Sadona berkata...

pN mILA
jUMPA anda di puncak kejayaan!

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Masa lalu tinggal kenangan
Tak boleh diulang lagi
Kita mesti menghadapi cabaran milenium

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah K.Nor