MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 31 Mac 2013

PERANG BENDERA DI PARIT SULONG

video


TNB LARANG MEMASANG BENDERA DI TIANG DAN PENCAWANG TNB 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengingatkan parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 supaya tidak memasang bendera di tiang dan pencawang elektrik.

Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) syarikat utiliti itu, Adelina Iskandar berkata perbuatan itu mengundang bahaya dan boleh meragut nyawa. 



Beliau yang mengulas perbuatan penyokong parti politik ghairah memasang bendera parti masing-masing di tiang elektrik TNB berkata pihaknya memantau perbuatan itu dan berharap mereka bekerjasama dengan TNB. 

Ratusan bendera pernah dipasang di tiang-tiang elektrik sepanjang jalan kampung-kampung jalan Simpang Lima ini, akhirnya ditanggalkan semuanya oleh TNB Batu Pahat.


Sabtu, 30 Mac 2013

DI SEBALIK WAJAH PRESIDEN KOREA UTARA

 PRESIDEN KOREA UTARA KIM JONG UN
 KIM JONG UN MASIH MUDA DAN BERGAYA PENUH KARISMA
 ASKAR KOREA UTARA YANG SIAP SEDIA MELAWAN KUASA BESAR
 PRESIDEN KIM JONG UN DI SAMPING PARA JENERAL TENTERA TERTINGGINYA
 SALAH SATU PELANCAR PELURU BERPANDU YANG DIHALAKAN KE AMERIKA SYARIKAT
 MEREKA BERSATU HATI, SEBAB ITU MEREKA DIGERUNI KUASA BESAR

WALAUPUN KIM SENTIASA SERIUS, NAMUN APABILA BERTEMU KANAK-KANAK DAN WANITA BOLEH JUGA PRESIDEN INI MENGUKIR SENYUMAN, DAN SENYUMAN PEMIMPIN NEGARA YANG DIAMBANG PERANG ADALAH SESUATU YANG MAHAL NILAINYA.

Isnin, 25 Mac 2013

GERAM KERANA GARAM ATAU KIRAM?

Geram jangan engkau geram.....geram bermacam ragam.....kerana suka, kerana marah, janganlah kau geram!!!

Nak masak, tiba-tiba garam tak ada.....terbantutlah masakan kita tu.....Tetapi satu perkara yang harus kita sedar bahawa.....

......Pengambilan garam berlebihan didakwa menjadi punca kematian 2.3 juta penduduk di seluruh dunia pada setiap tahun.

Patutlah tiba-tiba ada teman yang mati mengejut semasa bermain bola dengan rakan-rakannya....

Dipetik daripada MailOnline, kajian oleh Persatuan Jantung Amerika ke atas 247 dewasa menunjukkan sebanyak 15 peratus daripada mereka meninggal dunia akibat serangan strok dan penyakit  berkaitan kardiovaskular.


Sementara itu, penyelidikan dilakukan oleh pakar di Universiti Harvard mendapati minuman ringan hanya menyebabkan 180,000 orang maut pada setiap tahun, namun jumlah tersebut tetap berada pada tahap membimbangkan.


Profesor Bersekutu Perubatan dan Epidemiologi, Dariush Mozaffarian berkata masalah itu boleh diatasi dengan langkah kesihatan awam seperti program kurangkan pengambilan garam dan gula di peringkat global.


Akhir kata, Geram bukan sebarang geram, geram kerana kerenah Kiram...!
Kurangkan garam dalam masakan, tambahkan salam dalam kehidupan.   

FIRST LADY YANG ANGGUN



Wanita Pertama China berdiri di sebelah suaminya Presiden baru China Xi Jinping apabila mereka tiba di Moscow, persinggahan pertama sempena perjalanan sulong Xi ke tiga buah negara.

Peng Liyuan, isteri baru China Xi Jinping presiden, Wanita Pertama China minggu ini mengiringi Xi dalam lawatan pertama di luar negara beliau sebagai presiden negeri yang baru di China.

"Kami sentiasa memandang ke hadapan untuk mempunyai First Lady elegan pertama yang mempunyai pakej yang lengkap kepada dunia luar," kata seorang pegawai Cina."

Ramai rakyat China begitu bersemangat  "AS mempunyai Michelle (Obama), kita mempunyai Peng Liyuan," tulis mikro blogger @ mlxftmilixiaofantuan.

Sebelum ini Peng Liyuan adalah penyanyi soprano popular di China dan mempunyai suara yang hebat dan lagu-lagunya penuh semangat patriotik.

Antara lagu popular Peng Liyuan termasuk
"People from Our Village" and "On the Plains of Hope."


Rakyat China begitu bangga mempunyai First Lady yang begitu hebat. "Dia kelihatan anggun, dia adalah seorang profesional yang berjaya dan dia datang dari latar belakang yang sederhana."


Peng dilahirkan di sebuah keluarga yang artis di Provinsi Shandong. Ibunya adalah seorang ahli rombongan seni tempatan, bapanya adalah seorang kurator muzium tempatan.


Penganalisis berpendapat Peng Liyuan yang sama boleh membantu membaiki imej China di luar negeri dengan mempamerkan sentuhan lembut.

"Saya percaya Peng mempunyai prasyarat dan keupayaan untuk menyumbang kepada diplomasi China," kata Liu Guchang, bekas duta ke Rusia.



"Sentuhan kemanusiaan Peng akan menyebabkan Presiden Xi lebih dekat kepada rakyat," tulis microblogger @ Laiyingutou. 

"Berbanding dengan bekas wanita pertama di China, dia pasti akan mendapat perhatian yang lebih." Ada antara First Lady sebelum ini langsung tidak dipedulikan oleh rakyat China. Barangkali mereka kelihatan kusam dan hodoh...hahahaha...!

Li Yinhe, seorang ahli sosiologi di Akademi Sains Sosial China berkata Parti Komunis akan menjadi bijak untuk menggunakan Peng sebagai "senjata lembut" di dalam negara dan di luar negara.


"Jika orang melihat bahawa Xi mempunyai isteri yang cantik, ia akan membuat parti (komunis) kelihatan lebih manusia dan kurang robot," katanya kepada New York Times.



Ahad, 24 Mac 2013

JENERAL LIMA BINTANG DITANGKAP HIDUP-HIDUP

 Pic Bernama.com

LAHAD DATU – Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam. 

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina. Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan. Kosmo.

Sabtu, 23 Mac 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU.....YEA YEA...!

Selesai sudah majlis perkahwinan anak saudara aku di Seri Medan, siang tadi.....lepas ni dah boleh relax-relax, memancing, ngeteh-ngeteh....

Jumaat, 22 Mac 2013

PERSARAAN HJH ROHANI

KELENTANG-KELENTUNG REWANG

video
REWANG di Johor ni membawa maksud bergotong-royong dalam menjayakan majlis perkahwinan. Adapun video itu merupakan rakaman malam tadi, Khamis malam Jumaat 21 Mac jam 10.00 malam. Kaum kerabat aku sedang berkumpul di rumah kakak sulong aku, membantu apa yang patut. Jiran-jiran sekampung akan datang selepas Zuhur 22 Mac. Kakak aku akan  mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada Sabtu 23 Mac ini. Untuk saudara-mara yang telah dijemput tu, jangan lupa dan tersilap tarikh pulak. Sekarang sudah ramai yang buat majlis pada hari Sabtu, bukan Ahad seperti dulu. 

Selasa, 19 Mac 2013

INGATAN KEPADA PARA ISTERI

Gambar pinjam dan kredit untuk : melayublues.blogspot.com

Kejadian menjadi janda secara tiba-tiba, bukan sahaja berlaku dalam insiden Lahad Datu.

Setiap hari ramai yang menjadi janda. Sama ada kerana suami eksiden, sakit kronik, mati mengejut kerana strok, jantung, dibunuh, kemalangan ditempat kerja dan pelbagai lagi.

Ada pula menjadi janda kerana dicerai suami, sama ada bersebab, atau tidak ada sebab. Suami tiba-tiba ghaib ikut perempuan lain, atau sudah bosan hidup bersama, dan macam-macam lagilah.

Yang saya hendak cerita ini ingatan untuk isteri-isteri......!


Janganlah rasa selesa, sehingga segala urusan keluarga diserahkan kepada suami, kelak sidia tiba-tiba menghadap Illahi, anda bagai dunia kehilangan mentari


Ingat, jika ada waktu puan-puan mesti belajar menguruskan hal-ha di bawah:

  • Sesekali puan menggantikan tempat suami untuk membeli segala barang runcit, beras, gula, gas, dan segala barang dapur.
  • Sesekali puan pergi membetulkan sendiri kereta di bengkel kereta. Juga kenalah belajar uruskan minyak hitam, air kereta, minyak brek, tayar dsb.
  • Sesekali puan pergilah menguruskan insuran dan road tax kereta sendiri.
  • Sesekali puan pergilah uruskan pembayaran bil elektrik, air, internet, Astro, indah water.
  • Sesekali puan membetulkan sendiri lampu yang rosak, kepala paip yang bocor, dinding yang retak, areal TV yang senget.
  • Sesekali puan kenalah tahu siapa pakar wyring, pakar paip, pakar perabot, pakar betulkan rumah.
  • Kalau tidak ada lesen memandu, cepat-cepatlah belajar, pandulah di jalan-jalan yang mencabar sedikit untuk menghilangkan ketakutan, dan menanamkan keyakinan.  
  • Luaskan pergaulan, supaya tahu banyak perkara, susah sangat layari sahaja internet tentang hal-hal tersebut.
  • Puan juga kena tahu menguruskan persekolahan anak, duit anak, kenderaan menghantar, pendaftaran anak dan...
  • Dan banyak lagi.....



    Saya cadangkan ini bukan apa, jika tiba-tiba puan jadi janda, (MINTAK JAUHLAH YA)...Puan-puan tidaklah menjadi insan yang paling malang di dunia ini.
  • Saya ada seorang kawan, masa ada suami dulu, suaminya melarang dia memandu kereta. Entah bagaimana suami yang disayangi pergi menghadap Allah......
  • Sekarang, bukan sahaja jalan-jalan di Batu Pahat ini dia mahir, tetapi dia sudah berani memandu sampai ke Kuala Trengganu semata-mata hendak menghantar anaknya belajar.   
  • Kita semua milik Allah, bila-bila masa sahaja, apa-apa saja boleh terjadi. Tepuk dada tanya kalbu, bagaimana andanya aku, ditakdirkan menjadi seorang balu?      
      

Isnin, 18 Mac 2013

SIGNBOARD KAMPUNG ITU TELAH MUSNAH



 Habislah aku kena marah.....aduh....
 Papan tanda Parit Sedayu musnah dalam kemalangan ini

 Ketua kampung amat terkejut sehingga tidak ceria sewaktu ditemui di kedai gunting rambut sebentar tadi.



PARIT SEDAYU (SERI MEDAN, BATU PAHAT) - 18 MAC Di sebuah kampung dimana kelebaran jalannya hanya muat hanya untuk sebuah  kereta, kalau berselisih mesti salah satu kereta kena berhentilah, telah berlaku kemalangan aneh, maklumlah malang memang tak berbau.

Alkisahnya ketika itu aku baru saja pulang dari rumah kakandaku Hjh Saripah. Aku memilih jalan Pt Sedayu ini kerana jalan di situ memang antara jalan paling lengang di Malaysia ini.

Tup..tup....aku bagai tak percaya ada orang berkumpul di situ....tak pernah sepanjang umurku menyaksikann kemalangan di situ, kecuali ada orang kebocoran tayar.

Aku terpaksalah turun, lalu mengeluarkan NOKIA burukku, orang tengah kesusahan kenalah ambik gambar sembunyi-sembunyi, nanti dikata kurang ajar pulak.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya seorang gadis pingitan sedang gemuruh berada tidak jauh dari situ. Dia dikatakan belajar kereta sendirian tanpa guru, kerana yakin sangat, tak ada apa yang akan berlaku.

Akibatnya, di simpang kampung Sedayu itu, entah bagaimana dia memaut stering begitu bergaya sekali sehingga melanggar papan tanda kampung yang dibuat daripada simen itu. Kini papan tanda yang dibuat oleh penduduk kampung itu telah menyembah bumi.....ketua kampung nampaknya kena buat mesyuarat tergempar.

Ahad, 17 Mac 2013

TELUR DINASOUR DITEMUI LAGI!

pic: kredit > esavants.blogspot.com

Pasukan penyelidik Miquel Crusafont Catalan Palaeontology Institute berjaya menemui ratusan telur dinosaur di satu kawasan.

Pasukan mencari telur telah menemui pecahan kulit telur dan berdozen-dozen kuku dinosaur pada lapisan bawah Cretaceous. Fosil berada di formasi geologi Tremp di laman Coll de Nargó, Wilayah Llieda Sepanyol. Menurut penyelidik, pada akhir zaman Cretaceous, kawasan ini adalah kawasan paya.


"Begitu banyak kulit telur, telur, dan sarang dinosaur yang ditemui. Antaranya adalah jenis sauropoda, "ujar ketua pasukan penyelidik, Albert Garcia Selles, seperti dilaporkan oleh LiveScience, Khamis (14/3/2013).


"Hingga hari ini, baru satu jenis telur dinosaur yang telah didokumenkan dari daerah ini, iaitu Mageloolithus siruguei," kata Selles.


Ia dan pasukannya menemui bukti sekurang-kurangnya ada empat spesies lain yang dikenalpasti. Spesies itu antara lain Cairanoolithus roussetensis, Megaloolithus aureliensis, Megaloolithus siruguei, dan Megaloolithus baghensis.


Telur Megaloolithus diduga bergabung dengan dinosaur jenis sauropoda.Berdasarkan hasil kajian, penyelidik mendedahkan bahawa kawasan Coll de Nargo merupakan tempat bersarang dinosaur yang paling penting di Eropah.


Hasil kajian menunjukkan, kawasan tersebut digunakan oleh beberapa jenis dinosaur untuk bersarang sejak zaman akhir Campanian, kira-kira 71 juta tahun lalu, hingga masa akhir Maastrichtian, lebih kurang 67 juta tahun lalu.Hasil penemuan ini telah diterbitkan di jurnal Cretaceous Research untuk edisi bulan Mac.

"Sebelum ini, kami belum pernah menemui begitu banyak sarang dalam satu kawasan. Kewujudan pelbagai jenis oospesies (spesies telur) pada satu lapisan tanah menunjukkan beberapa jenis dinosaur yang berbeza saling berkongsi kawasan bersarang yang sama, "ujar Selles.


Ia menambah, telur-telur dinosaur yang ditemui itu dapat membantu penyelidik menentukan masa dari penemuan lanjutan di kawasan tersebut."Ini menjelaskan bahawa pelbagai jenis telur dinosaur yang berbeza ada pada lokasi dengan perbezaan waktu yang sangat khusus," tambah Selles.


"Ini membolehkan kita untuk membuat skala biokronologi dengan penetapan waktu yang tepat. Ringkasnya, berkat penemuan koleksi oospesies yang ditemui di Coll de Nargó, kami dapat memastikan usia kawasan tersebut berlaku antara 67 hingga 71 juta tahun," tegasnya.

MAMPUKAH MEREKA BELI RUMAH NANTI?




Ketika orang lain sedang tidur nyenyak, jiranku Ah Hock sudah menghidupkan engin lorinya untuk keluar pergi bekerja. Jam masih menunjukkan pukul 4.00 pagi. Biasanya Ah Hock dan keluarganya mula tidur pukul 1.00 pagi. Begitulah rutin hidup mereka sejak aku berjiran dengan mereka 18 tahun yang lalu. Memang patutlah mereka mampu membeli rumah 300K, rumah baru di sebelah perumahan  ini, setelah mendiami rumah kos rendah sekian lamanya.

Lalu aku teringat, ayah dan ibuku dulu bangun  untuk bekerja. Ayah dan ibu aku biasa mula menoreh seawal pukul 4.00 pagi juga. Mereka akan solat Subuh menyambung semula kerja memotong getah tu. Siap biasa dalam pukul 8.00 pagi. Kerja-kerja meleperkan getah pada mesin getah akan siap dalam pukul 10.00 pagi. 

Petang pula ayahku akan bekerja di kebun pisang dan aneka sayur-sayurannya. Ibuku pula memetik kopi. Pendek kata, mereka jarang untuk baring-baring atau bersantai-santai .

Orang sekarang sebenarnya bekerja dengan lebih teruk sekali. Ini kerana pendapatan mereka tidak dapat menampung akan kenaikan harga barang yang melampau-lampau. Mungkin kita sekarang dikelilingi para pekilang, pemborong dan peniaga yang rakus untuk kaya dengan cepat. Kalau boleh bisnes setahun dah boleh kumpul harta sekian juta.

Paling mengerikan harga rumah, sudah mencecah suku juta sehingga setengah juta. Susah sekali nak jumpa rumah harga di bawah 100 ribu. Nampaknya, gaji anak-anak kita pada masa akan datang kurang-kurang RM 10 ribu sebulan, barulah mereka dapat menikmati kehidupan yang dikehendaki.

Tapi usahlah kita bimbang. Dulu ibu bapa kita risaukan kita juga. Tetapi kita dapat membina kehidupan juga akhirnya. Begitulah anak-anak kita. Yang penting, sekarang mereka menuntut ilmu habis-habisan agar dapat menyesuaikan diri dalam zaman yang penuh pancaroba nanti. Teringat lagi kata-kata Pramoedya Ananta Toer, dunia sekarang ini tidak ada ruang untuk orang yang dungu.

Khamis, 14 Mac 2013

NAK JADI ORANG BAIK

Maafkan aku, kalau aku tak sempat berbalas komen, akhir-akhir ini aku semakin busy nampaknya.

Badan rasa semacam. Semalam lepas habis kelas, mengejar waktu pula ke sebuah sekolah ternama di bandar Batu Pahat. Biasalah awal-awal tahun begini, pelbagai kursus banyak kena hadiri. Sampai rumah pukul 6.00 petang, berkejaran ambik anak sekolah agama pada pukul 6.30 petang. Kemudian, lepas Magrib bertolak semula ke sekolah untuk sesi tusyen kelas malam untuk murid-murid aku tu. Sampai rumah pukul 10.15 malam. Letih sangat, sehingga aku tak sempat nak bertanya khabar dengan anak-anak aku. Lepas solat Isyak terus lelap......

Jam 3.00 pagi terbangun, batuklah pulak tak berhenti-henti. Barulah tau betapa nikmatnya sihat yang Allah beri. Aku tak dapat tidur sehingga subuh. Dengan semangat yang longlai aku tetap pergi bekerja untuk hari ini, walaupun badan dah rasa nak pengsan! Askar-askar kita tengah berjuang di dalam hutan....ini baru demam.

Tetapi, sampai sekolah cuaca hari ini sangatlah panas pula, menambahkan kesengsaraan yang ada. Bagaimana pula kalau penyakit demam dan batuk aku ini berjangkit kepada pelajar-pelajar itu? Alangkahh kesiannya.

Justeru itu, balik sekolah tadi aku singgah di Klinik Tawakkal kelolaan Dr Ahmadol. Apabila pembantu doktor tu membelek-belek kad rekod kad rawatan aku, baru aku ternampak, rupa-rupanya sudah tiga tahun aku tak meminta rawatan di situ dan mengambil MC@cuti sakit. Aku tak pernah jumpa doktor lain selain Dr Ahmadol . Selalunya, kalau aku demam, telan Panadol 2 biji, lepas tu baik.

Agaknya ini amaran awal, bahawa aku kena sedar yang aku ini sudah tua....kena banyak mendekati Allah, buangkan segala sifat-sifat buruk, kena jadi orang tenang, cool, baik-baik.....Sebab tulah aku kurang bercakap lagi dalam Facebook.....AKU NAK JADI ORANG BAIK-BAIK. Harap-harap ini azam berkekalan....

Rabu, 13 Mac 2013

SENARAI ANGGOTA KESELAMATAN YANG GUGUR

Para pengganas yang dapat dibunuh oleh pihak keselamatan kita. Sumber sabahkini.net
Siapa yang menghasut mereka sehingga bertindak di luar kotak pemikiran manusia normal.? 
 
Berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:    
  • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.   
  • 1 Mac 2013 -  Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.   
  • 2 Mac 2013 -  ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.   
  • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.   
  • 2 Mac 2013 -  Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.   
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

Ahad, 10 Mac 2013

KERAJAAN SULU SUDAH LENYAP

Prof Datuk Zainal Kling berkata:

Dulu ada kesultanan Melaka, tetapi kerajaan itu sudah tiada, tetapi tiba-tiba muncul individu yang mengiktiraf diri sebagai sultan?

Keturunan Kesultanan Sulu memang ada, tetapi kerajaannya tiada. Tambahan pula, Sulu itu sendiri di bawah kuasa Filipina dan mengikut konteks perundangan, tidak wujud sebuah kerajaan (Kesultanan Sulu).

Pada 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk oleh kerajaan Britain dan Malaya bagi menjalankan pungutan suara penduduk Borneo Utara (Sabah dan Sarawak) bagi penubuhan gagasan Malaysia. Hasil pungutan suara itu mendapati, kedua-dua negeri tersebut bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Dengan itu, secara automatik, hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah telah gugur.

Prof Datuk Ramlah Adam pula berkata:

Sebahagian Indonesia juga pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu, tetapi mengapa mereka tidak menuntuk hak kepada kerajaan Indonesia?

 

Sabtu, 9 Mac 2013

SEJARAH PAJAKAN SABAH

GENERAL SANTOS CITY (MindaNews/08 Mac) - Apabila raja Sulu,  Sultan Muhammad Jamalul Alam memajakkan sebahagian Sabah kepada Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1878 tidak pernah dia tahu bahawa dia telah menandatangani warisan bersejarah - yang ianya akan menghantui waris dan kedua-dua negara. 135 tahun kemudian, warisnya masih melihat kesilapan dalam surat pajakan tersebut, mereka menyalahkan Filipina dan Malaysia untuk tidak membetulkan kesilapan, untuk kepuasan mereka (waris).

Waris telah meminta penyelesaian tuntutan mereka atas pemilikan Sabah. Rasa duanya adalah terpakai diabaikan oleh Malaysia dalam petisyen mereka dan oleh kerajaan Filipina dalam usaha mereka untuk membantu dalam meneruskan tuntutan mereka, mereka mengambil perkara itu dalam tangan mereka sendiri - dengan menghantar angkatan kecil untuk menduduki kampung of Tanduo, Lahad Datu di Sabah. Malah, langkah pertama untuk menarik perhatian Kuala Lumpur dan Manila, tetapi, oleh media terbaru ia telah berakhir dengan tragedi besar.


Tuntutan atau pertikaian berakar umbi dalam pajakan Sabah (ketika itu Borneo Utara) untuk syarikat perdagangan Inggeris - dokumen yang asalnya "dalam bahasa Arab" tidak ditulis dalam huruf Arab tetapi "worded di Malayan bahasa" - bersubahat oleh terjemahan bercanggah dan keangkuhan penjajahan. Surat ikatan asal adalah "pajak" (juga: "padjak"), perkataan Tausug dan Melayu untuk "pajakan". Tetapi, "tempatan, di Borneo Utara, [ia] bermakna (sic) membeli atau memajak semua" - itu, juga diterjemahkan "geran" atau "penyerahan '". (Wikipedia: North Borneo [Terbitan Sabah])


Geran TanahDilakukan ke atas "22 Januari, tahun 1878", dokumen bersejarah yang berhak (dalam versi Sulu, sebenarnya) "Pemberian Tanah 1878," Pemberian "oleh Sultan Sulu Pajakan Tetap Meliputi Tanah dan Wilayah-Nya pada Island of Borneo ". Perjanjian itu ditulis di Sulu, di Istana Sultan Muhammad Jamalul Alam pada hari ke-19 bulan Muharam, 1295 AH; yang pada hari ke-22 bulan Januari 1878.


[NOTA: Ini salinan pajakan atau "perjanjian" dari "Operasi Merdeka: Meraih semula Sabah", oleh JP Sakuragi diberikan dalam blog "Istoryadista" beliau. Ditulis dalam satu blok atau perenggan, kita annotating salinan untuk bacaan dan rujukan yang lebih mudah. - PPD]


Pemajak: 

Kami, Sri Paduka Maulana Al Sultan MOHAMMED Jamalul Alam, anak Sari Paduka Sultan Al Sultan MOHAMMED PULALUM, Sultan Sulu dan semua kebergantungan itu, bagi pihak diri kita dan untuk waris dan pengganti kami, dan dengan keinginan yang dinyatakan Datus semua dalam perjanjian biasa, adakah dengan ini keinginan untuk memajak, kemahuan kami sendiri dan kepuasan,

Penyewa: 

Gustavus Baron de Overbeck Hong Kong, dan Alfred Dent, Esquire, London, yang bertindak sebagai wakil Syarikat British, bersama-sama dengan waris, sekutu mereka, pengganti, dan menyerahkanTerma Pajakan: 

(1) ... selama-lamanya dan sehingga akhir zaman, 

(2) ... segala hak dan kuasa yang kita miliki atas semua wilayah dan tanah jajahan kita di tanah besar pulau Borneo, bermula dari Sungai Pandasan di sebelah timur, dan dari situ sepanjang seluruh pantai timur sejauh kawasan Sibuku , yang dikenali sebagai Paitan, Sugut, Bukit, Labuk, Sandakan, China batangan, Mumiang, dan semua wilayah lain dan tanah pantai ke selatan, bersempadan dengan Teluk Darvel, dan sejauh Sungai Sibuku, bersama-sama akan semua pulau-pulau yang terletak dalam tempoh sembilan kilometer dari pantai.

(3) ... Sebagai balasan pajakan ini (wilayah?), Yang mulia Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent, Esquire, berjanji untuk membayar Maulana Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Jamalul Alam dan ini waris dan pengganti, sejumlah lima ribu ringgit setahun , yang akan dibayar setiap tahun.


(4) ... wilayah yang disebut di atas adalah dari hari ini benar-benar dipajak kepada Encik Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent, Esquire, sebagai telah berkata, bersama-sama dengan waris mereka, rakan-rakan mereka (syarikat) dan kepada penggantinya waris dan penerima serah hak mereka untuk selagi mereka memilih atau keinginan untuk menggunakannya;


(5) ... tetapi hak dan kuasa yang dipajak dengan ini tidak boleh dipindahkan ke mana-mana negara, atau sebuah syarikat kewarganegaraan lain, tanpa persetujuan Kerajaan Seri Paduka Baginda berdua.


(6) ... Sekiranya terdapat menjadi apa-apa pertikaian, atau memulihkan rungutan lama dalam apa jua bentuk, antara kita, dan waris dan pengganti kami, dengan Encik Gustavus Baron de Overbeck atau Syarikat beliau, maka perkara itu akan dibawa untuk pertimbangan atau penghakiman baginda berdua Konsul Besar di Brunei.


(7) ... Selain itu, jika Maulana Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Muhammad Jamalul Alam, dan pewaris dan penggantinya, menjadi terlibat dalam apa-apa masalah atau kesukaran , kata mulia Encik Gustavus Baron de Overbeck dan Syarikat janjinya untuk memberi bantuan dan nasihat kepada kami dalam tahap keupayaan mereka. 


Pengakusaksian:... Perjanjian ini ditulis di Sulu, di Istana Sultan Muhammad Jamalul Alam pada hari ke-19 bulan Muharam, 1295 AH; yang pada hari ke-22 bulan Januari 1878.Ditandatangani: Sultan Sulu dan Datus beliauNota dan Soalan

Pemajak, Sultan Jamalul Alam, adalah pemerintah berdaulat Kesultanan Sulu; datus beliau yang disahkan dan menandatangani surat ikatan itu dengan dia berkongsi kuasa kedaulatan Sultan. Mereka dipajak bukan sahaja wilayah Borneo Utara kepunyaan Kesultanan tetapi juga "segala hak dan kuasa yang kita miliki" melalui wilayah (2). 


SOALAN: 
Adakah mereka tidak memajak kedaulatan mereka (kuasa) bersama-sama dengan pemilikan (hak) ke atas wilayah? Adakah ini bermakna bahawa penyewa boleh menggunakan sumber wilayah seperti yang dipersetujui dan mempunyai kawalan yang berdaulat apa yang perlu dilakukan dengan ia?Sebagai wilayah kedaulatan Kesultanan, Borneo Utara juga harta peribadi Sultan akan persendirian diwarisi oleh warisnya?

Selepas Kesultanan Sulu telah berhenti sebagai sebuah entiti politik yang berdaulat dan menjadi sebuah wilayah di Filipina, apa personaliti dan kuasa berdaulat mempunyai waris sebagai warganegara Filipina menuntut Sabah sebagai milik berdaulat?


Pajakan adalah untuk "selama-lamanya sehingga akhir zaman" (1) [dalam versi British: "selama-lamanya dan selama-lamanya]Ia berkata bahawa had undang-undang untuk pajakan wilayah antara negara-negara adalah 99 tahun. Oleh itu, Macau dan Hong Kong dikembalikan kepada China selepas tamat tempoh pajakan 99 tahun. 


SOALAN: 
Adakah pajakan Borneo Utara haram? Apakah implikasinya kepada tuntutan waris Sultan?Mungkinkah ini istilah kontrak (juga dipanggil "perjanjian") telah juga alasan bagi Britain mendesak kontrak tidak pajakan tetapi geran, penjualan atau penyerahan '?

Penyewa "bersama-sama dengan waris mereka, rakan mereka (syarikat) dan waris mereka (sic) pengganti dan pemegang serahhak" boleh menikmati pajakan "selagi mereka memilih atau keinginan untuk menggunakan mereka" (4), bagaimanapun, terdapat sekatan : "tetapi hak dan kuasa yang dipajak dengan ini tidak boleh dipindahkan ke mana-mana negara, atau sebuah syarikat kewarganegaraan lain, tanpa persetujuan Kerajaan Seri Paduka Baginda berdua" (5).


Pada tahun 1881, British North Borneo menjadi sebuah syarikat yang bertauliah. Oleh itu, ia telah ditugaskan oleh kerajaan British untuk mentadbir Borneo Utara - kedua-dua bahagian daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Ia dibangunkan Borneo Utara politik, ekonomi dan sosial. Dengan orang-orang tempatan dan pendatang, ia membina bandar-bandar dan bandar-bandar.Syarikat Berkanun, sebagai instrumen untuk penjajahan, mempunyai kedaulatan terhad daripada kerajaan mereka. 


Penyewa memberi keterangan bahawa mereka berasal kedaulatan mereka daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu dan British Perdana Menteri menegaskan ini apabila beliau mengisytiharkan kerajaan telah ditugaskan Syarikat sahaja untuk mentadbir Borneo Utara; lagi, Borneo Utara menjadi naungan British. Pada tahun 1946, ia menjadi tanah jajahan mahkota kemudian diberi kemerdekaan pada tahun 1963 sebelum menyertai Persekutuan Malaysia.

Pemindahan oleh Syarikat Borneo Utara "hak dan kuasa" kepada Great Britain pada tahun 1946 telah dianggap melanggar kontrak seperti yang ditetapkan (5), perolehan wilayah ke Malaysia pada tahun 1963, seterusnya haram. 

SOALAN:Adakah Syarikat Borneo Utara melanggar sekatan yang dipersetujui (5) apabila ia dipindahkan pajakan kepada Great Britain mempertimbangkan statusnya sebagai syarikat bertauliah British?

Adakah pemindahan pajakan kepada Great Britain tidak konsonan dengan (4) yang Malaysia telah diambil alih oleh meneruskan pembayaran tahunan "sewa / 'penyerahan" wang? 


Pajakan adalah "untuk selama-lamanya dan sehingga akhir zaman" (1) dan untuk "jumlah lima ribu ringgit setahun, yang akan dibayar setiap tahun" (3). Tiada peruntukan bagi sebarang kenaikan. Waris yang hadir Sultan telah meminta Malaysia untuk meningkatkan sewa kepada $ 855,000,000 

(MindaNews, February 24, 2013: Sabah kebuntuan, ulasan oleh Amina Rasul). 

SOALAN: 
Siapakah penasihat Sultan Alam? Mungkinkah kelemahan ini sangat jelas tidak telah dipinda lebih awal sebagaimana yang diperuntukkan dalam kontrak (6)?Kontrak boleh dipinda sekarang dengan huruf semata-mata untuk perdana menteri Malaysia atau melalui campur tangan kerajaan Filipina?

Seratus tiga puluh lima tahun selepas itu, Syarikat Borneo Utara dan Kesultanan Sulu yang berdaulat hanya kenangan. Waris Sultan sebenarnya Sultan saingan - telah melakukan yang terbaik untuk mengekalkan prestij dan kemuliaan kesultanan; yang telah tidak dibangkitkan dan tidak akan membangkitkan kuasa mati kedaulatan Kesultanan Sulu. Mempunyai pajakan 1878 tidak meninggal dunia, juga?


Sesungguhnya, Malaysia mengalu-alukan waris Sultan menerima anggun kematian Pajakan dan menamatkan tuntutan mereka. Tetapi waris benci berbuat demikian, sedar hakikat bahawa pajakan adalah kecacatan mereka. Nah, maka, kata Malaysia, "Mari kita meneruskan permainan."


Ada yang tertanya-tanya mengapa Malaysia terus membayar sewa jika Sabah menjadi hakmilik? Waris, memetik pembayaran berterusan sewa sebagai bukti pemilikan mereka Sabah dan mereka meminta Malaysia untuk meningkatkan sewa. Dengan berbuat demikian, waris yang bertentangan dengan anggapan mereka menyalahi undang-undang diterima sebagai undang-undang pajakan pemindahan ke Malaysia.


Malaysia berpendapat bahawa pemindahan Pajakan kepada Great Britain, kemudian beliau tidak melanggar Pajakan. Dengan meneruskan pembayaran tahunan sewa, dia menjelma pilihan kekal beliau dan keinginan untuk menggunakan Sabah (4) mencegah waris Sultan daripada mengambil kembali Sabah. Dan dia tidak akan meningkatkan sewa kerana tidak ada peruntukan sedemikian dalam Pajakan (3). Waris tidak lagi boleh mendapatkan remedi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pajakan (6), mereka tidak mempunyai keperibadian undang-undang, sebagai warga Filipina swasta, untuk membawa kes mereka ke Bangsa-Bangsa Bersatu atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


Menjelang Pajakan, Kesultanan Sulu mengekalkan pemilikan Sabah; tetapi Pajakan yang dibuat Syarikat Borneo Utara pemilik kekal de facto Sabah (1), (3), (4). Melainkan Pajakan dipinda, pemilikan kekal Malaysia de facto Sabah oleh penggantian akan terus selama-lamanya. Dan, pindaan itu adalah keluar daripada soalan.


Pajakan adalah tidak diketahui kepada negara-negara lain pada hari ini, namun mereka tahu Sabah adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, bukan hanya milik de facto.


Walaupun Filipina berjaya dalam mengejar tuntutan Sabah di ICJ di pihak beliau dan bahawa waris Sultan, kes itu tidak dapat dielakkan akan melibatkan hak rakyat Sabah untuk penentuan nasib sendiri lebih daripada hak proprietari waris Sultan atas wilayah. Bagaimana pendirian Pajakan terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain yang berkaitan resolusi PBB?


Terjemahan web www.mindanews.com 



Apa kata dua orang Profesor kita?
Prof Datuk Zainal Kling berkata:

Dulu ada kesultanan Melaka, tetapi kerajaan itu sudah tiada, tetapi tiba-tiba muncul individu yang mengiktiraf diri sebagai sultan?

Keturunan Kesultanan Sulu memang ada, tetapi kerajaannya tiada. Tambahan pula, Sulu itu sendiri di bawah kuasa Filipina dan mengikut konteks perundangan, tidak wujud sebuah kerajaan (Kesultanan Sulu).

Pada 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk oleh kerajaan Britain dan Malaya bagi menjalankan pungutan suara penduduk Borneo Utara (Sabah dan Sarawak) bagi penubuhan gagasan Malaysia. Hasil pungutan suara itu mendapati, kedua-dua negeri tersebut bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Dengan itu, secara automatik, hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah telah gugur.

Prof Datuk Ramlah Adam pula berkata:

Sebahagian Indonesia juga pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu, tetapi mengapa mereka tidak menuntuk hak kepada kerajaan Indonesia?