MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 30 April 2013

SEBAHAGIAN FAEDAH BERBLOG




Sudah jemu dengan entri politik? Tak apa, kali ni aku nak cerita lain. Nak cerita lagi tentang kenalan-kenalan baru yang aku dapat daripada blog aku yang merepek-meraban, blog yang tiada nilai intelektual ni, sebab aku pun tak larat nak masuk universiti. Tahun lepas dapat juga tawaran percuma daripada kerajaan, tetapi aku dah tua, tak laratlah kalau kena buli dengan pensyarah yang bijak-bijak itu nanti. Jadi dengan sukacitanya  aku menolak tawaran khas untuk guru-guru tua itu dengan alasan bertulis: Tidak sanggup untuk menghadapi tekanan.


Aku nak cerita tentang orang-orang yang aku telah temui Minggu Ini disebabkan blog ini. Kenalan pertama bernama Lim. Lim ni baru kahwin. Kerja dia jual ikan di pasar Batu Pahat. Kalau dia tengah kerja, memanglah baunya pun macam ikan juga. Mula-mula aku jumpa dia dulu, dia datang dengan Altis. Aku tak sangka produk Bio Asli ni diminati juga oleh orang Cina juga. Pertama kali jumpa, memang manyak seronok...macam kawan lama. Dia kata jumpa barang baik tu kat blog aku. Aku tanya dia, awak boleh baca Melayu ke? Dia cakap, tengok oranglah, dia dulu sekolah mana...

Kenalan baru yang kedua, yang aku jumpa minggu ni En Sukor dari Pagoh. Apabila aku tanya, di mana dia dapat nombor hp aku? Daripada blog akukah? Dia kata bukan, dia dapat daripada web Suara Simpang Kiri. Ah,  gasak dialah. Yang penting dia nak beli kapsul kelapa dara ni.

Selalunya yang call atau SMS, lelaki. Minggu ni pulak, dah mula ada Puan-puan yang menghubungi aku. Ada dua orang dari Pt Raja yang telah aku temui semalam. Semuanya kerana mereka nak anjalkan P.... D.....  mereka. Ah bagaimana aku nak terangkan cara-cara menggunakan produk ni? Dah Bio Asli keluarkan produk ni, aku kenalah jual. Kertas-kertas brosur dapat membantu, tak perlu aku terkeseng-keseng.

Baru ni tadi, aku jumpa satu akak di Parit Yaani. Turun aje kereta, dia dah datang menemui aku. Pada hal banyak orang dan kereta di situ. Bagaimana dia begitu kenal akan diri aku ni? "Saya dah lama ikut blog cikgu, cuma tak nak komen aje, saya ni ada masalah alergik..... "  Eh, macam doctor pulak, rasanya apabila orang mengadu sakit itu dan ini.

Apabila orang kata, orang baca blog aku, aku jadi malu sendiri. Entah apa-apa yang aku cerita di sini, dan orang baca...?

Dan yang paling merisaukan aku, Sabtu 4 Mei ni, penyarah UPM kat Sarawak tu nak datang jumpa aku, gara-gara entri fasal udang kara di Pt Sulong ni. Aku bimbang, beliau itu tidak akan memperoleh sesuatu yang berharga dalam pertemuan dan kajian tentang habitat udang kara di longkang Pt Sulong itu. Bagi ramai orang, kejadian udang kara menjengah Pt Sulong tempoh hari mungkin tiada apa-apa istimewanya, tetapi bagi Encik Johan, ia sesuatu yang sangat berharga bagi kajiannya.

Aku rasa aku akan keluarkan entri tentang kedatangan pensyarah UPM Sarawak itu nanti. Tetapi mungkin kedatangannya sehari sebelum PRU13 tidak akan diketahui dan dipedulikan oleh para penduduk tersebut, kerana masing-masing sedang sibuk berdebat di warung-warung sekitar Parit Sulong yang indah ini.

Sabtu, 27 April 2013

JOM BERLATIH NASYID

Dalam sibuk-sibuk aku bertugas sebagai guru perpustakaan yang baru, aku teringin sangat turun ke bawah dari lokasi library di tingkat 4 yang tinggi itu. Agak teruja dengan suara kanak-kanak riang SK SERI PASIR. Mereka ni baru sahaja menjuarai Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat bagi tahun 2013. Mereka kini sedang giat berlatih untuk mewakili Batu Pahat ke peringkat negeri Johor pula. Kumpulan yang dinamakan Shoutul Iman SK Seri Pasir ini dipimpin oleh Ustaz Mohammad Rizal Bin Abdul Manap, dan Ustazah Khairunisak. Selamat maju jaya untuk kalian. Tertunggu video sebenar semasa mereka berpakaian cantik-cantik, semasa bertanding di peringkat daerah tempoh hari, namun Ustazah Khairunisak belum sempat menyerahkan pen drivenya kepada aku.

SISTEM PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SERING BERUBAH

Baru upload ni. Kursus yang aku hadiri Khamis, dua hari yang lalu. Untuk guru-guru yang mengajar Tahun 4,5 dan 6 sahaja.

Khamis, 25 April 2013

SAKSI BISU SEBISUNYA






"Kerana enggan membayar zakat, lalu dicari jalan bagaimana untuk menjatuhkan Nabi Musa dan kewibawaannya, Qarun bersekongkol dengan seorang wanita yang diajarinya agar mengaku di depan masyarakat bahwa ia telah melakukan perbuatan zina dengan Nabi Musa."

Zaman dahulu lagi sudah berlaku situasi fitnah seperti itu. Cuma dulu tidak ada video. Dan akhirnya, wanita itu berterus terang bahawa dia telah diupah oleh Qarun. Lalu Qarun ditelan bumi dengan harta-hartanya.

Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah pengulangan sejarah manusia terdahulu. Kerana sejarah sering berulang-ulang. Cuma, pelakunya bertukar-tukar. Mungkinkah jika matahari dan bulan boleh berkata-kata, pasti kedua-duanya akan menjerit dengan sekuat-kuatnya, bahawa mereka sudah bosan dengan semua titik bengik ini. Kerana kedua-duanya saksi bisu dalam sepanjang sejarah kehidupan manusia.

Rabu, 24 April 2013

KIPAS PERUBAHAN

Bangun tidur aje, kat simpang depan rumah aku ni, pejuang-pejuang dah mendirikan REPLIKA ini. Agaknya mereka ni tak tidur. Tahniah untuk anak-anak muda yang kreatif.
Belon gergasi di bawah ni pulak berada berhampiran CIMB Pt Sulong. Satu pekan dapat melihatnya.
Banyak lagi ciptaan yang akan diupload. Maaf dah mengantuk sangat ni. Jumpa esok.

Selasa, 23 April 2013

GAMBAR SILAM DI PARIT SULONG

 Kebakaran Parit Sulong Tahun 1978
Parit Sulong Tahun 1950-an
Gambar-gambar sumbangan Restoran Hamidah, Parit Sulong.

Sabtu, 20 April 2013

PENAMAAN CALON PRU13 DI MRSM PT SULONG

PARIT SULONG- Sabtu 20 April 2013, Penamaan calon pilihan raya Parlimen Pt Sulong dan DUN Seri Medan serta DUN Semerah berlangsung di MRSM Batu Pahat pagi ini. Seawal jam 7.30 pagi penyokong kedua-dua parti sudah mula berkumpul.....Mari lihat gambar-gambar ini.....Biarlah hanya gambar yang berbicara.


video

* DUN SEMERAH: MOHD ISMAIL BIN ROSLAN (BN) VS MD YSAHRUDIN BIN KUSNI (PKR)

* DUN SERI MEDAN: AHMAD ROSDI (PAS) VS ZULKURNAIN KAMISAN (BN)

* PARLIMEN PARIT SULONG: NORAINI AHMAD (BN) VS  KHAIRUDDIN ABD RAHIM (PAS)













Beberapa gambar bersejarah-Parit Sulong terbakar tahun 1978. Gambar-gambar klasik ini adalah ihsan daripada Restoran Hamidah Parit Sulong.


Adakah legasi Allayarham Datuk Kamisan diteruskan oleh anaknya Datuk Zulkurnain? Sama-sama kita tunggu......................!

































3 HARI PENUH BERLIKU

video

Lampu Isyarat di Pt Sulong, hari yang ketiga masih belum dibetulkan


Dah hari ke tiga, trafik light ni berkedip. Aku dah laporkan kepada MDYPU semalam. Kata nak buat tindakan segera. Kerajaan sementara sudah sibuk dengan penamaan calon pagi ini agaknya? Jom ke MRSM Batu Pahat untuk menyaksikan penamaan calon Parlimen Pt Sulong dan DUN Seri Medan dan DUN Semerah.

Masalahnya, adakah MDYPU (Majlis Daerah Yong Peng Utara) tidur atau buat-buat tak tahu dengan lampu itu?

Rabu, 17 April 2013

MEMANDU 550 KM HANYA KERANA UDANG PT SULONG



Kerana entri ni, aku menerima panggilan daripada seorang pensyarah UPM, cawangan Bintulu, Sarawak. Beliau (lelaki bukan perempuan) beria-ia nak jumpa aku, supaya membawa aku ke parit yang airnya hitam bak air sungai Seget itu.

Aku dah cuba mengelak. Tetapi beliau itu nak juga datang. Aku tanya kampung dia kat mana? Pulau Pinang. Awal Mei ni nak balik Penang, jadi beberapa hari itu, dia nak memandu sejauh 550 km untuk mengkaji habitat udang kara di longkang besar yang busuk itu. Aneh-aneh. Agaknya nak buah Phd kut?

"Awak sanggup datang sini, semata-mata nak tengok udang kara yang tinggal 4, 5 ekor itu?"

"Tak apa....kalau udangnya dah tak ada pun tak apa, saya nak tengok tempat itu"

Sejak tulis blog ni, pelbagai panggilan unik telah aku terima. Sebab tu ramai tak berani bubuh no handphone kat alam maya ni. Aku terpaksalah letak, supaya bisnes kecil-kecilan ini berjalan lancar.

Kerana hajat yang sedemikian besarnya, so aku sanggup jadi pemandu pelancong, untuk melihat kehitaman air longkang itu.

SENARAI CALON BN : PARLIMEN DAN DUN JOHOR


Parlimen:

1. Segamat: Datuk S. Subramaniam

2. Sekijang: Anwar Abd. Manap

3. Labis: Datuk Chua Tee Yong

4. Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin

5. Ledang: Ir. Hamid Samuri

6. Bakri: Lee Ching Yong

7. Muar: Datuk Razali Ibrahim

8. Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad

9. Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong

10. Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi

11. Batu Pahat: Mohd. Puad Zarkashi

12. Simpang Renggam: Liang Tik Ming

13. Kluang: Hoo Kok Chung

14. Sembrong: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

15. Mersing: Datuk Abd. Latif Ahmad

16. Tenggara: Datuk Halimah Sadique

17. Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin

18. Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman

19. Tebrau: Khoo Soo Seang

20. Pasir Gudang: Normala Abd. Samad

21. Johor Bahru: Tan Sri Sharir Samad

22. Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamad

23. Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman

24. Kulai: Teh Chi Ziang

25. Pontian: Datuk Ahmad Maslan

26. Tanjung Piai: Belum diumumkan

DUN

1. Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim

2. Jementah: Ling Ong Tee

3. Pemanis: Low Ching Hoon

4. Kemelah: Datuk Ayub Rahmat

5. Tenang: Azhar Ibrahim

6. Bekok: Tan Chong

7. Bukit Serampang : Ismail Mohamad

8. Jorak: Datuk Dr. Mohd. Sharudin Mohd. Saleh

9. Gambir: M. Asojan

10. Tangkak: Goh Tee Tee

11. Serong: Abang Razak Baru

12. Bentayan: Foh Soh Lan

13. Sungai Abong: Datuk Aris Mohd. Salleh

14. Bukit Naning: Datuk Saiful Bahri

15. Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad

16. Sungai Balang: Zaiton Ismail

17. Semerah: Mohd. Ismail Roslan

18. Seri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan

19. Yong Peng: Lim Kee Moi

20. Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali

21. Parit Yaani : Tiow Yew Chuan

22. Parit Raja: Datin Azizah Zakaria

23. Penggaram: Ting Bang Siong

24. Senggarang: Abd. Aziz Ismail

25. Rengit: Ayub Jabil

26. Machap: Taib Abu Bakar

27. Layang Layang: Abd. Mutalib Abd. Rahim

28. Mengkibol: Chai Kee Yaw

29. Mahkota: Jais Sarday

30. Paloh: Tioh Yap Kun

31. Kahang: Vidyanathan

32. Endau: Latif Bardi

33. Tenggaroh: K. Raven Kumar

34. Panti: Datuk Baderi Dasuki

35. Pasir Raja: Dr. Adham Baba

36. Sedeli: Rasman Isnin

37. Johor Lama: Asiah Mohd. Aris

38. Penawar: Hamimah Mansor

39. Tanjong Surat: Syed Sis Syed Abd.Rahman

40. Tiram: Datuk Maulizan Bujang

41. Puteri Wangsa: M. Surinarayan

42. Johor Jaya: Tan Cher Puk

43. Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

44. Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru

45. Stulang: Chong See Chiong

46. Pengkalan Rinting : Chang Mei Kee

47. Kempas: Tengku Putera Harun Aminurashid Hamid Jumat

48. Skudai: Ling Ah Chai

49. Nusajaya: Datuk Dr. Zaini Abu Bakar

50. Bukit Permai: Mazlan Salleh

51. Bukit Batu: Chia Chin Liang

52. Benut: Datuk Hasni Mohamad

53. Pulai Sebatang: Datuk Tee Siew Tiang

54. Kukup: Suhaili Saleh

55. Pekan Nenas: Belum diumumkan

56. Senai: Belum diumumkan

Selasa, 16 April 2013

KRITERIA PEMIMPIN PILIHAN

video

Maaf muka ustaz telah disembunyikan. Suara pulak tak berapa memuaskan. Rakaman jam 8.00-9.00 malam tadi.

Isnin, 15 April 2013

TANDA-TANDA HURUF DI DALAM AL-QURAN


Kredit Untuk Ustaz Zaharuddin. Semasa kita baca Quran, kita akan jumpa tanda-tanda di atas, berupa huruf-huruf yang kecilllll, pada ayat-ayat suci yang dibaca. Kalau nak belajar lebih mendalam kenalah jumpa Tuan Guru Tajwid yang ada di kawasan kita. Kalau belajar sendiri takut, tersilap, tak ada yang nak betulkan, terutama yang paling bawah tu.

Ahad, 14 April 2013

UNDI KITA BOLEH DIKESAN?

BURUNG-BURUNG BERKICAUAN DI BATU PAHAT

Video aku fresh lagi, baru 5 tontonan hahaha. Baru tadi ni ronda-ronda bandar Batu Pahat. Ada dua event yang menarik perhatianku. Pertama pertandingan memancing oleh beribu-ribu pemancing yang memenuhi Tasik Merdeka. Oleh sebab, susah nak parking dan tak nak membetis, aku tak dapat nak tengok berapa banyak ikan yang telah dinaikkan, dan apakah hadiah yang menjadi rebutan mereka.

Justeru kerana itu, aku pergi ke satu lagi acara, pertandingan suara burung di Stesen Bas Lama Jalan Omar, kat sini tak ramai orang seperti di Tasik Merdeka itu. Cuma yang meminati suara burung saja yang nampaknya melihat pertandingan suara burung itu. Yang menakjubkan, aku tak faham langsung antara suara burung yang hebat, dengan yang suara burung yang memalukan tuan punya burung.

Pelik, mereka bagai bercakap-cakap dan memahami apa yang burung itu kicaukan. Harga ada yang beribu tu. Menariknya acara ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

NASI LEMAK KARIPAP





Hari Ahad nan indah, pagi-pagi cari sarapan kat depan ni.... Itu jelah cerita aku pagi ni. Sekarang ni busy sangat. Tak dapat nak menjengok blog kawan-kawan..kerja tengah banyak (ketua Mp Bahasa Melayu lain, kelas UPSR dan terbaru dilantik Ketua Perpustakaan sekolahlah pulak, menggantikan Cikgu Ani yang dah pencen tu) , jumpa lagi.

Jumaat, 12 April 2013

BERAPA BANYAK PARIT DA...PRU13

Oleh sebab anak aku ni bersekolah harian biasa aje, jadi bapaknya ni kena rajinlah hantar anaknya tu ke tuisyen kat bandar tu. Dalam perjalanan balik, aku tugaskan Ili menjadi jurukamera akulah....kalau aku yang ambik gambar, alamatlah kereta aku masuk ke dalam parit lagi nanti, Nauzubillah.

Rabu, 10 April 2013

JOHOR JOHOR JOHOR!

Maaflah, aku bukan cerita tentang bola sepak yang dah mula banyak protokol macam dunia politik juga.... sebenarnya aku cuma nak upload gambar yang aku snap hari ni....sebagai memenuhi tuntutan agar blog ni ada entri baru. Kira entri kategori melalut saja, tiada mesej apa-apa....  
Nama Johor yang berdiri segak tu terletak di Seri Medan, manakala eksiden yang menghancurkan motosikal ni terjadi di pekan Pt Sulong baru petang tadi dalam pukul 6.00 petang, sewaktu aku meninjau-ninjau pekan itu petang tadi. Janganlah bagi anak kalian naik motosikal. Elok duduk rumah menghadap Facebook saja, lagi selamat....daripada pret-pret kat tengah jalan tu.

SINGGAH MENCARI KEDAMAIAN

Dah berhari-hari bergelumang dengan fail fail fail. Kalau setakat mengajar aje, aku sanggup mengajar sampai mati, tetapi bab perfailan dan segala titik bengik cacamarba kerja guru yang dah macam rojak petis aneka ulaman ni, aku kalau boleh hari ni juga aku nak bersara. Bukan soal aku tak berminat jadi cikgu, tetapi kerja-kerja yang diarahkan oleh JPN, PPD, KEMENTERIAN ini entah apa-apa. 

Justeru, sebelum aku pulang ke rumah, aku singgah di tasik ini dulu sorang-sorang, sambil nak buat header blog aku. Lagi pun kalian dah jemu kan melihat wajahku yang semakin kusam.....? hehehe 

Isnin, 8 April 2013

KEHIJAUAN DI SEKELILINGKU




Sudah seharian membuat kerja-kerja perfailan dan online....rasa kepala pun sudah serabut bagai akar pokok kelapa sawit yang berselirat. Ada keluangan masa, aku meronda-ronda persekitaranku. Ketiga-tiga gambar ini hanya terletak beberapa puluh meter sahaja dari tempat persembunyianku.....banyak bendera di sana-sini!  

Sabtu, 6 April 2013

TIP-TIP DAPAT DUIT NUFNANG



 pinjam imej syue1802

Hakikatnya, aku tak layak nak menyampaikan ceramah bab nak dapat income Nufnang ni, semua ini disebabkan aku agak kecemburuan dengan Umi Alya.... kerana dapat banyak BE@CPUV, menyebabkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya benda CPUV tu, yang aku tahu CPU tu perkakasan komputer....hahahaha!

Beberapa BLOGGER Nuffnangers mencapai tahap blog yang begitu menakjubkan!, ia telah menarik banyak pengiklan. Apabila ini berlaku, peluang Posts Sponsored dan Advertorials akan mengalir kepada blogger tersebut. Jadi, beliau hanya perlu menjaga blog dengan sebaiknya dan pendapatan akan terus berkembang walaupun semasa mereka sedang tidur.

Bloggers dengan status glitterati juga keutamaan yang lebih tinggi semasa pemilihan.

Tips untuk Kempen CPUV

Nak tau iklan ni yang besar panjang, yang terpapar di header blog kita kat atas tu.

Pengiklan akan memilih blog untuk kempen CPUV berdasarkan beberapa kriteria seperti jenis pengunjung blog, genre blog dan pengaruh kepada khalayak pembaca. Sebagai contoh, sebuah syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk memilih blog tentang fesyen dan blog kecantikan dengan sasaran pembaca wanita untuk mengiklankan produk mereka.

Bloggers perlu memilih status glitterati, yang baru tu perlulah rajin menggodek dan meneroka web Nufnang mereka, kerana banyak maklumat yang perlu mereka ketahui di sana.

Untuk memastikan iklan anda tersiar secara optimum, rajin-rajinlah mengemaskinikan profil blogger anda dan menjawab soal selidik kerana ia akan meningkatkan peluang peluang blog anda untuk dipilih dan seterusnya dilamar oleh pengiklan bagi Kempen CPUV mereka.

Tips untuk Kempen CPC

Kempen CPC adalah faedah bahawa semua nuffnanger akan dapat menikmatinya. Iklan ni yang bersaiz kecik letak kat tepi blog kita tu. Sama ada blog tentang teknologi atau tentang makanan, iklan CPC akan menjana pendapatan selagi pembaca anda mengklik iklan anda.Untuk blogger baru tu, yang penting pilihlah status Glitterati dulu ok...cari-cari di web Nufnang tu....Jika anda Glitterati satu klik dapat 25 sen, kalau bukan Glitterati dapat 15 sen ajelah.

Jadilah sebahagian daripada program Glitterati Nufnang untuk meraih lebih banyak pendapatan, dapatkan jemputan eksklusif menghadiri parti khas dan anda benar-benar menikmati faedah! Untuk maklumat lanjut mengenai apa yang anda dapat apabila anda adalah sebahagian daripada program Glitterati Nufnang,
Bonus CTR

CTR (Klik Melalui Nisbah) menunjukkan jumlah orang yang klik iklan anda daripada jumlah orang-orang yang telah melihatnya. Semakin tinggi CTR,  CTR sebanyak 0.2% dan ke atas anda akan secara automatik layak untuk diberi bonus CTR, yang bermakna sebagai pendapatan tambahan kepada dua bonus di atas.

Ramai yang mengeluh dah sekian tahun bonus Nufnang tak melebihi RM 5.00......SABAR...kita ini ibarat seperti pemilik stesyen televisyen swasta, kalau hendakkan pengiklan datang mencurah-curah kita kenalah banyak menyiarkan rancangan-rancangan yang jadi kegemaran penonton, barulah TV kita ramai yang nak tengok. Apabila ramai yang tengok, barulah pengiklan berminat dengan TV kita.....  

Dulu aku pun tak faham benda ni, sebab tu dulu aku banyak syok sendiri. Lama-lama kita ni kena kreatif mencari bahan-bahan yang menarik untuk perhatian pembaca, yang penting ia hasil kita sendiri. Tetapi, aku kerap juga copy paste daripada akhbar online, sebab masa tu fikiran aku dah tepu...hahaha
Yang aku sampaikan di atas ni pun ciplak daripada web Nufnang....ubah sikit sana-sini. Satu proses Palagiat yang bermaruah!

Selama aku berblog ni baru sekali aku tuntut cek Nufnang, raya tahun lepas dapat RM 116.20 (memang le aku ni tak tau malu). Ni dah kumpul lagi, kalau boleh raya tahun ni naik sikit dapat RM 200 kut.....hahahaha...Aku pelik dan takjub sangat apabila orang lain boleh dapat riban-riban dalam sebulan! Untuk duit raya tahun ni sampai setakat ini yang terkumpul baru RM 105.55. Aku baru dapat bonus CPUV dan CPC, kalau dapat bonus CTR agaknya dah boleh beli kereta baru...!