MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 30 Mei 2013

30 PANTAI TERCANTIK DI DUNIA

13. Pulau Perhentian Kecil, Malaysia
Pantai Pulau Perhentian Tempat ke 13 (Bangga aku!)
Kredit: CNN

1. Grande Anse Beach, La Digue Island, Seychelles
 Pantai Paling Cantik Di dunia No 1 Grande Anse Beach, Seychelles
Kredit: CNN

1. Grande Anse Beach, La Digue Island, Seychelles 
2. Rabbit Beach, Lampedusa, Italy 
3. Grace Bay, Providenciales, Turks and Caicos Islands

4. Anse Source d'Argent, La Digue, Seychelles
4. Anse Source d'Argent, La Digue, Seychelles-kredit: CNN


5. Anse de Grande Saline, St. Barths
6. Cabbage Beach, Paradise Island, Bahamas
7. Wineglass Bay, Tasmania 
8. Matira Beach, Bora Bora, Tahiti 
9. Champagne Beach, Vanuatu 
10. Palaui Island, Cagayan Valley, Philippines 
11. Whitehaven Beach, Queensland, Australia 

12. Tulum, Mexico
12. Tulum, Mexico -kredit: CNN

13. Pulau Perhentian Kecil, Malaysia 
14. El Nido, Palawan, Philippines
15. The Baths, Virgin Gorda, British Virgin Islands   
16. Luskentyre Beach, Scotland
17. Nihiwatu Beach, Sumba, Indonesia
18. Gardner Bay, Espanola Island, Ecuador 
19. Maya Bay, Ko Phi Phi, Thailand  
20. Rarotonga, Cook Islands

21. Juara Beach, Tioman Island, Malaysia
22. Boulders Beach, Cape Town 
23. Crane Beach, Barbados
24. Egremni Beach, Greece
25. Sun Island Beach, Maldives
26. Long Bay, Saint-Martin
27. Hanalei Bay, Hawaii, United States
28. Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand
29. Warwick Long Bay, Bermuda
30. Grand Anse, Grenada

Jika kalian telah pergi ke pantai-pantai yang disenaraikan, maknanya kalian telah menikmati satu daripada keindahan pantai di atas muka bumi ini. 

Lagi pantai Malaysia yang tersenarai:

49. Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia
49. Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia-kredit: CNN

Yang lain tak termasuk walaupun aku dah tengok sampai senarai yang ke 100, apatah lagi pantai-pantai kotor yang banyak sampah....Sape suruh buang pampers, plastik kat sana.....? Kesian.

JOHOR PAHANG BERTEMU LAGI DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL



KOSMO -  PERLAWANAN semula separuh akhir Piala FA 2013 antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin terpaksa ditangguhkan gara-gara limpahan penyokong yang memasuki stadium yang hanya berkapasiti 40,000 itu.
Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Jawatankuasa tersebut juga menetapkan sepak mula perlawanan semula itu pada pukul 4.15 petang.
FAM akan membuka semula jualan tiket berharga RM15 itu untuk menyaksikan perlawanan Sabtu ini.
Pemegang tiket untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin dinasihatkan menebusnya semula daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Pada mesyuarat semalam, FAM turut mengenakan hukuman ke atas PBNP dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas meneliti kesemua laporan daripada pegawai pertandingan.

Jelas Hamidin, FAM telah menilai laporan tersebut dengan terperinci pada mesyuarat selama empat jam itu yang turut dihadiri pengadil perlawanan, pegawai PBNP dan PBSNJ yang terlibat di Kuantan malam kelmarin.

“Ahli-ahli jawatankuasa berpuas hati dengan laporan berkenaan dan kami melihat secara menyeluruh setiap kesalahan yang berlaku berdasarkan peraturan-peraturan dalam pertandingan Liga Malaysia (Liga M).

“Selepas menilai daripada semua aspek, FAM bersetuju untuk mengadakan semula perlawanan tersebut yang bakal diadakan pada pukul 4.15 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun dengan Pahang akan turun sebagai tuan rumah.

“Pengagihan tiket akan ditentukan oleh FAM dan pemegang tiket pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan boleh ditebus semula di PBNP sementara tiket baharu akan dicetak sebanyak 90,000 keping untuk perlawanan semula Sabtu ini.

“Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku di Stadium Darul Makmur, terdapat beberapa kesalahan dan sudah tentu perlawanan tersebut tidak dijalankan selepas tuan rumah, Pahang didapati melakukan tiga kesalahan.

“Tiga kesalahan tersebut mendapati Pahang gagal memastikan aspek keselamatan, para penonton berada di atas trek sebelum perlawanan bermula dan penyokong-penyokong tuan rumah menyerbu penyokong-penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) selepas pengumuman perlawanan itu ditunda.

“Selain itu, pihak jawatankuasa turut mendapati laporan daripada kedua-dua pasukan menjelaskan bahawa empat pintu di Stadium Darul Makmur iaitu Pintu 5, 7, 11 dan 14 telah dipecahkan oleh penyokong sebelum perlawanan itu bermula dan kejadian itu berlaku pada pukul 8.35 malam.

“Kami juga mengenal pasti bahawa ada beberapa penyokong Johor DT tercedera terkena batu yang dibaling dari luar stadium.

“Kesalahan pasukan Johor DT pula ialah mereka meninggalkan padang lebih awal berbanding tempoh 90 minit yang diperuntukkan untuk masa menunggu. “Justeru, atas kesalahan yang dikenal pasti itu, FAM telah mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala PBNJ dikenakan denda RM20,000. 

“Kedua-dua pasukan tidak dibenarkan membuat rayuan kerana ia merupakan keputusan muktamad daripada ahli jawatankuasa,” kata Hamidin.

Selasa, 28 Mei 2013

MITOS-TIDAK BOLEH MANDI MALAM


Assalamualaikum. Selamat sore. Minggu ini agak kepenatan setelah membersihkan semak samun yang telah bermaharajalela di tanah pusaka itu. Macamanalah tak penat, kalau popok-pokok leban yang aku potong tu sudah sebesar tiang elektrik.

Apabila sudah minum kopi panas-panas, aku membaca surat khabar semalam-semalam. Asyik beli aje, tapi tiada kesempatan membacanya. Semua aku baca, dari kisah politik, kisah artis yang derhaka kepada orang tua, kisah pelumba basikal yang ditipu diinternet, dan paling menarik petikan kesihatan itu. Tidak boleh mandi malam hanya satu mitos......

Kalau duduk di kampung dan cuaca sejuk macam air batu, tentulah nak mandi pun tak sanggup. Tetapi kalau dah duduk di kota yang sentiasa panas, dan bilik air pun lengkap dengan pemanas air, apa pulak mendatangkan bahaya kepada para pemandi tegar?

Kenapa kita kena mandi? Mungkin balik kerja dah pukul 11.00 malam. Atau mengemas rumah sampai berpeluh-peluh. Takkanlah tergamak nak tidur dengan badan yang melekit dengan peluh yang basi?

Kalau kalian masih percaya dengan mitos, mandi malam membahayakan kesihatan, teruskan. Namun, pakar-pakar berkata, mandi yang kerap lebih baik, kerana ia mengubati stress, membuang bakteria yang hinggap semasa kita berada di tempat tumpuan orang ramai.

Orang yang kurang mandi sudah menghampiri tabiat orang gila di gelandangan.

Jadi, eloklah mandi tidak kira siang atau malam. 

Akhir kata, majulah mandi untuk negara.     

HIZBULLAH IKRAR PERTAHANKAN DIKTAKTOR BASHAR AL ASSAD




Sabtu, 25 Mei 2013

CARA RINGKAS MENGELAK GANGGUAN JIN, SAKA ATAU SIHIR



Dulu Panglima Salleh menggunakan Ayat Empat, antaranya  termasuklah ayat ini sebagai amalan para pengikutnya bagi menghadapi serangan kejam komunis di seluruh Batu Pahat. Alhamdulillah, dengan kekuatan mental mereka, komunis yang bersenjata canggih, tunduk takut dan memohon perdamaian di mana Datuk On menjadi orang tengahnya ketika itu. Seandainya komunis dapat ditundukkan, apatah lagi jin, saka dan sihir.......yakinlah bahawa mereka hanya ciptaan Allah yang lemah....

Doa ini ialah doa nabi Yunus, semasa ditelan ikan Nun. Nurse dan doktor di wad bersalin pun hafal doa ini. Doa supaya wanita mudah untuk bersalin, dengan izin Allah.

Pendek kata, sesiapa yang menghadapi pelbagai kesulitan hidup, amalkanlah doa ini, In Sha Allah, Allah akan menemukan jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi.

Jumaat, 24 Mei 2013

Khamis, 23 Mei 2013

TOLONGLAH DENGARI RAYUAN SAUDARAMU DARI SYIRIA



Hidayatullah.com melaporkan - Wakil Ketua Rabitah Ulama Syria Syeikh Usamah Abdulkarim Ar-Rifa'i semalam muncul dalam sebuah rakaman video di jejaring sosial YouTube di atas.

Dalam video berdurasi kira-kira 8.5 minit itu, beliau menyeru kepada seluruh Muslimin di manapun berada. Menegur bangsa Arab untuk bergerak dan tidak berdiam diri menyaksikan musibah besar yang sedang menimpa saudara-saudaranya di Syria.


Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh dunia, untuk menggerakkan masyarakatnya siang dan malam, untuk beramai-ramai menghulurkan tangan mencegah kemungkaran di Syria daripada berlanjutan.Secara khusus, beliau menyeru seluruh mujahidin Jaisyul Hurr (Tentera Pembebasan Syria) mengerahkan seluruh tenaga dengan bertawakkal hanya kepada Allah, untuk menuju Qusayr, sebuah bandar berhampiran Homs.


Dalam lima hari terakhir armada rejim zalim Assad, yang dibantu militia-militia bersenjata Syiah dari Iran dan Lubnan, melakukan gempuran besar terhadap Qusayr yang sudah berbulan-bulan dibebaskan oleh para Mujahidin.


Dalam seruannya Syeikh Usamah berpesan agar para kaum Muslimin di seluruh dunia dan khususnya para Mujahidin membaca sebanyak mungkin surat Yasin, "Karena dengan bacaan surah Yasin itu kita akan berhubungan secara terus-menerus dengan Allah sampai Dia menurunkan pertolongannya."


Beliau juga mengingatkan, musuh yang mereka hadapi di Qusayr, selain pasukan rejim yang sudah banyak membunuh kaum Muslimin, adalah pasukan Safawi (sebutan lain bangsa Majusi Persia) yang sejatinya tidak mengenal kemanusiaan dan tidak mempunyai akhlaq Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallaahu 'alayhi wa sallam .


Dalam sejarah Islam, menurut beliau, kaum Safawi ini telah berkali-kali menyebabkan kerosakan dan pengkhianatan besar bagi kaum Muslimin.


"Mereka saat ini telah memasuki negeri yang penuh berkah ini (Syria) dari Iran, Iraq, dan Lubnan, dan membuat kerosakan yang bahayanya sangat besar. Mereka membunuh anak-anak kita, perempuan-perempuan kita, dan menghancurkan rumah-rumah tinggal keluarga kita, "tegas Syeikh Usamah dengan suara menghentak-hentak.


Bukan saja musuh kita sekarang, lanjut Syeikh Usamah, kaum Safawi ini sejak zaman yang sudah lampau adalah musuh Allah, musuh para Nabi dan Rasul, musuh Rasulullah Sallallahu 'alayhi wa sallam, dan para Sahabatnya.


Beliau menutup seruannya dengan doa mohon Allah limpahan rahmat dan kasih sayangnya menolong para Mujahidin dan kaum Muslimin yang bersama-sama berjuang melawan musuh-musuh agama ini.


Syeikh Usamah Ar-Rifa'i dulunya berpusat di Masjid Ar-Rifa'i di kawasan Kfar Susyeh, jantung bandar Damsyik. Masjid yang didirikan almarhum ayahnya Syeikh Abdul Karim Ar-Rifa'i dikenali sebagai markas penyebaran ilmu-ilmu Al-Islam.


Tahun 2011, di salah satu malam bulan suci Ramadhan, masjid itu disebut pasukan rejim Assad dengan alasan menangkap para penunjuk perasaan. Dalam penyerbuan ganas itu, pendamping Syeikh Usamah cedera parah kerana tusukan di dada dan perut.


Syeikh Usamah sendiri mengalami luka-luka di kepala dan tangannya. Sesudah dirawat beberapa hari di rumah sakit, oleh para muridnya, Syeikh Usamah dipindahkan ke Turki. Hingga sekarang beliau aktif menggembleng aqidah generasi muda Syria untuk berjuang melawan angkara murka yang sedang mengamuk di Syria. 


Selasa, 21 Mei 2013

SAJ TOLONG SELESAIKAN MASALAH SAYA

Tindakan pertama adalah dengan mengajukan masalah ini di Facebook SAJ yang baru diLIKE oleh 200 orang. Kalau masalah ini tidak dijawab dengan baik, aku akan ke pejabat SAJ Batu Pahat minggu ini juga. Aku nak mereka memberi penjelasan. Jika kita diam, kita akan tertindas. Pengalaman dulu mengajar aku. Pernah empat tahun, rumah aku tidak ada bil air, korang percaya? 4,5 kali aku ke pejabat SAJ Batu Pahat, mereka kata BIL AIR aku tiada dalam data mereka. Mereka kata nanti mereka akan settlekan. Tukang check bil air tidak pernah singgah rumah aku dalam tempoh itu. Hati tidak tenteram, sampai bila masalah itu akan menyelubungi kami?

Akhirnya satu hari aku pergi ke pejabat SAJ sekali lagi, mereka kata bil air yang tertunggak adalah sebanyak RM 1400! Masa tu anak aku baru sorang. Aku tanya jiran-jiran aku ketika itu, bil air mereka sekitar RM 4, RM 5 (masa tu murah lagi, sekitar tahun 1996-1999). Aku tidak berpuas hati, lalu aku mengadu kepada pegawai SAJ di Batu Pahat. Akhirnya bil air sebanyak RM 1400 tinggal menjadi RM 230! Dalam hati aku, kalaulah kami buat dek aje, tentu kami jadi mangsa. Bukan senang nak cari RM1400 masa tu. Gaji pun seciput aje.      

Masalah terbaru aku kali ini tidaklah seberat masalah orang yang menghidap penyakit kanser atau buah pinggang. Namun masalah aku ini menjadikan hati aku sentiasa berbuku dan bengkek dengan SAJ.

Masalah pertama aku, bil air pada kebiasaannya sekitar RM 35 sebulan. Tetapi apabila SAJ menukarkan meter air secara diam-diam Mac lepas, bil air aku meningkat kepada sekitar RM 70 ke atas. Adakah minyak gris pada meter yang baru ni digunakan untuk merompak duit aku? 

Kenaikan 100% bil itu aku anggap keterlaluan. RM 35 X 12 bulan= Setahun aku terpaksa mengeluarkan sebanyak RM 420 kos tambahan.

Aku nak bertanya siapa-siapa yang faham, adakah logik bil air sama banyak dengan bil elektrik? Elektrik memang hidup 24 jam. Nak kata bocor, semasa air tidak digunakan, meter air tu berhenti tak menjerit.

Satu lagi yang pelik, semalam bil air sampai, sepatutnya oleh sebab air dah beberapa hari tidak ada, kalau ada pun seminggu ni, nak mandi pun kena tadah, kerena slownya sangat air tu, sepatutnya bil air bulan ini menurun, TETAPI sebaliknya, ia semakin naik. Naik RM 7 dari bulan lepas yang mana ketika itu tidak ada masalah bekalan air.

SAJ....Bukan Kelantan saja, bukan Selangor saja yang ada masalah air. Di sini pun apa kurangnya.

Dan akhirnya wakil SAJ menjawab dengan panjang lebar

Yang warna merah tu penyelesaian masalah Pn Meefa Omar@Mama Janet ok.

Nampaknya aku kena tadah air hujan sebagai bekalan tambahan. Alasan SAJ tidak dapat aku terima. Adakah benar secara tibaa-tiba meter tidak bergerak? Soalnya ketika air tiada dan slow selama seminggu ini tidak menyebabkan bil aku turun pulak, SAJ kenapa  tak jawab.? 

Isnin, 20 Mei 2013

HILANGNYA SEORANG SAHABAT

Pagi Sabtu itu (18 Mei 2013) aku cuba meninjau jambatan baru yang menghubungkan Parit Sulong dengan Seri Medan Barat. Jambatan ini terletak di Kangkar Merlimau, Kolam Air dan jambatan ini dapat memendekkan perjalanan ke Kampung Pt Laman di Seri Medan.

Di belakang bukit tu antara tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang. M.Nasir dan krew-krewnya pernah berkampung di situ...

Untuk menyenangkan pergerakan, aku cuma mengambil gambar dengan telefon bimbit usang ini...
 
Selepas itu, aku berehat di rumah, sambil membaca buku yang aku pinjam dari perpustakaan, DIET PENYEMBUH AJAIB, Makanan Untuk Pencegahan dan Penyembuhan karangan George D. Pamplona- Roger. Rasanya sekarang aku terlalu banyak minum manis-manis...dan ini tidak baik untuk kesihatan..

Baru dua muka surat yang dapat kubaca, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari Zulkeflee Rahmat, Hj Kassim Toiman, meninggal dunia sebentar tadi. Dalam pukul 11.00 pagi.

Bagi pelajar-pelajar yang pernah belajar di SMK Datuk Bentara Luar dan SMK Penghulu Saad, nama Cikgu itu sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Terasa dunia ini gelap kembali. Sepanjang empat tahun aku bersama Tn Hj Kassim di SMK Penghulu Saad, banyak kenangan dengannya. Setiap kali makan di mana-mana, dia akan membayar dengan segera. Teman-teman tetap tidak dapat membelanjanya makan sampailah akhir hayatnya.  


 Gambar kenangan lama....Hj Kassim dalam bulatan. Aku berdiri paling tepi ( yang tunduk tu)

Masing-masing bertanya Hj Kasssim sakit apa? Aku tidak dapat jawapan yang pasti. Allah lebih menyayanginya.

Ahad, 19 Mei 2013

RAHA MOHARRAK WANITA PERTAMA ARAB SAUDI DI PUNCAK EVEREST

Katmandu, Nepal - Dilaporkan 64 orang pendaki, termasuk seorang wanita Arab Saudi, telah berjaya mendaki Gunung Everest dari sebelah Nepal.

Tilak Padney berkata 35 warga asing yang disertai oleh 29 orang Sherpa Nepal berjaya menawan puncak setinggi 8,850 meter (29.035 kaki) pada pagi Sabtu selepas mendaki sepanjang malam dari kem tertinggi di Selatan Kol.

Semua dilaporkan selamat.

Antara mereka ialah Raha Moharrak, yang menjadi wanita Arab Saudi yang pertama untuk skala puncak tertinggi di dunia.
Apabila disebut wanita saudi, aku bayangkan orangnya menjaga aurat. Mungkin dia seorang wanita yang keras dan berani brutal dalam segala-galanya...jika tidak mana mungkin dia boleh sampai di puncak dunia? 
Hanya itu imbasan kegembiraan yang dapat dilaporkan oleh Aljazeera...beberapa saat sahaja...

 Pemandangan di sana tersangatlah menakjubkan....Subhanallah......
Bukan semua orang akan kembali dengan kejayaan gemilang, ramai juga yang disemadikan di atas gunung yang termasyhur itu.....Jadi, jika pendaki-pendaki yang telah tiba di puncak, memang itu satu kejayaan yang benar-benar manis untuk dikenang oleh negara masing-masing.....

Tak perlulah nak berangan nak mendaki everest, andai naik tangga ketika lift rosak pun, nafas tercunggap-cunggap....

Sabtu, 18 Mei 2013

TIPS ELAKKAN ANAK ANDA DARIPADA MENJADI MANGSA CULIK.

Pesanan Polis Pahang:



Rentetan daripada beberapa kes kejadian culik kanak-kanak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Polis Pahang sisipkan beberapa tips-tips bagi mengelakkan anak anda daripada menjadi mangsa kejadian culik :


1) Katakan TIDAK!!
Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Nasihatkan anak anda untuk katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.


2) Nombor Telefon
Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.


3) Pakai Pakaian Berwarna Cerah
Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.


4) Jerit Untuk Minta Bantuan
Ajar anak anda sekiranya ada orang menariknya menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.


5) Sentiasa Berteman
Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan anak anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).


Baca kisah cubaan culik yang gagal di Trengganu semalam

Jumaat, 17 Mei 2013

NYARIS MAUT KERANA...

Petang yang syahdu itu budak kecik itu hendak mengikut kakaknya dan beberapa orang kawannya berjalan-jalan di kebun. Zaman tu belum ada ledakan teknologi lagi. TV hitam putih pun belum mampu dibeli oleh mereka. Kalau nak tengok juga, kena ke kedai runcit di simpang kampung itu. 

Kalau tidak bermain sembunyi-sembunyi, mereka memancing ikan keli. Sesekali bermain layang-layang. Kadang-kadang bermain galah. Selalunya mereka bermain pondok-pondok.

Entah bagaimana, petang itu mereka bermain korek-korek tanah. Mereka mengorek dengan tujuan suka-suka. Sedang asyik mengorek tanah dengan pisau, tiba-tiba budak kecik itu ternampak sesuatu di dalam tanah itu. Dia begitu gembira kerana menyangkakan benda itu tembikar.

Kakak dan kawan-kawan budak kecik itu datang kepadanya dan tertanya-tanya apakah yang objek berkarat yang sedang dipegang oleh budak kecik itu.

Masing-masing membuat andaian........Nak kata emas, tiada warna kuning langsung. Nak kata tembikar, beratnya macam besi.

" Nanti kita balik tanya abang..." kata kakak...



Mereka berjalan pulang ke rumah budak kecik itu. Jauh juga mereka berjalan, lebih kurang 15 minit sampailah mereka di depan rumah.

 
"Bang.....bang.......kita jumpa ini....!" jerit budak kecik itu. Kakak dan kawan-kawannya berlari termengah-mengah....

Abang budak kecik sedang tertidur di beranda rumah, menggeliat dan mengusap-ngusap matanya yang bagai kena gam....

"Bang....bangunlah bang....ni kita jumpa benda ni?"

                                      V
                                      v
                                      V
                                      v
                                      v

"Masya Allah adikku,.....cool....jangan campak.....sini.....abang am........am  bikkk......."  


"Ambik bang...ni apa bang? UFO punya jatuh ke bang?"


Abang mengambil benda itu daripada tangan adik, budak kecik yang tak tahu apa-apa. Tangan abang menggigil dan memerhatikan kedua-dua orang adik perempuannya dan kawan-kawannya yang masih kecik sangat tu.

Adik, dan kalian semua....ini 


(lebih kurang begini bentuk bom tangan itu) 

bom tangan dik....!!!

Begitulah yang diceritakan oleh isteriku Hamidah (budak kecik dalam cerita di atas). Kalaulah bom tu meletup semasa di tangannya, sudah boleh digambarkan apa yang akan berlaku kepada mereka....Alhamdulillah mereka dalam perlindungan Allah. Tentulah mereka tidak kenal bom tersebut, kerana mereka tidak pernah melihatnya. Mereka pun tidak pernah menonton TV ketika itu.Bom tersebut adalah peninggalan pengganas komunis yang bertapak kuat di kampung kami ketika itu dalam zaman darurat dahulu. Kejadian Hamidah menemui bom ini berlaku dalam tahun 70-an.....begitulah ceritaku malam ini untuk menghargai dan mensyukuri sebuah kehidupan.                
                                      

Rabu, 15 Mei 2013

HADIAH HARI GURU


Sebagai blog picisan dan murahan, jumlah pelawat yang tersesat ke sini kebiasaannya sekitar 200-300 sahaja sehari. Hari ni amatle terkejut dengan peningkatan jumlah orang yang sesat. Manalah pernah aku dapat mencatatkan rekod sebanyak kat atas tu (setakat jam 11.00 pm tadi). Rupa-rupanya kerana mereka nak copy paste ucapan sempena Hari Guru esok. Alahai, mesti budak-budak sekolah ni. Relevankah ucapan tahun lepas yang dah basi tu disalin? Moto hari guru tahun ni pun dah bertukar.

Malangnya ketika sesekali rumahku dikunjungi pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu dari seantero Malaysia ni, iklan Nufnang kat atas tu tak muncul-muncul. Jadi, tiadalah yang masyuk nampaknya.

Tahun ni aku rasa aku tak dapat hadiah. Sebabnya aku dah semakin garang. Kedua, aku dah tak pegang jawatan guru kelas lagi, sebab aku dah disingkirkan  untuk aku ditabalkan sebagai guru library pula.

Akhir kata, Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajarku di SK TENAGA SETIA, SMK SERI MEDAN, HIGH SCHOOL B.PAHAT, dan pensyarah-pensyarahku di MPTI pada tahun 1980-an dulu. Juga cikgu-cikgu kepada anak-anakku....jasa kalian tetap kami kenang sepanjang zaman.

Ahad, 12 Mei 2013

ORDER CEPAT KERETA TERBANG


"Kami berminat dengan terus menerajui pembentukan industri kereta terbang dan mendedikasikan sumber untuk meletakkan asas bagi visi pengangkutan peribadi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich dalam satu kenyataan media. "Terrafugia adalah sebuah syarikat yang meningkatkan tahap keselamatan, kesederhanaan, dan kemudahan penerbangan. TF-X adalah satu peluang untuk menyediakan dunia dengan satu dimensi baru kebebasan peribadi! " Berapalah harganya? Mari kongsi untuk membelinya dan melupakan sejenak hiruk-pikuk rakyat Malaysia yang tak habis-habis bertegang urat leher di sana tu.  

Jom ikut saya terbang ke negeri Pasir Berdengung...!(nak order? Sila Klik)

Sabtu, 11 Mei 2013

BIAR KITA TIDAK POPULAR

Seawal jam 7.00 pagi aku sudah sampai di sini. Di desa terasing, warisan orang tuaku. Lebih lima bulan aku sudah tidak ke sini. Kelapa sawit di sini dipetik oleh saudaraku dari seberang. Hasilnya, separuh aku beri kepada ibu kami dan adikku yang menjaga ibuku di kampung. Separuh lagi digunakan untuk urusan membuat jalan yang belum siap, dan untuk bayaran membersihkan kebun oleh seorang sahabatku yang lain.
Setelah penat memotong pohon-pohon yang degil, aku membawa kamera kecilku, berkenal-kenalan dengan penghuni setia kebun ini. Sepanjang lima jam aku di sini, tiada seorang pun yang lalu di sini. Biasanya abang iparku Hj Jo akan lalu di sini. Barangkali pagi ini Hj Jo, membawa Kak Long berjalan-jalan di bandar. Biasanya kalau hendak ke sini, aku mengajak abangku B yang duduk di Rengit itu. Jadi adalah teman untuk berbual. Tetapi akhir-akhir ni, sejak abang B naik pangkat, hendak bercakap dengan dia pun tak sempat. Ada saja temu janji, itu dan ini, sehingga semasa rumah Kak Long buat majlis perkahwinan tempoh hari, dia nampak tergesa-gesa, sehingga balik pun tak dapat buah tangan daripada Kak Long. Sebab tulah aku tak berminat dengan pangkat. Aku lebih suka menjadi rumput di tepi jalan, seperti bunga rimba di atas ini. Siapalah yang pedulikan dia? Cuma pagi ni, nasib baik aku tergerak mengambil gambarnya. Apabila kudekati, mereka begitu gembira, tak sangka ada orang bertanya khabar!   
Buah yang sinonim dengan kanak-kanak semasa hidup di kampung...
Dua ekor kerengga begitu marah dan terkejut dengan kehadiranku pada pagi yang hening itu. Seakan kudengar jeritan mereka supaya menghalau aku dengan segera...Tengoklah mata mereka berdua yang bengis itu.....  
Pondok yang berasaskan pokok-pokok yang ditebang dari kebun aku ni, aku buat tahun lepas, cuma modal zing saja nampaknya masih nampak kukuh. Tempat untuk aku mengatur strategi, tanpa gangguan suara apa-apa. Cuma bunyi belalang dan cengkerik yang menemani....

Dengan menyendiri begini, aku dapat mengurangkan dosa-dosa fitnah dan mengumpat yang begitu dahsyat sekarang ini terutama di daerah Muka Buku itu...

Jumaat, 10 Mei 2013

MOMOK-MOMOK AHLI POLITIK

 Batu Pahat aman damai, meskipun kepimpinan beralih.....
 Masyarakat kita semakin matang.....
Nasi lemak pun dimakan oleh semua bangsa.....
Kita tetap boleh makan di warung yang sama, bersantai-santai dengan berlainan warna kulit....
 Anak-anak masih mampu tersenyum....meskipun emak-bapaknya berlainan parti....
Aku tetap suka baju warna hijau....Bio Asli kita kelapa dara.....
Mereka kata momok (hantu-hantu) itu bahaya, sedangkan ia hanya pokok sahaja...Mereka tetap menerima kekalahan, tiada huru-hara...?
Perjalanan hidup mesti diteruskan. Perjuangan ini tiada noktahnya......
Semua gambar di atas baru diambil sebentar tadi.....jumpa lagi....Sisa-sisa entri politik masih ada, susah nak terima hakikat sebuah kekalahan....Ia terlalu pahit untuk ditelan....

Mengikut kamus dewan MOMOK ialah:
Hantu yg disebut-sebut utk menakutkan kanak-kanak, ;  sesuatu yg ditakuti (spt ancaman, tipu helah). memomokkan mendatangkan rasa takut; menakutkan; mengerikan.