MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 29 September 2013

UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Guru Besar En Mohd Dali Abdullah (memandu) menunggang motosikal besar...memantau pertandingan merentas desa.....28 September
                                   Teratai layu di tasik madu...

Berikut ialah draf laporan guru bertugas yang akan aku sampaikan di perhimpunan sekolah esok. Jika pagi esok hujan, maka draf ini hanya tinggal draf...dan kekal tersimpan di blog ini, selagi tidak dibuang oleh blogspot.  

LAPORAN BERTUGAS:

Pertama: Ucapan alu-aluan untuk Guru Besar dan semua.

1.       Alhamdulillah-semua berjalan lancar, tiada kes salah laku yang dilaporkan,tiada yang dihantar pulang kerana demam

2.       Pertandingan Liga Bola Sepak dan Bola Jaring Tahun 6 berlangsung dengan jayanya  Tahniah kepada guru-guru dan murid yang terlibat.

3.       Mesyuarat Guru telah diadakan pada Rabu. Dua perkara penting yang sya hendak sampaikan , Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan 22 Oktober. Selepas itu bermula 28 Oktober hingga 31 Oktober akan berlangsung latihan sukan, sukantara dan akhirnya Sukan Besar.

4.       Nasihat kepada Tahun 6- Berakhirnya UPSR 2013 bukan bermakna segala-galanya telah berakhir. Ibarat pelayaran,kamu hanya berhenti di sebuah pulau kecil, untuk menuju ke pulau yang lebih besar dan besar. Tiada istilah rehat dalam diari kehidupan seorang pelajar.

-          Gunakanlah masa semaksimum mungkin untuk menimba ilmu, seperti membaca buku di perpustakaan.

-          2016 SPM akan mewajibkan calon lulus Bahasa Inggeris, dan kamu akan mengambil SPM pada tahun 2018, justeru itu, jika boleh kamu dapat menambah 5 perkataan baru, dan mencari maknanya….jika setahun kamu akan dapat 1800 perkataan. Banyak tak?

-          Tahun ini seramai 18000 pelajar cemerlang SPM tidak dapat menempatkan diri di IPTA(AWAM)…KENAPA? Mungkin kerana ramai pelajar yang sangat cemerlang dan lebih hebat daripada mereka. Kamu mesti bersedia dari sekarang,kerana masa beredar demikian pantas.
        Anak-anak aku pun teringin nak tengok lukisan ayahnya.....

5.        Perpustakaan- Adab-adab di Perpustakaan….
-          Selama 6 bulan saya mengambilalih perpustaakaan ini saya dapat melihat betapa HJH ROHANI seorang yang sabar. Jadi,usah samakan saya dengan beliau. Kadang-kadang saya hilang kesabaran melihat kelakuan kamu yang melampau itu.

-          Saya dapati ada segelintir murid  tidak meletakkan buku di tempat asalnya.

-          Sebahagian murid ke perpustakaan bukan untuk membaca, tetapi hanya untuk membuat bising, berkejar-kejar.

-          Ada juga pelajar yang mencabut-cabut bunga plastik di situ,menanggalkan hiasan yg ditampal dan sebagainya.

-          Meninggalkan perpustakaan dalam keadaan lampu dan kipas berpusing dan kerusi tunggang terbalik.     

6.       Pertandingan Merentas Desa telah dijalankan pada hari Sabtu 28 Sept. Keputusan-keputusan adalah seperti  berikut:
(Rujuk keputusan yang dilampirkan oleh SUA Sukan). Pelajar-pelajar yang disebutkan sila ke pentas untuk menerima piala dan pingat kemenangan....  

7.       Keputusan Kelas terbersih minggu ini:
Tahap 1:………………….

Tahap 2:…………………. 

Selasa, 24 September 2013

GELI DENGAN LIPAS YANG MENGGATAL?

Sebelum tengok beberapa barang yang aku jual...tengok aku dulu....ya ...aku sedang melukis. Lukisan ini bukan untuk dijual. Kalau nak beli, kena beli dengan dinding sekolahnya sekali ok.... 


Hari ketiga.....ada 10% lagi....kadang-kadang buntu nak menyiapkan lukisan ini....


Hari ke 4 mengecat...95% siap...dah boleh bergambar di sini....yeeehaaaaa! 


Aku dah meninjau harga PERIUK AJAIB serupa ini di kedai-kedai di Batu Pahat. Alhamdulillah harga yang aku tawarkan masih di bawah harga mereka. Jadi........tak ada masalah rungutan pelanggan. Yang penting, bagaimana aku nak menjelaskan secara sistematik akan kepentingan periuk ini. Dan bagaimana periuk ini dapat membantu mereka hidup lebih CERIA dan BAHAGIA! Pendek kata, kononnya kalau tak beli periuk ini hidup mereka bagai tunggang-langgang dan tak sempurna!

Eh? Dah upload gambar lukisan dinding di atas cerita pulak tentang periuk pulak. Gambar lukisan itu adalah membuktikan yang sekarang ini, kehidupan aku agak busy. Walaupun anak murid aku dah lepas periksa. Sebagai cikgu perpustakaan, aku kenalah ceriakan tempat itu dengan acuan aku sendiri. Aku kena buat perubahan terhadap keceriaan yang telah dibuat oleh guru library sebelum ini. Bukan senang aku nak mewujudkan suasana kematsoman setelah hampir 15 tahun dipegang oleh Pn Hjh Rohani.

Masa muda-muda dulu rajinlah aku melukis dan mewarna. Dah bertahun-tahun dah tak buat. Jadi apabila melukis dan mewarna sendiri, tentulah sentuhan telah hilang. Nak aku upahkan orang, library tak ada badget. Kurang-kurang upah pun dah RM 200.00. Murid-murid memang aku larang untuk membantu. Kalau mereka yang mengecatnya alamatlah.....maklumlah budak kecik.

Ok.....jumpa lagi,cukuplah setakat itu untuk kali ini. Lihat ni produk-produk baru daripada aku....


PERANGKAP LIPAS TERCANGGIH

KEYCHAIN KOMPAS ARAH QIBLAT

SEJADAH POKET/SEJADAH MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA SAJA

OK....Tiga dalam satu, ini kira satu set, aku jual RM 33 termasuk pos. SMS nombor aku ok...Dia tak boleh beli satu-satu....maklumlah, kalau Keychain itu,kos posnya lebih mahal daripada harga keychainnya

Oleh sebab dah ada yang tanya,dia nak beli satu jenis saja,kiraannya begini ya bos....:

Perangkap Lipas harga termasuk Kos pos Laju RM 16.00
Keychain Kiblat harga termasuk Kos pos Laju RM 11.00
Sejadah Poket harga termasuk Kos pos Laju RM 18.00
Tetapi kalau beli ketiga-tiganya termasuk Kos Pos Laju RM 33.00 saja.

Rabu, 18 September 2013

KOLEKSI KATA-KATA STATUS FACEBOOK AKU

Baru balik daripada kursus KSSR Pendidikan Muzik....dan tak tahu apa yang nak diceritakan di sini, kerana aku tak berapa minat dengan kursus itu, jadi aku cuma senaraikan koleksi status Facebook aku untuk rujukan aku sendiri. Kerana ada SEBAHAGIANNYA aku peroleh daripada ustaz-ustaz yang datang memberi kuliah di tempat aku ini, cuma ayatnya saja aku gubah sendiri.

Kadang-kadang ada ilmu yang menarik, kerana lupa nak catat, akhirnya mutiara ilmu itu hilang begitu sahaja. Setiap kali menghadiri ceramah, aku mesti dapat satu kata-kata yang memberi semangat kepada diriku sendiri. 


Antaranya:


Manusia tidak akan puas dengan apa yang diperoleh di dunia ini, kerana induk kita iaitu Nabi Adam dan Hawa asalnya adalah dari syurga. Jadi, semua yang ada di dunia ini cuma FATAMORGANA. Yang PASTI dan Jelas, Kepuasan yang abadi hanya ada di syurga.


Dosa-dosa yang seberat debu pun boleh menghalang hubungan ibadah kita kepada Allah, alangkah lagi dosa yang berat seperti mengumpat, mengadu domba dan sebagainya....Jauhkanlah kita semua daripada berbuat dosa.


Untuk anak didikku...
Ramai yg belum pandai mengurus diri, mengemas bilik, apatah lagi memasak....sudah sibuk nak cari pakwe...(maaflah kalau terkena)


Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tebal telinganya daripada sumpah seranah rakyatnya.-Sempena kenaikan harga  minyak 20 sen.


Ayat "Ini ISTERI saya" 
lebih elok dan lebih berhemah berbanding ....
"Ini ORANG RUMAH saya" Apabila seorang lelaki memperkenalkan isterinya kepada sahabat lamanya atau tetamunya.
Ini kerana 'orang rumah' mirip-mirip sebutan seperti pembantu rumah. Apatah lagi perkataan BINI lebih sangat tidak sesuai sekali.


Paling mengharukan, bulan puasa ni ialah....masa nak bersahur, lauk-pauk semua sudah terhidang di atas meja, tiba-tiba baru teringat periuk nasi terlupa nak ON rupa-rupanya!


RENUNGAN PETANG JUMAAT YANG BARAKAH....
Jika RM 30, RM 40 sebulan untuk bayaran tuisyen bagi satu mata pelajaran UPSR/PMR/SPMkita anggap tidak mahal, dan tanpa banyak soal kita membayarnya.Namun, kenapa untuk guru-guru MENGAJI anak-anak kita, kita hanya mampu menghulurkan RM 10 SEBULAN, dan kadang-kadang buat-buat terlupa? Tuisyen hanya 4 kali sebulan, sedangkan mengaji lebih kurang 20 hari sebulan. Memanglah ustaz/ustazah itu tidak meminta dan menyebutnya, tetapi adakah wajar untuk ilmu akhirat anak-anak kita, kita meletakkan ia serendah itu....


Nasihat untuk anak didikku di Seri Pasir:
Hot dalam pelajaran boleh memacu masa depan anda. Hot dalam Facebook tidak membawa anda ke mana-mana.


Sesetengah yang kita ucapkan hari ini, akan diingati oleh orang sehingga 30 tahun akan datang. Jadi,ucapkanlah yang baik-baik sahaja.

Isnin, 16 September 2013

PENGURUSAN MASA BERKESAN

Gambar drp FB Norasliana

Semoga gambar di atas memberi keazaman untuk menjadi insan yang lebih menghargai masa, khasnya kepada diriku sendiri yang kadang-kadang banyak membuang masa dengan sia-sia.

Buat teman-teman Kampus Biru, MPTI Batch 1985/1987 yang tiada kesempatan menyaksikan PERTEMUAN INDAH semalam sila
KLIK DI SINI

Ahad, 15 September 2013

MINI REUNION MPTI BATCH 1985/1987




















Gambar-gambar di atas telah membuktikan saya telah menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat lama kami Sdra Marzuki dan Isterinya Ramlah Atan juga batch yang sama. Pertemuan dalam majlis tersebut berlaku dengan penuh syahdu, berlanjutan daripada rumah Marzuki, berpindah pula ke Balai Raya Kampung Sungai Jambi Darat, Rengit yang canggih itu. Balai raya ini berhawa dingin dan menjadi balai raya paling cemerlang di negeri Johor.

Sahabat-sahabat ini ada yang datang memandu dari Penang, Cameron Highlands, Selangor, Pahang, Melaka berkumpul di rumah Marzuki setelah 26 tahun tidak bersua, sejak menuntut ilmu di MPTI pada tahun 1985 sehingga 1987.

Macam-macam kisah menarik....untuk diceritakan di sini, tiadalah kuasa untuk aku menaipnya...Tetapi masing-masing amat teruja dan gembira dengan pertemuan bersejarah ini.

Tahniah...untuk kalian. Jumpa lagi....!

Jumaat, 13 September 2013

BUDAK-BUDAK MENDEKLAMASIKAN SAJAK








                          

KEPUTUSAN PENUH:
Tahun 5: Johan: Nukhbah Hariz Bin Mohd Roslan
Naib Johan: Siti Nur Aisyah Bt Md Rizal
Tempat Ketiga: Nurfatheah Bt Yaacob

Tahun 4: Johan: Nurul Hidayah Bt Azmi
Naib Johan: Raden Fairuz Bt Raden Baharin
Tempat Ketiga: Siti Jumiyana Bt Manan

Hadiah-hadiah sagu hati diserahkan dahulu manakala hadiah-hadiah utama akan disampaaikan pada perhimpunan rasmi sekolah nanti.